Isnin, Mei 21, 2012
BAJU BERSIH 3.0 TERKOYAK DISENTAP TOK SIAK DALAM MASJID
NILAI: Berang dengan tindakan seorang jemaah yang memakai baju Bersih 3.0, seorang siak di sebuah masjid di Kampung Jijan di sini didakwa bertindak menyentap baju pemuda tersebut hingga koyak.
Kejadian berlaku malam tadi ketika pemuda terbabit sedang bersalam-salaman dengan jemaah lain sejurus selesai solat Maghrib berjemaah di Masjid Saidina Abu Bakar di sini.
"Tiba-tiba tok siak tersebut telah meluru kepada pemuda yang memakai baju Bersih dan menyentap bajunya dari belakang sehingga terkoyak.
"Jemaah yang lain menegur beliau supaya menghormati masjid tetapi dia buat tak peduli," cerita seorang saksi yang mengirim emel kepada Harakahdaily.
Menurut saksi itu lagi, kejadian semalam merupakan kemuncak kepada kemarahan siak tersebut yang sebelum ini pernah menghalau pemuda sama dari bersolat di masjid berkenaan gara-gara memakai baju Bersih itu.
Kejadian kali pertama itu didakwa berlaku pada 14 April lalu iaitu sebelum himpunan besar-besaran Duduk Bantah Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April.
Ketika itu pemuda dengan berbaju Bersih itu hadir dan bersiap sedia untuk solat Isyak berjemaah di masjid berkenaan.
Namun tidak semena-mena, siak tersebut meninggikan suara dan menghalau keluar pemuda tersebut dan tidak membenarkan beliau bersolat jemaah di masjid berkenaan.
"Ahli-ahli jemaah yang lain hanya berpandangan antara satu sama lain dan mengeleng-ngelengkan kepala.
"Sebelum ini, siak tersebut sangat disenangi dan disegani oleh para jemaah kerana komitmen yang ditunjukkan dalam menyelenggarakan hal-hal masjid sangat baik, tetapi kesan daripada kejadian tersebut kepercayaan kepada beliau tergugat," kata saksi itu lagi.
Lantas saksi itu menimbulkan persoalan termasuk adakah siak tersebut menerima arahan supaya tidak membenarkan orang memakai baju Bersih bersembahyang di masjid tersebut.
Atau juga siak tersebut mendapat mendapat 'fatwa' yang menyatakan memakai baju Bersih tidak sah sembahyang di masjid.
HD
KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
padan muka tu lah ingat semua org suka baju tu.. ha3
BalasPadambkn kire suke ke x... jgn sbb politik,putus siraturahim... masjid rmh allah... x ya la nak bergadi psl baju,,, otak sempit
PadamApe kata gang PR pakat ramai-ramai turun solat kat masjid tu pakai baju BERSIH! Kita tengok tok siak ade brani koyak lagi baju tu!! lepas solat pakat tunggu luar masjid, mana tahu dapat tangkap sama dia lepas tu kasi b*gel sama dia!!!
BalasPadamRakyat Pakatan:
BalasPadamapa motif hg ajak PR gi masjid smbhyang?niat hang nak wat ibadat kat Allah ka nak buat jahat kt hamba Allah?
Hati Busukkkkkkkkkk
Hang pi habak kat to siak itu jangan berlagak samseng. Dalam rumah Allah takde sape berhak menegur apa tah lagi koyak baju orang.Ini ajaran sogsang pasti tok guru umno yang keluar fatwa sendiri. Bersih bukan parti politik jadi tidak ada salah kalau orang pakai tee shirt Bersih gi sembahyang. Tok siak ker tok imam ker takde kuasa menghalang tambah lagi kuasa
Padamuntuk koyak baju orang lain dalam mesjid
mereka tidak berkuasa. Saya harap orang yang kena itu, amik tindakan mahkamah keatas tok siak yang kurang ajaq itu.
tu siak siak cari pasal buat apa.lantak le nak pakai apa.janji di menutup aurat.patutnya di nasihat atau tarbiyah
BalasPadamalaa tok siak tu mesti polis pencen hehehe
BalasPadam...takpun askar pencen.
boh penerajang aje siak kurang ajar tu..apa ada hal..
BalasPadamsiak cap ayam togel tak ada bulu.low kelas punya siak. tak sekolah.
BalasPadamtok siak bodoh!kepala bapak dia yg ajar,atau najib haramjadah yang ajar,atau fatwa dari ula semak umno yang fatwakan solat tak sah semata pakai baju bersih?Hoi tok siak bajingan,ko tahu beza syarat sah solat tak hah?bodoh nak mampus!!!!
BalasPadamkenapa tak bagi penerajang je kat muka tok siak tu?hentak je biar dia terduduk.
BalasPadamApa jenis siak yg tak mau guna akal....baju pun dia takut...inilah contoh kebodohan yg telah ditanam oleh umno kpd para pengikutnya...
BalasPadamtak perlu hentak or terajang tok siak tu.. sekarang track record dia dah calar.. tindakan yang memakan diri... tahniah wahai tok siak..
BalasPadamTok Siak banyak sangat tengok gusti kat kedai kopi... ni la jadinya. Macam la orang tak leh londehkan kain dia pulak... time tu baru dia tau. Tapi aku tau orang tu sabar sebab dalam masjid... kalau kat luar dah lama Tok Siak tu kena terajang masuk semak....
BalasPadamtok siak marah tu fasal baju tu tak ada erti apa2.perhimpun 3.o gagal.fatwa wajib pun 25.000 aja.fatwa emergency anwar tel.majlis syura goyang telur.mufti yg berpuluh mewakili berjuta org pun mkn masa buat fatwa.malu klu dgar ayah pin..
BalasPadamAssalamualaikum, Tak pa lah dah "TOK SIAK" buat mcm tu dlm rumah ALLAH, Mungkin pandangan nya "KOTOR", tapi niat pemakai baju "BERSIH" ADALAH MENUNAIKAN IBADAT NYA, JADI TAK SALAH PAKAI BAJU "BERSIH", Maka niat kita kena betul kan utk beribadat, tak payah ada niat mahu membalas nya, biar ALLAH sahaja yang membalasnya. "BAH..TUNGGU APA LAGI... INI KALI LAH..." Kita kasih "BERSIH" dalam PRU 13, Dengan jawatan "TOK SIAK" Sekali kita bagi "BERSIH" cukup-cukup, Turun lah mengundi dan biar bijak masa mengundi ya, lepas tu kita berjemaah sembahyang hajat agar niat kita termakbul...Pemakai baju "BERSIH" tu iman dan niat nya baik, maka jadi lah yang baik pada nya.Sikap yang baik membuatkan orang lain akan sokong kita nanti, buat apa jadi samseng? ingat lah kita nak yang "BERSIH" sahaja...
BalasPadampunyalah bnyak baju.itu juga yg dipakai.klu sembahyang kat luar masjid mungkin tok siak tak marah.anwar sembahyang kat luar masjid itu hari lagi best.ada tangkap gambar.tak payah bukak kasut.boleh sambil kira org sampai 300 ribu.jemaah masjid tak kyusuk sebab bacaanya tak sama dgn bacaan penganut agama pas.
BalasPadamsalam umat melayu,pertama sekali saya amat terkejut dengan komen yang ditinggalkan oleh saudara amer yang menyatakan`dalam rumah Allah xde siapa yang berhak menegur'.berfikir sebelum membuat kenyataan,adakah kiter perlu berdiam sedangkan ada orang melalak ketika khatib membaca khutbah?orang yg tidak menutup aurat,melakukan maksiat,mencuri dan sebagainya didalam rumah Allah?.bagi kes diatas pula,tinggalkan lah apa2 perihal duniawi,politik kepartian,sentimen,organisasi atau apa2 perihal duniawi ketika menuju ke rumah Allah,kalau boleh jangan lah heretkan bende2 duniawi ini ke rumah Allah,seperti membawa baju/banner ke tanah suci baru2 ini,saya rasa saudara juga bersetuju dengan saya,tapi sekiranya jemaah tersebut terpaksa memakai baju tersebut disebabkan kedaifan atau tiada baju yang lain untuk beribadat maka tiada salahnya asalkan tiada gambar,tulisan yang boleh mengganggu solat jemaah lain serta mencemar rumah Allah itu sendiri,dan itu juga terpulang kepada sipemakainya atas dasar apa niatnya.kerana ALLAH lebih tahu..!apapun banyak sudah forum2 perbualanberunsur politik membuat masyarakat melayu kita bertengkar,memaki hamun tiada kesudahan.berdamailah saudara ku....
BalasPadam