Rabu, September 14, 2011

Batal Terus Cukai 6 peratus


KUALA LUMPUR, 13 Sept 2011 — Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan menggesa kerajaan membatalkan terus cukai perkhidmatan enam peratus bebanan ke atas pengguna kad prabayar demi kepentingan rakyat.

Beliau turut menggesa kerajaan mengkaji setiap mekanisme percukaian yang lebih efektif kerana impak cukai yang dikenakan adalah sama seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bakal diperkenalkan kerajaan kelak.

Nasrudin menyelar pihak kerajaan yang terus mengaut keuntungan hasil cukai sedangkan golongan yang paling menerima kesan adalah golongan muda, pelajar dan golongan berpendapatan rendah sebagai pengguna tegar kad prabayar.

Beliau turut menggesa agar bertanggungjawab dan memansuhkan cukai tersebut sebagai tanda prihatin kepada generasi muda dalam Bajet 2012, yang akan diumumkan pada Oktober ini.

klpos

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

1 ulasan:

  1. biaqpila... apa ada hal..
    janji pru 13 kita kasi muzium negara umno apco..
    kah kah kah

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...