Sabtu, Disember 10, 2011

Gempar langsuir bertenggek

KULIM HI-TECH, Kedah - Penduduk di Taman Kulim Perdana dekat sini digemparkan dengan penemuan lembaga wanita berambut panjang, serba putih yang sering bertenggek di palung air di selekoh masuk ke taman perumahan itu pada waktu malam. Pekerja industri, Hamzah Mohamad, 32, berkata, dia pernah ternampak lembaga itu sekitar jam 1 pagi ketika dalam perjalanan balik ke rumahnya.

 Menurutnya, lembaga itu sangat menggerunkan kerana ia dapat dilihat dari jauh. “Ketika kejadian saya baru sahaja selesai menghantar pekerja industri yang bekerja petang balik ke rumah.  “Saya kemudiannya menggunakan jalan pintas di hadapan Politeknik Kulim untuk ke Sungai Kob. Dari jarak 40 meter sebelum sampai ke selekoh masuk ke Taman Kulim Perdana, saya nampak kelibat seorang wanita berdiri di tepi jalan.  “Apabila jarak saya semakin hampir dengan selekoh itu, saya nampak dengan jelas lembaga itu bertenggek di atas paip air. Lebih menakutkan apabila dia memandang ke arah saya di mana kepalanya berpusing hingga ke belakang,” katanya. 

Sementara itu, seorang pengamal perubatan tradisional yang hanya mahu dikenali Rosli berkata, lembaga yang dilihat selama ini adalah langsuir. “Langsuir ini merupakan seorang wanita yang terbunuh ketika bersalin atau dibunuh. Mungkin lembaga itu pernah terbunuh dalam kemalangan di sekitar kawasan itu.  “Bagi mereka yang menggunakan jalan itu harus lebih berhati-hati kerana kecuaian atau terlalu memberikan perhatian kepadanya akan mengakibatkan mereka terlibat dalam kemalangan,” katanya. Cubaan Sinar Harian pergi ke tempat kejadian untuk merakamkan imej lembaga itu bagaimanapun gagal.

SH
Published with Blogger-droid v1.7.4

5 ulasan:

  1. Kata bomoh itu
    “Langsuir ini merupakan seorang wanita yang terbunuh ketika bersalin atau dibunuh"
    Karut,jangan nak fitnah orang yang syahid,wanita yang meninggal kerana bersalin dikira syahid(Walaupun tak sama taraf dengan syahid di medan perang)
    2)Roh orang meninggal berada dialam barzah,menerima balasan samaada baik atau buruk,terpulang pada amalan masing2,mana dok kat atas dunia lagi
    3)langsuir,toyol,hantu kubur atau apa sahaja adalah syaitan yang ingin menyesatkan manusia .
    wallahua'lam.

    BalasPadam
  2. Ape punya bomoh daa,mengarut je tahu,hahaha

    BalasPadam
  3. Apa la punya wartawan, usaha nak pi pun gagal? Hahaha...

    BalasPadam
  4. Apa la punya wartawan, usaha nak pi pun gagal? Hahaha...

    BalasPadam
  5. Itu jin daaa...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...