Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli membuat dakwaan itu dengan merujuk kepada satu tempahan jamuan bankuet kepada Hotel Shangri La yang didakwa menyediakan katering untuk majlis berkenaan.
Rafizi mendakwa, kos berjumlah RM409,767 itu dibilkan kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO).Jumlah itu mungkin hanya RM409,767 namun ia menunjukkan sikap kerajaan yang didakwa "menggunakan wang rakyat bagi kemewahan peribadi," kata Rafizi.
Menurut salinan dokumen yang diedarkan kepada media itu, majlis berkenaan diadakan pada 17 Jun 2011 di kompleks Perdana Putra.Bernama melaporkan pada tahun lalu bahawa pertunangan anak Najib, Nooryana Najwa dengan warga Kazakhstan, Daniar Nazarbayev itu dilangsungkan di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana pada malam tersebut.
PMO bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan petang ini."Bil pertunangan anak PM, Nooryana Najwa, tidak ditanggung oleh Pejabat Perdana Menteri seperti didakwa sesetengah pihak," menurut satu kenyataan daripada pejabat itu di lamanTwitter.-MKini
Published with Blogger-droid v1.7.4
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...