Published with Blogger-droid v1.7.4
Sabtu, Disember 24, 2011
Wanita Ini Mempunyai 2 Kemaluan Dan 2 Rahim
Dilihat dari keadaan tubuhnya, Lauren Williams layak dipanggil wanita biasa. Yang mengejutkan, ada hal yang membuat wanita yang berusia 29 tahun dari United Kingdom ini berbeza dari wanita normal lainnya. Dalam rancangan talk show Tyra Banks, Lauren mengaku terlahir dengan memiliki dua vagina!.Keadaan itu membuatkan Lauren juga memiliki dua uterus dan dua rahim . Itu sebabnya dia juga menghadapi kitaran haid yang tidak normal. Jika umumnya wanita haid sekitar 5 hingga 10 hari, namun masa haid Lauren boleh mencapai 21 hari.Didalam rancangan talk show tersebut, Lauren mengaku kerana rasa menderita dengan keadaannya.Apabila dia pergi membuat pemeriksaan diri dengan doktor, dari situlah doktor mendapati terdapat kelainan pada Lauren yang disebut didelphys Uterus atau dua rahim .Kes yang dialami Lauren tergolong dalam kes-kes aneh. Menurut Roger Harms, seorang konsultan kebidanan dan ginekologi di Mayo Clinic, mengatakan sebanyak 2 hingga 3 peratus dari seluruh wanita di dunia yang memiliki keadaan tersebut. Gejala dari keadaan dua rahim ini antara lain menyebabkan jangka haid berpanjangan serta pendarahan yang terlalu banyak selama datang bulan. Sayangnya menurut Harms, masih banyak wanita mengabaikan keadaan ini.Harms menambah, dia telah menemui lapan wanita yang mempunyai dua rahim pada tahun ini. Sebahagian wanita yang mengalami didelphys Uterus memiliki dua rahim.Harms mengungkapkan, pembedahan umumnya tidak diperlukan, kerana keadaan pesakit tidak mengancam jiwa. Wanita yang didapati dengan keadaan dua rahim harus berbincang dengan doktor jika mereka menghadapi 3 perkara ini. Jika mereka mengalami gejala yang tidak normal biasa, merancang untuk hamil atau sudah hamil. “Sebab selain boleh mengganggu kehidupan seksual, didelphys Uterus boleh menyebabkan komplikasi pada kehamilan menyebabkan keguguran atau kelahiran bayi yang tidak cukup matang. ”Namun ada juga wanita yang mengalami kelainan ini bisa menjalani kehidupan selayaknya wanita normal. Seperti halnya yang dialami Lauren. Meski dibedah tapi doktor tidak membuang apa yang telah dimilikinya. Misalnya rahim, dia boleh hamil seperti wanita normal. Lama-kelamaan janinnya akan bergerak dengan sendirinya ke janin utama.“Kemungkinan kehamilan akan berjaya dengan keadaan ini sebenarnya cukup baik,” Harms menambahkan seperti diberitakan dari laman Aol.Tapi menurut Harms, Lauren harus hati-hati saat bercinta. Kerana jika hamil dia juga harus melakukan pencegahan awal kerana ditakuti boleh terjadi pembuahan di rahim kedua. Jika kedua rahim ‘terisi’, keadaan ini boleh jadi sangat membahayakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...