Sesiapa yang berminat membaca dakwaan Tuan Mufti Perak bahawa PAS menyalahgunakan Islam boleh klik di sini.
Di bawah ini pula ialah respons TG Nik Aziz tentang komen mufti tersebut:
Di bawah ini pula ialah respons TG Nik Aziz tentang komen mufti tersebut:
Sebuah akhbar hari ni (Isnin 14 Mei) mempamerkan tajuk besar "PAS salah guna Islam" yang berlapikkan pandangan lapuk seorang mufti. Saya nak beritahu, mufti sebaiknya tak payah masuk campur soal parti politik lah kalau begitu serong terhadap PAS. Bila nak nilai dasar dan perjuangan parti Islam seperti PAS, kena baca sejarahnya. Kerana asal tertubuhnya PAS adalah terlibat sama 'orang UMNO' yang melihat UMNO tak mampu berjuang Islam. Nampak sangat mufti tu tak baca sejarah. Kemudian baca jugalah kitab Dr Yusof Al-Qaradawi, Ketua Majlis Ulamak Sedunia yang sering memberi pandangan menguntungkan perjuangan Islam. Sebagaimana perhimpunan rakyat Mesir di Medan Tahrir, Dr. Yusof Qaradawi menyokongnya bagi memerangi kemungkaran kerajaan walaupun ia ditentang oleh mufti Mesir sendiri. Walhasilnya rejim mungkar dapat dikalahkan. Berfikirlah dengan kebenaran bukan kewarasan tanpa kebenaran. -FB TG Nik Aziz
DCM
KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...