Rabu, Mei 09, 2012

Aku, Lamborghini Gallardo dan Najib Razak


Aku plan nak angkat Lamborghini Gallardo sebijik sebab dengar ada special edition akan masuk Malaysia 20 bijik. Harga pun agak affordable, RM868 ribu aje. Pegi ke showroom sambil pakai kot sebab nak nampak korporat. Masuk aje usha2 sambil try bukak pintu tutup pintu, salesman dia datang.

"Saya ingat nak beli la Lamborghini Gallardo special Malaysia Edition ni. Harga pun ok, Rm868 ribu aje," tanya aku kepada salesman showroom Lamborghini.

"Sorry sir, the price is not the on the road price. Including the insurance, road tax and the import duty, the total price of the ownership of this Lamborghini Gallardo is around RM1.68 million," terang dia.

"BAPAK AAH! OOPS! MY FATHER! So expensive!" jawab aku.

"Lambo maa.." jawab dia sambil sengih terus keluar slang Cina dia. Terus aku kansel! Tak jadi beli. Tak nak aku bayar tax mahal2 semata-mata sebab nak beli Lamborghini.

Najib tak semena-mena muncul tepi aku, "saya tengah kaji nak turunkan duti import untuk kereta dan motorsikal."

"Betul ke ni Datuk Seri?" tanya aku. "Betul Tot!" jawab dia ikhlas.

"Jadi saya tak perlu lagi bayar duti import pelbagai dan kerajaan tak perlu lagi protect Proton sebab Proton dah dibeli DRB Hicom?" tanya aku.

"Ya Tot. Saya dah plan benda ni tapi saya tak announce kan aje. Malas saya nak diskas dengan Parlimen. Ini adalah inisiatif personal saya," jawab dia lagi.

"Terima kasih Datuk! Terima kasih Datuk!" jawab aku sambil menggenggam erat tangan Najib.

"This is for you sebab saya tahu u memang tak puas hati betul dengan sistem duti import kenderaan kita. I tahu memang membebankan rakyat macam you yang sepatutnya can afford better cars," terang dia.

"You tahu, I am making a lot of enemies by declaring these...." kata Najib sambil raut wajahnya kelihatan risau. Najib senyum dekat aku, aku senyum dekat dia balik.

Tiba-tiba muncul peguam SUARAM ,Cynthia Gabriel. "We have to take him to France now for the Scorpene case," kata Cynthia Gabriel.

"Tapi...tapi...saya nak beli Lamborghini murah ni Cik Cynthia! Bagi la dia announce dulu inisiatif dia nak turunkan duti import untuk kenderaan dan motorsikal, please..." rayu aku.

"No. We need him there," kata Cynthia Gabriel sambil taser Najib sampai pengsan."Sori Tot...sori.." kata Najib Razak sambil menggelupur.

"Jangan buat PM aku camtu!Jangan buat PM aku camtu!" jerit aku sambil seorang lelaki dari mana datangnya tumbuk aku membuatkan aku terjaga dari lenaku.

cursingmalay


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...