Khamis, April 19, 2012

'PM patut jelaskan misi sulit Shafee di luar negara'

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mesti menjelaskan tujuan menggunakan peguam kanan Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah bagi tugasan "sulit" di luar negara seperti didakwa, kata PKR.

Setiausaha agungnya Datuk Saifuddin Nasution yang membuat dakwaan itu semalam berkata, penjelasan itu mesti diberikan kerana ia melibatkan kepentingan awam ekoran dakwaan Muhammad Shafee dilantik oleh kerajaan.

Saifuddin yang juga anggota parlimen Machang juga mempersoalkan kenapa Muhammad Shafee itu mesti dilantik sedangkan kerajaan sudah mempunyai Jabatan Peguam Negara.

Semalam, Muhammad didakwa dilantik oleh perdana menteri dan isterinya Rosmah Mansor untuk tugasan sulit di luar negara daripada 2 hingga 25 April.Dalam satu surat bertarikh 23 Mac, beliau dikatakan memohon kepada ketua hakim negara, presiden Mahkamah Rayuan dan hakim besar Malaya - dengan salinan kepada Najib dan Rosmah - supaya semua kesnya antara tarikh itu dikosongkan.

Sebahagian kandungan surat itu didedahkan di Dewan Rakyat oleh Datuk Saifuddin Nasution (PKR-Machang) semasa membahaskan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2012 semalam.MK
Published with Blogger-droid v1.7.4


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...