Khamis, Disember 08, 2011

Syabas tarik balik saman terhadap MB Selangor

KUALA LUMPUR, 7 Dis: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menarik balik saman terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mempertikaikan Tabung Budi, yang kononnya skim kebajikan untuk membantu keluarga miskin membayar tunggakan bil air. Syarikat bekalan air itu mengambil keputusan menarik balik saman ini pada Isnin lalu,  selepas perbicaraan berjalan selama dua hari (25 November 2011 dan 5 Disember 2011) yang telah menyaksikan empat saksi Syabas  telah memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. “Ini menunjukkan pertikaian kita terhadap Tabung Budi adalah betul selama ini. "Saya menyeru kepada Syabas supaya menghentikan operasi tabung tersebut kerana perbuatan mereka adalah salah dan tidak beretika,” kata Menteri Besar ketika mengulas keputusan itu. Tan Sri Abdul Khalid telah diwakili oleh peguam Christopher Leong, Edmund Bon dan Firdaus Husni dari firma guaman Chooi and Co.  Tabung Budi dilancarkan pada Ogos 2010 untuk membolehkan rakyat Selangor yang enggan menerima air percuma, memulangkan semula bayaran yang telah dibuat Kerajaan Negeri sebanyak RM11.40 kepada Syabas. Syabas menggunakan duit ini untuk membayar tunggakan air yang tidak mampu dibayar oleh keluarga miskin termasuk membayar kos penyambungan semula bekalan air. Ketika perbicaraan berlangsung, Mahkamah diberitahu bahawa Tabung Budi ditubuhkan oleh Persatuan Pekerja Syabas atau PEKA. Bagaimanapun, dana akaun dan operasi diuruskan sekretariat berasingan yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Datuk Roslan Hassan. Sumbangan untuk Tabung Budi pada mulanya hanya untuk kakitangan Syabas tetapi dibuka kepada orang ramai bermula Oktober 2010. Mahkamah juga diberitahu PEKA terpaksa meminda perlembagaan persatuan bagi membolehkan khidmat kebajikan diperluaskan kepada masyarakat luar susulan penubuhan Tabung Budi. Bagaimanapun, mahkamah diberitahu pindaan itu hanya diluluskan pada Ogos 2011. HD
Published with Blogger-droid v1.7.4

2 ulasan:

  1. Tanpa Nama8/12/11 9:07 PG

    Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 adalah penipuan kerajaan untuk menuntut cukai berpanjangan

    Saya adalah orang yang terlibat dengan perancangan LHDN.

    Wang RM500 diberikan akan ditambahkan ke dalam gaji orang yang menerima.
    Sebagai contoh, jika pendapatan RM2100, maka setelah menerima bantuan ini, gajinya akan menjadi RM2600.

    Bantuan Rakyat 1Malaysia sebanyak RM500 tersebut akan diberikan cuma sekali sahaja.
    Tujuan kerajaan memberikan RM500 adalah supaya orang yang bergaji rendah turut perlu membayar cukai pendapatan.
    Gaji minimum yang dimestikan membayar cukai pendapatan adalah RM2500 sebulan.

    LHDN di bawah arahan kerajaan akan memilih orang yang boleh dinaikkan gajinya menjadi sekurang-kurangnya RM2500 sebulan.
    Dalam kata lain, kerajaan akan memberikan bantuan kepada orang yang bergaji bulanan antara RM2000 sehingga RM2499
    Walaupun cuma sekali sahaja seseorang itu mendapat gaji RM2500 sebulan, kerajaan akan cuba menuntut cukai pendapatan seumur hidup!
    Jika gaji bulanan anda cuma RM1500 sebulan jangan haraplah akan mendapat bantuan ini.

    Saya sebagai "orang dalam" turut berasa bersalah.

    BalasPadam
  2. Tq beb, info menarik ni...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...