Rabu, Ogos 03, 2011

Tok Non akui UMNO sekadar BONEKA di Pulau Pinang


WarkahDaily – ‘Wakil rakyat Umno tidak akan jadi Ketua Menteri’ di Pulau Pinang tegas Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman (gambar) ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Cina konon Ketua Menteri Pulau Pinang menuduh beliau mahu menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang jika BN menang di negeri itu.

Pada 20 Disember 2009, bekas Pengerusi Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilapor mahukan jawatan itu diberikan kepada Umno berdasarkan banyak kerusi yang dimenangi parti berkenaan. UMNO menang 11 kerusi DUN, sedangkan MCA dan Gerakan tewas di kesemua kerusi yang dipertandingkan di tangan Semua kerusi DAP dan PKR termasuk kesemua kerusi parlimen.

Namun tuntutan Zahid Hamidi itu mendapat tentangan dari Gerakan yang mahu mempertahankan jawatan itu demi survival partinya dan maruah parti akan tercalar jika jawatan itu pun diserahkan kepada Umno.

Ketika di zaman pemerintahan BN, Umno dilihat tidak banyak berperanan untuk memajukan orang Melayu di Pulau Pinang, bahkan banyak bangsa Melayu terpinggir dari arus pembangunan. Umno yang dipertanggungjawab dengan jawatan Timbalan Ketua Menteri sekadar dilihat ‘makan gaji buta’ oleh bangsa Melayu.

Laporan Bernama semalam, pendedahan oleh Datuk Zainal Abidin Osman konon Umno tidak berhajat dengan jawatan Ketua Menteri itu dilihat memberi gambaran lebih jelas akan peranan Umno dalam perikatan Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang.

Datuk Zainal Abidin berkata, beliau tidak berminat untuk menjadi pemimpin tertinggi di Pulau Pinang kerana sejak penubuhan BN di negeri ini telah ada perjanjian berhubung pelantikan Ketua Menteri.

“Rakyat Pulau Pinang yang berbilang kaum tidak perlu bimbang kerana jika BN menang pada PRU ke-13, saya atau mana-mana wakil rakyat Umno tidak akan jadi Ketua Menteri.

“Kita (BN) telah ada satu perjanjian iaitu wakil rakyat Umno tidak akan jadi Ketua Menteri dan calonnya (Ketua Menteri) adalah dari parti komponen BN,” katanya.

Rupa-rupa Umno sekadar boneka dalam BN Pulau Pinang. Desakan Zahid Hamidi selama ini sekadar gimik untuk menarik kembali sokongan bangsa Melayu terhadap BN. Namun apa yang realitinya, Umno tidak boleh berbuat apa-apa di Pulau Pinang. Umno sekadar kuda tunggangan Gerakan dan MCA yang dilihat lebih mendominasi BN Pulau Pinang.

Warkahdaily


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...