Selasa, Mei 15, 2012
Minum Air Mayat Seminggu
Tangki air mayat
Pertanyaan air yang busuk dari penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Titingan, Tawau akhirnya terjawab apabila mayat seorang lelaki telah ditemui di tangki utama perumahan tersebut. Aduan telah dibuat dengan lebih awal namun hanya setelah seminggu barulah pihak pengurusan datang untuk memeriksa punca air berbau busuk tersebut.
TAWAU, 12 Mei (Bernama) -- Mayat seorang lelaki bogel dan hampir reput dijumpai di dalam sebuah tangki simpanan air di Projek Perumahan Rakyat Sri Titingan dekat sini pagi tadi. Mayat dijumpai oleh seorang kakitangan pengurusan perumahan berkenaan kira-kira 8.30 pagi setelah mendapat aduan penghuni bahawa air yang mereka gunakan sejak seminggu lalu berbau seperti bahan pencuci dan busuk.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Ibrahim Chin mengesahkan penemuan mayat berkenaan.
"Siasatan awal kita mendapati tiada unsur jenayah dalam kes ini namun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.
Pembantu Menteri Kewangan Sabah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Apas, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan mahu Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kimia sentiasa memeriksa tangki simpanan air di kawasan perumahan.
- BERNAMA
islamreturn
KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
adoi.. mau muntah 2,3 hari yg dah minum air tu... hahaha.
BalasPadam