Jumaat, Jun 08, 2012
Nasional Khalid Samad dedah video cubaan beli MP PR
Khalid Samad mempertontonkan rakaman video pada sidang media hari ini.
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini mendedahkan wujud cubaan membeli pemimpin Pakatan Rakyat (PR) untuk melompat parti, menerusi satu rakaman video kamera litar tertutup.
Menurutnya, cubaan membeli ahli Parlimen PKR itu dilakukan di sebuah restoran sekitar Lembah Klang, lebih setahun lalu.
Beliau berkata, dalam pertemuan tersebut, melibatkan dua wakil ahli Parlimen PKR dan dua ejen sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang mewakili BN.
"Jumlah yang ditawarkan adalah RM2 juta iaitu jumlah yang normal untuk membeli Ahli Parlimen PR, sebelum ini.
"Namun, wakil Ahli Parlimen PKR ini, cuba untuk mendapatkan jumlah tertinggi sebagai bukti wujud usaha membeli dari BN," katanya dalam satu sidang media, di sini, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya akan mendedahkan segala maklumat terperinci termasuk siapakah Ahli Parlimen yang dimaksudkan, Selasa depan di Parlimen.
"Berkemungkinan saya akan membawa Ahli Parlimen ini untuk memberi penjelasan berhubung perkara ini.
“Saya juga akan membuat laporan polis dalam masa terdekat,” katanya.
Khalid mendakwa, BN mempunyai senarai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang berpotensi untuk melompat parti dan keluar dari PR.
"Kita yakin mereka ada senarai tersebut dan difahamkan terdapat 15 ahli parlimen PR yang mereka telah kenalpasti," katanya.
Difahamkan, rakaman sebenar adalah selama tiga jam, namun dalam sidang media terbabit, media hanya melihat rakaman audio empat minit bersama beberapa keping gambar.
Rakaman tersebut turut menyebut beberapa nama pemimpin yang telah melompat parti iaitu Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zaharin Mohamed Hashim dan Ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Cho Keong.
Antara dialog dalam rakaman tersebut, termasuk "Bos (wakil ahli parlimen) cari juga orang yang macam Zahrin... Zahrin ini bijak..bukan kata bis tak bijak".
Khalid turut mendakwa agen tersebut turut mempelawa wakil Ahli Parlimen untuk berunding secara terus dengan pihak atasan, jika mahu mendapat jumlah sogokan lebih tinggi.
SH
KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...