Jumaat, Jun 22, 2012

Alat Mengesan Laptop Dalam Kereta


Inductive amplifier adalah sejenis alat menguji pendawaian elektrik yang digunakan oleh juruelektrik bagi mengesan masalah kepada pendawaian dan kabel elektrik. Alat inilah yang digunakan penyangak jalanan untuk mengesan kereta yang tersimpan laptop didalamnya.

Ia adalah alat tanpa memerlukan bateri untuk mengesan wayar elektrik yang terputus walaupun ditanam di dalam dinding simen. Cara ia mengesan adalah dengan menguatkan medan elektronik disekitar wayar atau alatan elektrik dan alat ini akan menukarkan ia dengan terus memberikan bacaan kepada penggunanya.

Oleh itu,cuba pertimbangkan bebrapa langkah untuk mengelakkan kecurian laptop anda dibawah ini..

1) Cabut bateri laptop dan letakkan di dalam ruangan yang berasingan. Ataupun bawak je bateri laptop tu dan letak dalam Handbag. Tapi teknik ni belum tentu berkesan kerana mungkin pencuri akan gunakan alat yang lebih canggih lagi..
2) Simpan laptop di dalam Periuk Stainless Steel. Ini akan membiulkan alat tersebut dan tidak dapat mengesan laptop ada dalam kereta.
3) Jangan tinggalkan laptop dalam kereta. Bawa sahaja ke mana jua anda pergi… =)
Berjaga-jaga kerana alat ini senang untuk didapati di kedai elekrik ataupun di eBay dengan harga USD60 sahaja.! - celapak it

kongsiberita


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

2 ulasan:

  1. alat ini digunakan oleh wireman mcm saya ni untuk mengesan, ada tak wire letrik didalam simen, sebelum kita memaku atau memecahkan dinding untuk keselamatan. Alat versi baru boleh juga mengesan logam/paku dalam simen, paip air atau kayu didalam dinding dsbnya. Setiap bahan akan mengeluarkan beep yang berbeza.Digunakan dirumah yang buat ubah suai wiring shj macam nak pasang air cond. Ianya menggunakan beteri dan harganya bawah 100rm. Hanya ada dikedai yang jual peralatan wiring dan juga dijalan pasar.kl. Harap dapat membantu. Untuk cari laptop tak pernah cuba pulak.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama7/3/13 4:48 PG

    Hi thегe! This blog post couldn't be written any better! Reading through this article reminds me of my previous roommate! He constantly kept talking about this. I am going to send this article to him. Fairly certain he'll hаve a vеry good read.

    Many thanks fоr sharing!

    Ϲheck out my page: garden centers
    My website: garden center signs

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...