Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada peniaga ayam di Pahang yang bertindak menaikkan harga ayam sehingga mencegah RM10 sekilogram.Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata notis itu dikeluarkan setelah kementerian tersebut menerima banyak aduan daripada pengguna yang tidak berpuas hati berikutan kenaikkan harga ayam tersebut, dan tindakan selanjutnya akan dilakukan. Gambar sekadar hiasan.
Mengenai koperasi Orang Asli, beliau berkata kementeriannya akan memantau perjalanan 56 buah koperasi Orang Asli di seluruh negara bagi memastikan ia terus berdaya maju.
“Pemantauan itu perlu dilakukan kerana penglibatan masyarakat Orang Asli dalam koperasi masih baru dan pemantauan itu dilakukan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)”, katanya selepas melancarkan penubuhan Koperasi Orang Asli peringkat negeri Pahang di Rancangan Penempatan Semula Perkampungan Orang Asli di Pos Iskandar dekat sini hari ini.
Menurutnya pemantauan itu termasuklah memberikan khidmat nasihat dan kursus berkaitan pengurusan, pentadbiran dan kewangan setiap tahun.
Beliau berkata kini 11,814 Orang Asli telah menganggotai koperasi Orang Asli di seluruh negara dan berharap kepimpinan koperasi Orang Asli menceburi bidang pelancongan Inap Desa dan memasarkan produk hasil kerja kraftangan masyarakat itu secara komersial, yang dilihat sangat berdaya maju.
kl-today
Published with Blogger-droid v1.7.4
ikan kembung sekilo 16 kat pasar klang..
BalasPadamKAH KAH KAH