Selasa, Jun 19, 2012

Bapa Penggal Kepala Anak Perempuannya Kerana Bersekedudukan


Jaipur, India - Seorang lelaki yang kecewa dengan gaya hidup anak perempuannya itu akhirnya telah mengambil tindakan memancung kepalanya dengan pedang dan kemudian berarak sekeliling kampung sebelum menyerahkan diri kepada pihak berkuasa di barat India.

Manju (20) telah berkahwin tiga tahun lalu. Bagaimanapun dia tidak lagi tinggal serumah dengan suaminya dan telah menjalinkan hubungan dengan beberapa lelaki lain, kata polis hari ini.

Dia telah ditangkap bersekedudukan dengan seorang lelaki beberapa hari yang lepas.

Pegawai Polis Umesh Ojha berkata Singh menjadi semakin marah apabila anaknya bersekedudukan dengan salah seorang daripada teman lelakinya dua minggu lalu.

Ojha Singh telah memaksa anaknya supaya pulang ke rumahnya pada Ahad, sebelum dipancung kemudiannya pada hari Isnin dengan sebilah pedang.

Faktor kemodenan yang pesat di India menyebabkan berlakunya pertembungan budaya terutamanya bagi belia yang menentang amalan tradisi seperti perkahwinan yang diaturkan atau larangan ke atas wanita untuk keluar dari rumah ibu bapa atau suami mereka.

pulakdah

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...