Jumaat, Mei 18, 2012

Wanita dakwa ditembak gas di paha dari dekat

Oleh: Ahmad Fadli KC


Seorang wanita muda peserta himpunan BERSIH pada 28 April lalu mendakwa ditembak dengan gas pemedih mata dalam jarak kira-kira 10 meter tepat di pahanya.

Pang Choy Wan, 27, mendakwa polis mensasarkannya sewaktu dia berada di Jalan Yap Ah Loy di Kuala Lumpur selepas bersurai daripada himpunan itu.

Akibat tembakan itu, katanya lagi, meninggalkan kesan lebam kebiru-biruan dengan saiz hampir sama besar dengan kelongsong gas yang ditembak pada paha kirinya itu.

"Ibu saya terpaksa memapah saya berjalan selepas terkena tembakan.

"Kesan lebam juga mengambil masa kira-kira seminggu untuk sembuh," dakwanya selepas membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah (IPD) Petaling Jaya pagi tadi.

Turut bersama beliau sewaktu tembakan itu dilepaskan, kata Pang, beberapa orang lagi wanita tua dan juga lelaki tua.

'Dikeronyok' atas motor

Sementara itu, penjaga stor Abdul Razib Abu turut membuat laporan polis di IPD sama, mendakwa "dikeroyok" kira- kira lapan hingga sepuluh anggota polis di hadapan ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi pada hari kejadian.



Razib, 45, mendakwa kejadian berlaku selepas ditahan polis sewaktu bermotosikal melalui depan IPD itu sewaktu mahu pulang ke rumah.

"Mereka (semua) menyerbu saya serentak? Dan seorang polis dipercayai berpangkat sarjan memegang saya dari depan.

"Anggota polis yang lain bergilir-gilir memukul saya dari arah belakang badan," dakwa Abdul Razib sambil menambah beliau belum sempat dari motosikalnya ketika itu.

Dakwanya lagi, begnya turut diselongkar polis dan mendapati cermin sisi motosikalnya patah selepas dipukul.

Pang dan Abdul Razib diiringi ahli jawatankuasa BERSIH Maria Chin Abdullah dan peguam Fadiah Nadwa Fikri ketika membuat laporan itu.


MK



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

2 ulasan:

Sendiri mau ingat...