Ahad, Jun 03, 2012

MENTERI BELIA DAN K-POP BERSILAT LIDAH



DEY MACHA!!!
ADA MENTERI LEMBU
ADA MENTERI KAPAL SELAM
ADA MENTERI AMAH
ADA MENTERI ARTIS
DAN TERBARU...
ADA MENTERI K-POP
INILAH NAMANYA TRANSFORMASI 1MALAYSIA
KAH! KAH! KAH!

MENTERI BELIA DAN K-POP KATA
KONSERT K-POP TAK JADI ISU
PASAI ADA PENAJA YANG BAYAQ
WALAUPUN KONSERT SEKSI TU HARAM
KAH! KAH! KAH!

KITA MOHON LEPAS NI
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
KASI TUKAQ NAMA
JADI KEMENTERIAN BELIA DAN K-POP
KAH! KAH! KAH!



'Menteri bersilat lidah dalam isu K-pop'

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Shabery Cheek cuba berdolak-dalih dalam isu perbelanjaan sejumlah besar wang kepada kumpulan pop Korea yang membuat persembahan pada sambutan Hari Belia Negara 2012, kata Pemuda PAS.

"Menteri bersilat lidah untuk menangkis tanggapan buruk terhadap Kementerian Belia dan Sukan (KBS)," kata ketua penerangan dewan itu Riduan Mohd Nor.

Beliau juga menuntut KBS menjelaskan segera jumlah sebenar wang kerajaan dan jumlah ditaja untuk persembahan tiga kumpulan Korea itu.

Malaysiakini semalam melaporkan Shabery, tanpa mengesahkan jumlah perbelanjaan sebenar, berkata, bayaran besar kepada artis pop Korea bukan isu jika ia ditaja.

Dakwaan bayaran RM2.04 juta itu muncul apabila terdapat blog menyiarkan surat yang didakwa dari penganjur program Hari Belia Negara kepada KBS, antaranya mengandungi butiran perbelanjaan.

'Hiburan selera murahan'

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Riduan berkata, jika pun benar bayaran untuk persembahan itu datangnya dari penajaan, KBS sepatutnya menyalurkan wang itu untuk program yang bermanfaat kepada rakyat.

"Sepatutnya wang tajaan digunakan untuk rakyat. Tetapi kini kita lihat hiburan berbentuk selera murahan disajikan untuk belia negara kita.

"Adakah ini budaya yang kita ingin tinggalkan untuk belia kita?" soal Riduan.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Bernama melaporkan Ketua Setiausaha KBS Datuk Mohid Mohamed sebagai berkata, kos membawa kumpulan itu oleh Stadium First Sdn Bhd (Stadium First) berjumlah RM900,000 (AS$300,000), dibayar menggunakan wang penajaan untuk konsert berkenaan.

"Bagaimanapun, sehingga hari ini, KBS masih belum membuat sebarang pembayaran kepada Stadium First kerana ia masih dalam proses perincian.

"Kos RM900,000 ini ditanggung oleh Stadium First selaku pembekal program kepada KBS dan kita akan menggunakan wang daripada tajaan pihak swasta untuk menyelesaikannya," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Agensi berita nasional juga melaporkan, KBS menerima tajaan berjumlah RM28 juta daripada syarikat swasta dalam bentuk wang tunai, barangan dan pelaksanaan pelbagai program.

"Kementerian ingin menjelaskan bahawa invois bernilai RM2.4 juta yang didedahkan dalam laman blog adalah invois awal yang dibuat berdasarkan kepada perkiraan awal yang dikeluarkan oleh ejen kepada Stadium First," beliau dipetik sebagai berkata.-MK


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

4 ulasan:

  1. ADA TAK YG DAPAT MENUNGGANG K-POP MLM TU?

    BalasPadam
  2. pantat kelihatan th,,,dekat menteri kayak gitu

    BalasPadam
  3. Alahai apa salah KPop apa beza dgn persembahan artis tempatan yang juga menjolok mata.Saya K Pop lebih baik dan lebih bernilai dari artis kita yang mengaku Islam tetapi lucah.Jgn jadi indonesia reject Lady Gaga tetapi muliakan dangdhut.Yang kita ini dah larang anak isteri dan adik beradik menonton artis kita beraksi lucah di tv.Agaknya dah tengok hari hari dah lali dan sebal

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...