Jumaat, Julai 13, 2012
AYAQ NAIK KEPALA PASAI NAK JADI MB SELANGOR
DEY MACHA!!!
MENTERI PALING BANGANG BERSUARA LAGI
GARA-GARA MEROYAN NAK JADI MB SELANGOR
KAH! KAH! KAH!
DULU KATA NEGARA BOLEH BANKRAP
KALAU BAGI AYAQ PERCUMA
TAPI KERAJAAN PR SELANGOR TAK BANKRAP PUN
ITU YANG MAMAT NI AYAQ NAIK KEPALA
TAK BOLEH NAK PIKIAQ
KAH! KAH! KAH!
AKHIRNYA DEPA AKUI KEJAYAAN PAKATAN RAKYAT
BOLEH BAGI AYAQ PERCUMA
APA UMNOBN BUAT ZAMAN KHIR TOYO DULU?
BARU LA NI TERPIKIAQ NAK BAGI AYAQ PERCUMA?
YANG KITA TAU MENTERI2 DAPAT LA AYAQ PERCUMA
KAH! KAH! KAH!
MAMAT NI KATA BOLEH BAGI AYAQ PERCUMA
TAPI NAK GUNA KAEDAH LAIN
TAK HABIS-HABIS NAK MENIPU
KAH! KAH! KAH!
Noh: BN tiada masalah terus beri air percuma di S'gor
Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk meneruskan pemberian air percuma di Selangor jika berjaya merampas semula negeri itu tetapi ia akan dilakukan melalui pendekatan berbeza demi kepentingan rakyat.
Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata jika dasar itu dilaksanakan, ia akan dibuat dengan lebih menyeluruh termasuk menambah bilangan meter padu air percuma dan memastikan seluruh rakyat Selangor menikmatinya.
"Kalau sekarang dia (pembangkang) beri air percuma tetapi tidak semua rakyat dapat. Beratus ribu rumah yang mempunyai meter pukal tidak dapat faedah ini dan adakah orang kaya pun nak dapat juga air percuma ini.
"Apa juga dasar dibuat untuk kebaikan rakyat kita kena teruskan tetapi selesaikan dulu masalah meter pukal terlebih dahulu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Mengenai Isu Bekalan Air Selangor anjuran Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), di Shah Alam semalam.
Beliau berkata BN tidak boleh membuat dasar yang hanya menguntungkan segelintir rakyat dan tidak memberi makna kepada orang yang tidak memerlukan seperti golongan kaya.
Turut hadir Menteri KeTTHA Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan iimbalannya Datuk Noriah Kasnon serta Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings dan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB), Tan Sri Rozali Ismail.
Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, menegaskan isu pokok kerajaan BN masa ini ialah bagi memastikan bekalan air mencukupi selari dengan keperluan rakyat.
"Apapun kita mesti ingat kalau nak buat dasar (air percuma), air mesti ada... kalau isytihar air percuma sekalipun kalau tidak ada air tidak guna dasar itu kerana tidak mungkin dapat dilaksanakan," katanya.
Ketika diajukan soalan sama ada beliau sedia berdebat dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung isu air, Noh berkata perkara itu hanya akan membuang masa.
Beliau berkata situasi pada masa kini jelas menunjukkan bekalan air di negeri itu semakin berkurangan sehingga boleh menyebabkan berlakunya krisis air.
"Buat dulu Langat 2, ada air baru kita debat tentang siapa nak uruskan dan tarif air baru. Tindakan debat semua buang masa dan politik murahan kerajaan negeri, bukan untuk kepentingan rakyat," katanya.
- Bernama
MK
KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
ayaq percuma ka atau subsidi? beza besaq tu!
BalasPadam