Rabu, September 14, 2011

Buku Panduan BUNUH DIRI Jepun



Masyarakat Jepun memang sudah dikenal sejak dahulu lagi mempunyai budaya membunuh diri, misalnya  harakiri, iaitu tindakan membunuh diri demi maruah yang dilakukan oleh para kesatria Jepun. Begitu juga tindakan kamikaze yang memperlihatkan keberanian anggota tentera Jepun pada Perang Dunia 1 dan II lalu. Bagaimana dengan generasi muda Jepun pada hari ini?



Wataru Tsurumi, penulis buku Panduan Lengkap untuk Membunuh Diri kembali muncul berhadapan dengan khalayak. Editor majalah itu mencetuskan kontroversi sewaktu melancarkan bukunya pada tahun 1993. 


"Saya membongkarkan tabu masyarakat Jepun," cetus lelaki berusia 42 tahun itu.



Dalam bukunya, Tsurumi menulis cara-cara untuk membunuh diri, misalnya mengambil ubat tertentu, memotong urat nadi, hinggalah menggunakan gas karbon monoksida. Semuanya diterangkan secara terperinci.



Menurut fakta, Jepun merupakan negara yang mempunyai angka bunuh diri tertinggi di dunia bersama-sama dengan Rusia dan Hungary. Lebih daripada 30 000 penduduknya mengambil keputusan membunuh diri dalam tempoh lapan tahun  berturut-turut.



Menurut Tsurumi, membunuh diri tidak salah kerana perbuatan itu melambangkan kebebasan individu. Apatah lagi, sejak dahulu masyarakat Jepun sudah mengamalkan budaya harakiri.



Tsurumi muncul kembali setelah Parlimen Jepun mengeluarkan peraturan yang mewajibkan pemerintah atau majikan membuat laporan pencegahan bunuh diri serta bekerjasama menjaga kesihatan mental para pegawainya. 


"Ketika pemerintah mula memperketat penguatkuasaan, saya akan terus berbicara secara serius tentang hal ini. Kita berhak memilih perkara yang kita inginkan dalam hidup," tegasnya.



Ketika negaranya menghadapi angka bunuh diri yang tinggi, Tsurumi mempunyai pandangan yang berbeza. 


"Orang selalu menyoal sebab seseorang membunuh diri? Tidak akan ada jawapan tertentu untuk persoalan ini. Sekarang mari kita tanyakan, mengapa kita tidak boleh membunuh diri ? Mengapa kita harus terus hidup?," katanya.



Menurut Tsurumi, tindakan membunuh diri lebih banyak disebabkan oleh kehidupan yang membosankan. Begitu juga soal pekerjaan dan masalah yang sama yang dihadapi tiap-tiap hari. 


"Cabaran terbesar dalam hidup adalah tentang cara untuk memperoleh kehidupan tanpa merasa hampa/bosan," ujarnya seraya tersenyum sinis.



Meskipun mendukung ideologi bunuh diri, Tsurumi, walau bagaimanapun menentang tindakan membunuh diri secara berkumpulan yang semakin menjadi-jadi di Jepun. Fenomena ini terjadi apabila sekumpulan individu bertemu di internet dan berjanji untuk membunuh diri bersama. 


"Kamu harus membuat keputusan sendiri untuk hidupmu," tegasnya. - DCM





P/s: Buku ini jelas bukanlah bacaan yang direkomendasikan untuk umum. Isi buku ini benar-benar mengajarkan orang untuk mengambil jalan pintas untuk mengakhiri hidup mereka. Harap-harap buku ini tidak beredar di Malaysia sama ada melalui cara yang sah ataupun tidak sah. Macam-macam masalah pula timbul nanti!


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

3 ulasan:

  1. Penulis blog: tidak beredar tu maksudnye tidak pergi,blah,berambus,menghilangkan diri....lari terus daripada maksud sebenar yg nk disampaikan....lg satu, rekomendasi tu perkataan bahasa melayu ke? cukup sakit mata bila tgk perkataan english yang dicedok ke bahasa melayu....dh hilang identiti bahasa melayu....hanya pendapat yg ingin diutarakan....english word should stay english...tak perlu nk cedok2 kerana kita ada bahasa kita sendiri....

    BalasPadam
  2. bro ajar wat komen camni...
    email dekat share.baginda@gmail.com
    harap2 dapat bantuan dari bro.. tq

    BalasPadam
  3. baginda, gua kena cari balik kt google sebelum boleh bantu lu bro...hehehe

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...