Khamis, Mei 31, 2012

Syarikat pertahanan Perancis didakwa 'beli' dokumen sulit


Suatu dokumen yang sangat sulit - penilaian Tentera Laut Malaysia terhadap kapal selam kelas Scorpene yang akan dibeli oleh kerajaan - didakwa telah "dibeli" oleh sebuah syarikat pertahanan Perancis.

NONEPeguam Perancis, Joseph Breham, yang mewakili NGO hak asasi
manusia, Suaram, mendakwa syarikat berkenaan didakwa membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd, kononnya untuk kerja-kerja "kejuruteraan komersial".

Breham (kanan) berkata hakim siasatan Perancis yang menyiasat kes yang difailkan oleh Suaram terhadap syarikat pembuat kapal Perancis, DCNS, atas dakwaan rasuah, mahu tahu tujuan bayaran tersebut dan meminta laporan transaksi kewangan daripada syarikat berkenaan.

"Mereka (para hakim siasatan) telah diberi maklumat yang sudah sedia ada dalam Internet dan akhbar, kecuali dokumen yang ini," dakwa Breham dalam satu sidang akhbar di Bangkok semalam.

"Ia adalah dokumen rahsia oleh Tentera Laut Malaysia - satu penilaian untuk tempahan kapal selam berkenaan, yang merupakan laporan yang sangat sulit," katanya kepada wartawan di Kelab Wartawan Asing Thailand.


MK


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Rabu, Mei 30, 2012

Remaja Bawah Umur Dicekup Di Bilik Rahsia


Kuala Terengganu -Seorang remaja perempuan bawah umur antara lima warga Thailand yang dicekup dalam sebuah bilik rahsia selepas digeledah selama dua jam oleh anggota Jabatan Imigresen Terengganu dalam satu operasi ‘OPS Sayang’ 8 Mei lalu jam 3 pagi di sebuah rumah urut “Macam-macam ada’ di Jalan Ladang, di sini.

Gambar: Remaja berusia 16 tahun ini (kiri) dipercayai bekerja sebagai tukang urut di sebuah rumah urut, “Macam-macam ada’ di Jalan Ladang, Kuala Terengganu

Bagaimanapun, remaja berusia 16 tahun itu yang berasal dari Narathiwat Thailand diarahkan dijaga di bawah pengawasan Rumah Perlindungan Kanak-kanak sementara menunggu siasatan penuh laporan Jabatan Imigresen Terengganu atas pertuduhan Anti Pemerdagangan Orang 2007 oleh Mahkamah Majistret, di sini, kelmarin.

Majistret Noradila Ab Latif mengeluarkan perintah perlaksanaan dikuatkuasa selama 14 hari manakala empat lagi wanita yang berusia dari 26 tahun hingga 37 tahun itu diperintah dijaga di bawah pengawasan rumah perlindungan wanita.

Terdahulu, laporan Jabatan Imigresen Terengganu mengenal pasti kelima-lima mereka dicekup ketika itu menggunakan pasport lawatan sosial serta tidak mempunyai permit sah bekerja di premis berkenaan.

Mereka dipercayai bekerja sebagai tukang urut yang turut menawarkan khidmat urutan ‘istimewa’ serendah RM50 dengan berpakaian seksi bagi menarik pelanggan. -SH

greenboc


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KONSERT K-POP NAIKKAN NAFSU BELIA



DEY MACHA!!!
MUFTI DAH MULA BERSUARA
TAPI TAK BERANI NAK KATA HARAM
MACAMANA DEPA KATA PERHIMPUNAN BERSIH HARAM
KAH! KAH! KAH!

ANTARA K-POP DAN CERAMAH USTAZ AZHAR IDRUS
KALAU MASALAH TRAFIK JADI ALASAN
KENAPA PULAK CERAMAH AGAMA YANG DIBATALKAN?
PATUTNYA KONSERT K-POP YANG DIBATALKAN
MENTERI PUN IKUT NAFSU
PROGRAM AGAMA LETAK TEPI
HIBURAN JADI ELEMEN MENDIDIK BELIA
KAH! KAH! KAH!



Mufti Perak tegur konsert K-Pop

KUALA TERENGGANU – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegur penganjur yang mengundang artis dari Korea menghiburkan pengunjung program tersebut minggu lalu.

Menurut beliau, perhimpunan itu bertujuan baik bagi menyatukan golongan belia di negara ini tetapi tidak seharusnya dicemari dengan pemilihan artis luar negara yang kurang sopan dari segi aksi dan pemakaiannya.

“Sepatutnya tidak ada benda-benda macam itu (artis K-Pop). Kita sekarang dalam proses pembentukan akhlak muda-mudi kita yang sedang merosot, jadi tidak patut ada perkara yang boleh menaikkan nafsu.

“Harap pihak penganjur ambil perhatian serius dalam hal ini,” katanya di sini kelmarin.

Beliau, bagaimanapun, tidak menafikan golongan muda lebih cenderung kepada hiburan seperti itu, namun, katanya, tidak semestinya ia dipenuhi dengan aksi bersifat nafsu semata-mata.

“Kita harus bertindak dengan baik, mungkin boleh digantikan dengan aktiviti lain lebih positif yang boleh menarik minat golongan belia.

“Jangan hanya untuk dapatkan sokongan dan kedudukan sahaja; bimbang nanti ada orang nak dapat sokongan tapi sebaliknya tak disokong pula,” katanya mengulas kritikan segelintir pihak berhubung persembahan artis K-Pop pada perhimpunan itu yang tidak sesuai dengan budaya negara ini kerana artis berpakaian menjolok mata.


Tangguh ceramah Ustaz Azhar Idrus tiada kaitan konsert K-Pop

Tangguh ceramah Ustaz Azhar Idrus tiada kaitan konsert K-Pop Sementara itu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menafikan dakwaan kononnya penangguhan majlis ceramah oleh penceramah motivasi Ustaz Azhar Idrus yang sepatutnya berlangsung pada 26 Mei lepas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) disebabkan konsert K-Pop.

Sebaliknya, beliau berkata, penangguhan itu berkaitan dengan masalah trafik kerana kedua- dua program terbabit berlangsung pada hari yang sama dan memerlukan komponen tambahan dalam menguruskan perjalanan trafik.

“Kementerian saya tidak ada kena mengena dengan soal ini (pembatalan ceramah) dan bukan disebabkan konsert ini. Ia di bawah kawalan pihak pengurusan PICC yang merasakan masalah trafik menjadi punca (pembatalan ceramah) dan perlu ditangguhkan,” katanya semalam seperti dilaporkan Bernama.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan pembangkang dalam laman portal bahawa penangguhan ceramah tersebut dibuat kerana serentak dengan konsert K-Pop dan dibimbangi konsert itu tidak mendapat sambutan hangat apabila bersaing dengan majlis ceramah berkenaan.

Mengenai ketiadaan sambutan pada himpunan itu sekiranya ceramah itu juga berlangsung, Ahmad Shabery memberi contoh pada hari tersebut, himpunan belia turut diadakan di Shah Alam, namun tidak mendapat sambutan hangat.

“Pada himpunan belia di Shah Alam (penganjurnya) mengharapkan belia akan pergi ke sana. Difahamkan pemimpin besar mereka yang sepatutnya merasmikan himpunan itu tidak hadir dan akhirnya 150 orang sahaja yang datang, dibandingkan dengan himpunan di Putrajaya yang lebih ramai,” katanya.-SH


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KENAPA NAJIB TAKUT DEBAT DENGAN ANWAR?


Di saat budaya debat mula diterima rakyat negara ini sebagai medium membuat penialaian terhadap sesuatu isu, namun masih ada lagi yang melihat debat tidak mendatangkan apa-apa faedah.Malangnya, kenyataan ‘memperlekeh’ debat itu yang seolah-olah dilihat hanya mendatangkan keburukan, datang dari pemimpin negara sendiri.Terbaru, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim yang menyifatkan debat tidak menguntungkan mana-mana pihak sebaliknya mendorong kepada perbuatan tuduh menuduh dan kata-kata nista.

Beliau merujuk kepada keperluan debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dicadangkan banyak pihak.

Sebelum ini, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor juga mengeluarkan pandangan serupa bahawa, debat di antara Najib dengan Anwar tidak perlu.

Beliau memberi alasan pembangkang khususnya Anwar akan mencetuskan suatu keadaan untuk mendapatkan ‘mileage’ politik dalam debat itu.

Apa yang menjadi persoalan kini, adakah pemimpin Umno ini tidak melihat contoh depan mata debat antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli berhubung Pemansuhan PTPTN pada 22 April lalu?


Rata-rata melihatnya sebagai sesuatu yang positif, dan langsung tidak timbul persoalan siapa menang siapa kalah antara mereka.

Bagaimana pula debat antara Anwar dengan Datuk Ahmad Shabery Cheek pada Julai 2008 untuk menurunkan harga minyak. Adakah debat tersebut mendatangkan keburukan?

Terbaru sebuah NGO Asli sekali lagi mahu menganjurkan debat antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng selepas debat serupa dianjurkan mereka Februari lalu.

Malah Guan Eng yang Ketua Menteri Pulau Pinang dengan hati terbuka menerima tawaran debat itu hari ini.

Jika benar budaya debat tidak membawa kebaikan, patut hapuskan sahaja pertandingan debat di sekolah mahupun di universiti yang sudah diamal sejak sekian lama.

Dalam isu debat Najib-Anwar ini, saya tidak tahu kenapa Najib dan Umno perlu mengelak sampai rapat ke dindidng.

Kenyataan dari pemimpin Umno yang mewakili suara Najib menolak debat ini hanya akan dilihat sebagai ‘mengampu’ bos sahaja.

Manakala sikap sepi perdana menteri menyahut debat ini hanya mengesahkan pandangan rakyat bahawa Najib sememangnya takut untuk berhadapan dengan Anwar.

Penulis: Ridhuan Mohd Noor - ialah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia.

kl-today


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Najib habiskan RM20Juta untuk Himpunan Belia?




Kerajaan Umno BN didakwa berbelanja sebanyak RM20 juta bagi menjayakan Himpunan Jutaan Belia minggu lalu.



Menurut sumber yang enggan namanya didedahkan memberitahu, Kementerian Belia dan Sukan turut melantik sebuah syarikat baru yang dikhususkan untuk mengurus sepenuhnya program yang berlangsung sepanjang lima hari di Putrajaya itu.



“Saya dapat maklumat daripada orang dalam iaitu rakan saya yang bertugas dari Kementeria Belia dan Sukan sendiri memberitahu bahawa kerajaan telah berbelanja sebanyak RM20 juta untuk penganjuran Himpunan Belia di Putrajaya itu.



“Malah beliau turut memaklumkan kementerian juga melantik sebuah syarikat yang baru dua bulan ditubuhkan bagi mengendalikan pengurusan program tersebut,” kata pesara kakitangan kerajaan itu menghubungi pejabat Keadilan Daily, hari ini.



Berikutan itu, lelaki itu menuntut penyiasatan lanjut mengenai perbelanjaan kerajaan mengadakan himpunan itu.



“Saya minta perkara ini disiasat kerana sudah tentu kerajaan menggunakan duit rakyat untuk penganjuran program ini,” katanya.



Bertemakan ‘Hari Ini Lebih Baik Berbanding Hari Esok’, 500 aktiviti
yang membabitkan 38 segmen dengan 1,000 persembahan diadakan sejak Rabu lalu, memperlihatkan kerajaan lebih ghairah menghidangkan elemen hiburan berbanding kerohanian.



Aktiviti hiburan seperti tarian dan nyanyian juga bertentangan dengan konsep wasatiyyah yang dicanang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak.



Adakah penganjuran seperti ini menjadi kebanggaan kerajaan walaupun Himpunan Jutaan Belia tahun ini ‘tercemar’ apabila satu kemalangan berlaku ketika acara perlumbaan drag di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19 pada Sabtu.



Seramai 17 penonton perlumbaan drag cedera termasuk empat parah apabila sebuah kereta perlumbaan terbabas sebelum melanggar penonton.



Mangsa kini berada di Hospital Putrajaya untuk mendapat rawatan lanjut. - Keadilandaily



Apa kata mufti??






darisungaiderhaka


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Selasa, Mei 29, 2012

DAH TUA PUN NAK MENGGATAI LAGI...BINI TAK CUKUP K-POP KE? KAH! KAH! KAH!

BN PELINGKUP NEGARA



DISKO HIMPUNAN BELIA NEGARA


GUA HARAP PM KITA DAN MENTERI BELIA SUKA TENGOK NI...MOHON SHABERI CHIK BAWA BUDAK2 NI UNTUK ACARA K-POP HIMPUNAN BELIA TAHUN DEPAN


DAH TUA PUN NAK MENGGATAI LAGI...BINI TAK CUKUP K-POP KE? KAH! KAH! KAH!




NEGARA AKAN LINGKUP
KALAU BENDA HARAM DIHALALKAN
DAN BENDA HALAL PULAK DIHARAMKAN

INILAH YANG TERJADI MASA KINI
HIBURAN YANG HARAM DIHALALKAN
MINTA BERSIH PILIHANRAYA PULAK DIHARAMKAN

ITULAH KERJA MELINGKUP NEGARA
YANG KINI DILAKUKAN OLEH BN
PASAI BN MEMANG DAH NAK LINGKUP
KAH! KAH! KAH!



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Ibu Terkedu Melihat 2 Orang Anaknya Berpelukan Seperti Suami Isteri


Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Gerak hati seorang ibu yang ingin melihat keadaan dua anak gadisnya sebaik terjaga daripada tidur kira-kira jam 3.30 pagi membawa kepada penemuan mengaibkan apabila dua beradik berusia 13 dan 15 tahun itu didapati tidur berpelukan bagai suami isteri bersama teman lelaki masing-masing.

Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Sri Gombak Indah, dekat sini, pada awal pagi Rabu lalu dan ia sesuatu yang amat mengejutkan ibu terbabit serta suaminya kerana tidak menduga anak gadis mereka yang masih bersekolah berani bertindak sedemikian.

Sedih dan kecewa dengan apa yang dilihatnya, ibu berkenaan lantas memberitahu suaminya dan si ayah turut tergamam melihat kedua-dua anak gadisnya tidur berpelukan dengan lelaki bukan muhrim dalam sebuah bilik.

Selepas dikejutkan daripada tidur, dua beradik itu dan teman lelaki masing-masing yang berusia 17 dan 20 tahun memohon maaf serta merayu supaya dimaafkan, namun si ayah yang terlalu kecewa nekad melaporkan kejadian itu kepada polis.

Polis menahan kedua-dua lelaki terbabit sebelum membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk disoal siasat. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Menurutnya, kekasih gadis terbabit yang ditahan polis ketika kejadian kini reman hingga 28 Disember ini bagi membantu siasatan.

“Kes itu diklasifikasikan sebagai rogol kerana kedua-dua gadis terbabit masih di bawah umur dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam lusa untuk menghadapi pertuduhan,” katanya.

- Metro

kachipemas


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

BERANI KE MB PERLIS BERDEBAT?



DEBAT ‘PERLIS MAJU 2015: REALITI ATAU FANTASI’ ANJURAN AMK PERLIS.

Pada tahun 2005, Kerajaan Negeri Perlis telah membuat pengumuman rasmi untuk menjadikan Perlis sebagai sebuah negeri maju menjelang Wawasan 2020.
Gagasan yang dinamakan sebagai ‘Perlis Maju 2015’ itu mensasarkan tahun 2015 di mana Perlis akan mencapai tahap negeri maju sepenuhnya.

Namun, sehingga kini, setelah hampir 7 tahun pengumuman itu dibuat, Angkatan Muda Keadilan Perlis mendapati bahawa tidak ada sebarang perkembangan signifikan yang dapat dibanggakan oleh rakyat Perlis.

Bahkan maklumat berkenaan dasar dan pencapaian petunjuk-petunjuk penting ke arah merealisasikan Perlis Maju 2015 tidak diketahui oleh rakyat Perlis. Rakyat hanya dapat melihat beberapa publisiti di laman web rasmi Kerajaan Negeri Perlis dan papan-papan iklan di sekitar Kangar.

Sehubungan dengan itu, Angkatan Muda Keadilan Perlis berpendapat bahawa satu debat ilmiah wajar diadakan secara terbuka dan berlangsung dengan sihat.
Debat ini akan memberi ruang yang luas kepada rakyat Perlis untuk menilai secara rasional polisi dan program ‘Perlis Maju 2015’ yang dirangka kerajaan negeri Perlis untuk mereka.

Justeru, Angkatan Muda Keadilan Perlis menawarkan kesediaan untuk menjadi penganjur kepada debat ini di antara Menteri Besar Perlis YAB Dato’ Seri Dr Md Isa Sabu dan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Perlis saudara Mohammad Faisol Abd Rahman. Tajuk yang kami cadangkan: “Perlis Maju 2015: Realiti atau Fantasi”.

Kami akan menghantar undangan rasmi kepada YAB Menteri Besar Perlis dan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Perlis pada hari Jumaat, 31 Mei 2012.

Kami berharap agar kedua-dua orang pemimpin ini bersedia untuk menerima undangan daripada pihak kami. Semoga debat ini akan berlangsung dengan baik demi mendatangkan manfaat kepada rakyat Perlis secara keseluruhannya.

Sekian, terima kasih.

Ammar bin Gazali
Ketua Angkatan Muda Keadilan Perlis

fb

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Isnin, Mei 28, 2012

HIMPUNAN ROSAKKAN JUTAAN BELIA




DEY MACHA!!!
UMNGOK BN TERPAKSA MELAKUKAN AKTIVITI HIBURAN BAGI MEROSAKKAN BELIA NEGARA KERANA HANYA ORANG-ORANG YANG ROSAK AKAN MENYOKONG UMNGOK BN.
KAH! KAH! KAH!
MENTERI BELIA PUN KATA HANYA PENDEKATAN MELALUI HIBURAN CARA YANG BERKESAN UNTUK BELIA DI NEGARA INI.
KAH! KAH! KAH!
APA ADA HAL SOAL AGAMA LETAK TEPI.
JANJI BELIA AKAN SOKONG BN.
KAH! KAH! KAH!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Ahad, Mei 27, 2012

LAWAK AHAD: SAKIT



Ketika waktu rehat, seorang doktor dikejutkan oleh seseorang wanita yang menangis tersedu-sedu sambil berkata, "Saya tak mau mati lagi, doktor".

Merasa kasihan, doktor kembali ke pejabatnya dan berkata, "Ada apa? cuba ceritakan masalah awak dengan terperinci!"

Lalu dengan tersedu-sedu pesakit wanita itu berkata, "Doktor, jika saya menyentuh mana-mana bahagian tubuh saya, saya akan merasa sakit. Lihat ini doktor!" Kemudian wanita itu menyentuh bahagian dadanya dengan tangannya, lalu menjerit kesakitan, dia menyentuh pula bahagian kepalanya dengan tangannya, kemudian ia menjerit kesakitan lagi, dia terus menjerit kesakitan apabila menyentuh bahagian anggota tubuh yang lain dengan tangannya. Pesakit itu berkata, "Tengok doktor, semua tempat saya pegang rasa sakit"

Lalu dengan tersenyum doktor itu berkata, "Jari tangan awak sebenarnya yang patah".


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Jumaat, Mei 25, 2012

K-Pop punca kuliah Ustaz Azhar Idrus dibatal



Semua orang tau yang kuliah perdana Ustaz Azhar Idrus di PICC yang dijadualkan pada 26 Mei ini telah dibatalkan, dan lokasinya telah berpindah ke Masjid As-Salam, Puchong Perdana.
Aku pernah bangkitkan hal ini secara loose tak lama dulu.

Difahamkan Setiausaha Politik Najib, Dato Jailani Ngah telah meminta menghubungi JAKIM agar membatalkan kuliah tersebut. Antara alasan yang diberikan adalah kuliah itu akan berlangsung serentak dengan sambutan Himpunan Belia Negara anjuran BN juga di Putrajaya. Kononnya dikhuatiri akan berlaku pertembungan program dan kesesakan lalulintas yang teruk di Putrajaya.

Come on la - Putrajaya ni jalannya kecik macam KL ke? Putrajaya ni padat macam KL ke? Putrajayalah satu2nya bandar yang aku rasa aku berani baring atas jalanrayanya tanpa risau untuk dilanggar. Punyalah lengang Putrajaya ni. Lagipun, PICC terletak agak jauh daripada pusat sambutan Himpunan Belia itu dan tidak ada sebab untuk merisaukan kesesakan lalulintas!

Apakah pihak penganjur yakni BN takut kurangnya sambutan terhadap Himpunan Belia itu lantaran semua belia tertumpu ke Azhar Idrus? Come on - bukankah baik sekiranya para belia kita mendekati agama dan guru2 agama? Mengapa perlu dianggap kuliah2 agama sebegini sebagai ancaman?

Sekian lama belia2 kita disogokkan dengan hiburan dan karnival yang melalaikan. Bukankan molek sekiranya belia2 dan remaja2 ini dicambahkan dengan nur Islami?

Tetapi, yang menyedihkan ialah kerajaan BN lebih mengutamakan konsert K Pop berbanding kuliah Ustaz Azhar. Pada malam 26 Mei itu, rupanya penganjur Himpunan Belia telah menyediakan satu tentatif program persembahan konsert dari sebuah kumpulal K Pop yang terdiri dari sekumpulan anak2 gadis korea yang seksi meksi. Jadi, secara asasnya kerajaan BN yang menganjurkan Himpunan ini lebih mengutamakan "pengisian" artis K Pop korea yang seksi itu berbanding pengisian agama oleh Ustaz Azhar Idrus.

Inikah kerajaan yang kononnya mendakwa depa menegakkan Islam?

Aku tau, akan ada puak UMNO kutuk hal ni dengan kata "Ustaz Azhar tak berceramah agama, tapi dok kutuk mengutuk dan cerita politik". Sapa yang dok kata begitu, dia adalah BODOH dan jahil. Pernahkah korg pergi mana2 ceramah Ustaz Azhar? Lihat tak selautan manusia yang membanjiri mana sahaja lokasi Ustaz Azhar dan ini termasuklah mat rempit, kutu lepak, kaki rayau dan pelbagai lagi golongan yang dianggap sampah masyarakat? Apakah dalam setiap kuliahnya, pengisian utama Ustaz Azhar adalah mengutuk UMNO BN, caci maki suka suki dan sebagainya?

Tolong jangan jadi bodoh.

Apakah kononnya "kutuk mengutuk" dan "cerita politik" itu boleh dijadikan dalil untuk lebih menghalalkan konsert K Pop itu? Sila jawab dengan akal yang dipandu iman bukannya dipandu punggung para veteran tentera.

Wahai para mufti, wahai para ulama muda UMNO, wahai Hasan Ali - MANAKAH KORANG????

rakyat marhaen


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

LAYANAN SEKS LEPAS JAMU SELERA

Khidmat ekstra lepas jamu selera di restoran


Gambar Hiasan
KLANG: Jabatan Anti Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menahan 10 pelayan pelanggan (GRO) warga asing dalam dua serbuan di sini, malam kelmarin.

Dalam serbuan pertama di sebuah restoran makanan laut di Bandar Baru Klang, di sini, keasyikan pelanggan menjamu selera terbantut apabila restoran itu diserbu sebelum polis menahan lima pelayan pelanggan (GRO) warga asing yang bekerja di restoran itu.


Operasi dinamakan Ops Noda itu dilaksanakan pasukan membabitkan tiga pegawai dan 10 anggota.

Difahamkan, pelanggan yang mahukan khidmat ekstra selepas minum dan makan dibawa ke tiga bilik di restoran terbabit.

Ketua Operasi, Inspektor Chin Wen Sin berkata, serbuan bermula jam 10.15 malam itu dilakukan berikutan aduan dan risikan selama seminggu mendapati restoran itu turut menyediakan khidmat GRO untuk aktiviti tidak bermoral sebagai taktik pelaris perniagaan.

“Selepas serbuan itu, kami menyerbu sebuah pusat hiburan berhampiran. Lima GRO warga asing ditahan dalam serbuan di pusat hiburan itu.

“Kami mengesyaki GRO terbabit menawarkan khidmat seks kepada pelanggan,” katanya ketika ditemui selepas serbuan di kedua-dua premis itu berakhir sejam kemudian. Menurutnya, siasatan awal mendapati GRO terbabit menerima tips RM50 bagi layanan menemani setiap seorang pelanggan tidak termasuk khidmat ekstra.

HM

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Ceramah PKR Lembah Pantai Kena Baling Batu, Telur, Letrik Dipotong


KUALA LUMPUR 24 Mei : Ceramah PKR di perkarangan pangsapuri di Lembah Pantai di sini menjadi kecoh apabila beberapa individu membaling batu, telur dan botol air ke arah hadirin yang berkumpul untuk mendengar ucapan daripada pemimpin kanan parti itu.


Seorang penonton ceramah yang diadakan di dalam perkarangan flat Pantai Permai, cedera selepas terkena batu yang dilemparkan daripada arah yang tidak diketahui.


Beliau dikejarkan ke hospital oleh petugas PKR.


Beberapa penonton lain terkena lemparan telur sejurus selepas Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar memulakan ucapannya pada kira-kira pukul 10.30 malam.


Serangan telur tersebut bermula sejurus bekalan elektrik kepada khemah ceramah itu dipotong dan keadaan menjadi gelap.


Peralatan Krew TVSelangor yang berada dilokasi tersebut untuk tujuan siaran langsung juga terkena serpihan telur yang dilemparkan.


Nurul Izzah, yang juga MP Lembah Pantai, dilihat memujuk beberapa penonton ceramah yang memaki hamun Umno kerana tindakan sabotaj tersebut, supaya bertenang dan bersabar.


Setelah beberapa minit, bekalan elektrik ceramah itu dapat disambung semula.


Nurul Izzah di dalam ucapannya berkata provokasi tersebut diadakan kerana Umno-BN takut akan kehadiran Pakatan.


“Masa saya berkempen dulu, tidak pernah seteruk ini, mereka boleh buat jahat tetapi ingatlah, rakyat akan bangkit lawan kejahatan ini.


“Umno-BN patut malu kerana melakukan provokasi sebegini, kita tidak akan takut tetapi mereka yang takut, ” katanya.


Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Atkin juga menyeru individu-individu yang membaling batu dan telur tersebut agar memberhentikan tindakan mereka.


“Saya mintak Pemuda Umno supaya jangan bertindak sedemikian. Hormati hak kita untuk berucap seperti kita hormati hak kamu untuk berucap.


“Berucaplah sekuat-kuat hati tetapi jangan sampai buat macam ini (bertindak ganas),” Shamsul Iskandar berkata.


Ceramah PKR yang bertemakan “Halatuju Politik dan Ekonomi Negara” turut memuatkan majlis penyampaian hadiah pelajar cemerlang Ujian Penilaian Menegah Rendah oleh Nurul Izzah.


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden PKR Tian Chua turut memberi ucapan pada malam itu.


Suasana bermula tegang dari pukul 8 malam ekoran sebuah lagi ceramah Umno-BN yang telah diadakan berhampiran tapak ceramah PKR.


Wartawan TVSelangor berkata beberapa kumpulan mat rempit yang berkeliaran di jalan ke flat tersebut bertindak membunyikan enjin motosikal mereka dengan kuat untuk menganggu ucapan.


Jalan ke flat Pantai Permai juga dikepong oleh pemuda yang dipercayai aktivis Umno-BN berbaju merah yang cuba menakut-nakutkan pengguna kenderaan dengan mengajukan banner perkataan kesat dan mengibar bendera Umno.




selangorku




KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

BISMILLAH 5 Penyembuh Pelbagai Penyakit



BISMILLAH 5 Penyembuh Pelbagai Penyakit

Maksudnya:
1) Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
2) Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan
3) Dengan nama Allah Yang Mencukupkan
4) Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
5) Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

Cara Merawat:

Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, kemudian bacalah Bismillah 5 ini sebanyak tujuh kali. Kemudian tiupkan di tempat yang sakit itu. Selepas itu tiup pula ke atas air. Kalau anggota yang sakit itu tidak boleh disentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar disentuh, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan i’tikad bahawa anggota tersebut adalah anggota yang sakit. 

Dengan izin Allah, mudah-mudahan sembuh penyakit yang dihidapi. Kita hanya mampu berdoa dan berikhtiar serta bertawakal, Allah jua Yang Maha Penyembuh...

sumber fb


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Khamis, Mei 24, 2012

BERSIH 4.0: Cabutan bertuah BMW dan Lamborghini

DEY MACHA!!!
HARI TU KATA RUGI BERNIAGA
BERSIH 3 PUNYA PASAL
KAH! KAH! KAH!

BILA TEMBERANG DAH TERBONGKAR
DIRI SENDIRI YANG TOLONG MENGAKU
INILAH BANGANG BERTINGKAT
KAH! KAH! KAH!

MEMANG TERDESAK NAK TARIK SOKONGAN
TERPAKSA TEMBERANG HADIAH LUMAYAN
KAH! KAH! KAH!

LEPAS NI KITA PAKAT BOIKOT LA
KEDAI IKAN BAKAR SEKINCHAN TU
BIAQ DIA TAU LANGIT TINGGI RENDAH
KAH! KAH! KAH!


Kumpulan anti-BERSIH yang merancang untuk berniaga di hadapan rumah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga mulai esok, kini menawarkan dua kereta mewah untuk cabutan bertuah.

Ketuanya, Datuk Jamal Md Yunus berkata BERSIH 4.0 pencinta keamanan telah membuka halaman Facebook.

NONESebagai tanda penghargaan kepada sokongan rakyat, beliau mengumumkan bahawa pelawat Facebook tersebut berpeluang memenangi kereta BMW 530 dalam cabutan bertuah apabila jumlah peminat mencecah 150,000 orang.

Jamal berkata, kereta model 2005 itu bernilai RM225,000.

Sekiranya jumlah peminat Facebook itu mencecah satu juta orang, Jamal berkata, sebuah lagi kereta mewah - 2009-model Lamborghini Gallardo model 2009 bernilai RM1.2 juta - akan ditawarkan dalam cabutan bertuah.

MK

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Rabu, Mei 23, 2012

Perbicaraan Scorpene: Najib mesti hadir



Mahkamah Perancis memulakan perbicaraan rasuah USD200 juta (RM800 juta) pembelian dua kapal selam dan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibu membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan rakan baik beliau, Razak Baginda.

Jingga 13 meminta agar seluruh media khususnya media arus perdana menyiarkan liputan pembicaraan tersebut secara telus dan profesional kerana ianya adalah turut melibatkan wang rakyat dalam membeli kapal-kapal selam tersebut.

Media arus perdana khususnya Utusan Malaysia, Berita Harian, NST dan sebagainya wajar menyiarkan liputan perbicaraan tersebut untuk dibaca oleh seluruh rakyat Malaysia yang ingin mengetahui perbicaraan skandal tersebut.

Kenapa isu yang melibatkan maruah negara ini terus disembunyikan daripada rakyat? Kontroversi rasuah pembelian kapal selam Scorpene termasuk kes pembunuhan Altantuya benar-benar telah mencalarkan reputasi dan imej negara di mata dunia.

Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Zahid Hamidi tidak sewajarnya begitu takut untuk menghadiri perbicaraan tersebut sekiranya mereka tidak bersalah dan selama ini mereka begitu tegas menafikan keterlibatan dengan skandal tersebut. Perbicaraan tersebut adalah sangat penting untuk memulihkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan maruah rakyat Malaysia seluruhnya.

Jingga 13 juga meminta agar Datuk Seri Najib memberikan komen terhadap kes perbicaraan tersebut yang sehingga kini beliau terus mendiamkan diri.
Tidak ada sebarang kenyataan yang dibuat oleh beliau sedangkan Datuk Seri Najib Razak antara saksi yang disenaraikan oleh Suaram dalam perbicaraan tersebut.
Kehadiran Datuk Seri Najib Razak adalah sangat penting kerana beliau ketika itu adalah merupakan Menteri Pertahanan dan beliau wajar bertanggungjawab.

KD


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tunggang motosikal 3 jam datang temui MB



GUA MUSANG: Agak luar biasa kehadiran masyarakat pelbagai kaum pada program penyampaian surat hak milik tanah, dividen Ladang Rakyat dan bantuan sosial yang diadakan di Dewan Sivik hari ini.

Sebelum ini jarang dapat dilihat rakyat pelbagai kaum termasuk Orang Asal, Cina, India dan Melayu bersama memenuhi dewan dan kawasan sekitarnya sejak pagi lagi.

Lebih 300 masyarakat Orang Asal termasuk yang datang menaiki motosikal selama tiga jam dari Pos Tuil bertolak jam 6 pagi melalui jalan pembalakan sebelum sampai ke jalan raya Lojing – Gua Musang.

Kesukaran itu tidak mematah semangat Zaman Kavi bersama rakan-rakan datang untuk bertemu Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang berada di Gua Musag sejak malam tadi.

Seramai 140 penduduk termasuk keluarga masyarakat Cina yang tinggal di Kampung Pulai menerima surat hak milik tanah.

Mereka meluah rasa begitu gembira kerana impian mendapat hak milik tanah akhirnya menjadi kenyataan.

Ng Nget Fah dari Kampung Pulai mendapat surat milik tanah kebun getahnya seluas 2.5 hektar yang diusahakan sejak berpuluh tahun lalu.

“Tentunya saya rasa gembira yang amat sangat kerana mendapat surat hak milik tanah kebun yang diusahakan keluarga saya selama ini,” katanya sambil menunjukkan geran yang baru diterima daripada Menteri Besar.

Dua keluarga India iaitu Bhaskaran A/L Rengasamy dan R Parimala A/P Ramachandran masing-masing menerima cek sebanyak RM1,000 di majlis berkenaan ekoran kematian ibu mereka yang merupakan peserta program skim Takaful Kifaalah.

Hadir sama pada majlis yang penuh bersejarah itu anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, Che Abdullah Mat Nawi dan Wan Ubaidah Omar.

Turut hadir Ketua Jajahan Gua Musang, Mat Jusoh Hussin, Penyelia Parlimen Gua Musang, Dr Zulkifli Mohamad, Penyelia Dun Galas, Abdullah Hussin dan Penyelia Paloh, Shah Amiruddin dan pemimpin masyarakat pelbagai kaum.

Abdullah melahirkan rasa syukur di atas kehadiran begitu ramai rakyat Gua Musang yang terdiri daripada pelbagai kaum sehingga memenuhi dewan sivik dan kawasan sekitarnya.

“Sokongan rakyat pelbagai kaum begitu hebat sekali. Saya terharu di atas sambutan yang luar biasa hari ini,” katanya pada ucapa mewakili tuan rumah. Sebanyak lima ekor lembu dikorbankan bagi jamuan orang ramai.

Pada 4 Mei lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga melakukan lawatan kerja ke Gua Musang merasmikan Komuniti 1Malaysia yang diadakan di padang Majlis Daerah Gua Musang. Sehingga hari ini padang tersebut tidak dapat digunakan kerana rosak.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berharap orang ramai yang mendapat geran tersebut tidak menjualnya kepada orang lain sehingga habis tempoh masa yang ditetapkan kerajaan.

Katanya juga tanah menjadi rebutan rakyat kerana bilangan manusia semakin ramai sedangkan keluasan tanah tidak berubah.

Pada lawatan kerja itu juga sebelah petang Menteri Besar melawat kolam penternakan ikan kelah milik Mohd Saiful Basri Mat Yaakub di Kampung Lepan Jaya.
template joomla


HD


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Perbicaraan Scorpene: Jika enggan, Interpol boleh tangkap saksi – Peguam

KUALA LUMPUR 22 Mei: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi akan disapina agar datang ke Mahkamah Perancis untuk memberikan keterangan.


Fadiah (tengah) bersama Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel di hadapan Mahkamah Perancis.

Peguam Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang baru pulang dari Perancis, Fadiah Nadwa Fikri berkata, pihaknya telah memaklumkan kepada mahkamah Perancis tentang saksi-saksi yang akan dipanggil itu.

Turut disenaraikan sebagai saksi adalah bekas penasihat Najib, Abdul Razak Baginda dan isterinya, Mazlinda.

Mahkamah Perancis sedang menyiasat dakwaan rasuah dalam pembelian dua kapal selam Scorpene yang dibuat oleh syarikat Perancis.

“Bila kami berjumpa dengan hakim pada 16 Mac lalu, kami telah serahkan senarai saksi yang perlu disapina agar datang ke mahkamah.

“Kami memberikan nama Najib Razak, Zahid Hamidi and Razak Baginda,” kata Fadiah dengan dalam ceramahnya di Third Mile Bazaar, Kuching, Ahad lepas, lapor Free Malaysia Today.

Apabila kesnya difailkan di Perancis, Zahid berkata, beliau akan memberikan kerjasama penuh.

Namun, baru-baru ini, selepas namanya disebutkan sebagai saksi, Zahid berkata, beliau keberatan untuk pergi ke sana kerana tidak ada dana yang cukup untuknya.

“Siapa akan membayar kos penerbangan dan hotel saya di Perancis,” soal Zahid.
Fadiah dalam ceramahnya berkata, rakyat Malaysia sedia membayar kos penerbangan dan hotel Zahid di Perancis asalkan beliau sedia memberikan keterangan.

Menurut beliau, jika mereka enggan datang menjadi saksi selepas sapina dikeluarkan, mahkamah akan mengeluarkan notis sekali lagi.

Jika gagal hadir juga, mahkamah akan mengeluarkan waran tangkap untuk memaksa mereka hadir.

“Dan jika mereka gagal lagi, Interpol (International Police) boleh mengeluarkan amaran dan boleh ditangkap dan dibawa ke Mahkamah Perancis,” kata Fadiah dipetik.

KD



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK