Rabu, November 16, 2011

SAYA MAHU BERTANDING JADI PM JIKA…

Saudara Pengarang,
Surat ini saya tulis selepas beberapa tahun saya mengikuti perkembangan politik tanah air yang langsung tidak mencerminkan perpaduan rakyat dan pembangunan rakyat. Mungkin sistem dua parti di negara ini akan menemui jalan buntu apabila pihak ROS dan SPR tidak berkerjasama untuk menjadikan isu ini sebagai isu penting bagi menjamin ketelusan di dalam pemerintahan dan pentadbiran.
Pada saya siapa pun berada di tempat PM akan menikmati gaji yang lumayan dan projek yang besar. Jika menteri pun seperti Shahrizat boleh mendapatkan projek juta-juta tidak mustahil bekas menteri besar Selangor pun ada juga projek side income yang lumayan.
Masalah kita di negara ini sejak turun temurun menjadikan bidang politik sebagai kerjaya…Ganti kerja makan gaji. Kalau dahulu guru kini jadi menteri, kalau dulu engineer sekarang jadi MP dan kalau dulu tukang buka serta angkat beg YB sekarang dah jadi exco. Masalah ini dapat kita samakan apabila si buta dapat melihat atau si pekak dapat mendengar. Sebelum jadi VIP bermacam-macam dijanji sambil mengangkat sumpah menjadikan jawatan dipilih rakyat sebagai amanah, tetapi bila semua itu sudah di dalam gengamam habis kekayaan rakyat dan kebebasan rakyat dirantai sesuka hati. Peliknya masih ada lagi pengundi yang mengundi PENDUSTA-PENDUSTA ini sehingga mereka itu diberikan jolokan pemimpin rakyat.
Rakyat negara ini tidak buta dan tidak pekak. Setiap kali pilihanraya bermacam-macam lagi ditohmah, difitnah dan dijolok supaya menjadi pilihan YB. Apakah sudah tiada lagi orang yang lebih AMANAH mendukung jawatan yang sepatutnya itu, sehingga wakil yang sama diundi dan dipilih. Ada juga yang didapati terlibat politik wang pun masih lagi dipilih sehingga bermaharajalela di FELDA dan terbaru ada yang menggunakan duit lembu beli pelaburan aset untuk kepentingan peribadi. Menteri yang tidak berkerja dengan baik dengan menfaraidkan projek itu juga bakal dinobatkan jadi bakal MB Selangor.
Apa sudah jadi? Mengapa masih lagi diHALALkan oleh Haji Najib dan Hajah Rosmah puak-puak yang sesat dan tidak mendukung AMANAH rakyat ini. Belum insafkah lagi apabila menghadap muka ke wajah Kaabah itu. Tiadakah calon yang baik sehingga terpaksa menggunakan kuda-kuda yang tempang itu demi menjaga kedudukan sedia ada. Ayuh! Sama ada anda itu PKR, UMNO, USNO, MCA, MIC, DAP, PAS atau apa sekali parti pun pilihlah pemimpin yang AMANAH! Jangan pilih PARTI kerana PARTI belum tentu menjamin seseorang wakil rakyat itu AMANAH, BAIK AKHLAK atau melahirkan pemimpin yang bertanggung jawab.
Carilah pemimpin yang berkerja untuk rakyat, membahagiakan rakyat, membantu rakyat dan memperjuangkang HAK RAKYAT! Bukan MAJORITI yang dicari di parlimen untuk memperjuangkan hak rakyat tetapi SUARA RAKYAT mesti sampai ke parlimen agar kita semua sentiasa diberkati dan beroleh kesejahteraan.
Saya juga mahu bertanding jadi PM, tetapi sistem biarlah ditukar rakyat memilih PM dan bukan wakil rakyat. Wakil rakyat apabila duduk dikerusi parlimen ada yang tertidur, ada yang mencarut, ada yang menghina, ada yang berkhayal dan juga tidak kurang ada yang melalut. Hal kecil dibesarkan dan hal bontot dibawa ke parlimen. Parlimen membincangkan hal dan kepentingan GLOBAL untuk seluruh rakyat Malaysia. Parlimen merupakan perjumpaan menentukan hala tuju yang dipersetujui oleh rakyat untuk membawa negara ke era negara maju. Parlimen bukan tempat bergaduh atau melanyak hak rakyat tidak kira bangsa dan agama.
Pilihlah saya jadi PM, pasti saya akan pastikan WIN WIN SITUATION untuk semua rakyat tidak kira RAJA, Rakyat Jelata dan Wakil Rakyat. Saya akan pastikan Malaysia semakin maju, kebajikan rakyat termasuk gaji kakitangan awam dinaikkan sehingga ke tahap maksima. Daripada memberi projek berjuta-juta untuk menteri-menteri yang tidak menjalankan tugas dengan baik, adalah lebih baik kakitangan awam semua dinaikkan gaji agar kualiti perkhidmatan semakin cemerlang. Kakitangan kerajaan bukan mahu umur pencen dinaikkan….mereka mahukan GAJI dinaikkan sesuai dengan taraf hidup dan kos sara hidup masa kini.
Susah sangatkah seorang PM untuk mengambil duit dari GLC dan LHDN untuk membayar gaji kakitangan kerajaan agar mereka tidak lagi digelar peminta-peminta yang tidak lain dan tidak bukan seperti hamba kepada Pak Menteri yang kaya raya.
Mari kita semua menjalankan solat istiharakh bagi menentukan calon manakah yang mesti dipilih, agar kita tidak lagi ditimpa kesusahan dan penganiayaan yang berlanjutan. Walau bagaimanapun UNDILAH SAYA UNTUK JADI PM.
Salam 1 Malaysia 1 Negara 1 KEBANGGAAN…
Budak Kampung
maclub81@gmail.com

kl-today
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...