Sabtu, Julai 14, 2012

BETOI KA ADA DALANG AMUK SAMURAI DI PUTRAJAYA?


DEY MACHA!!!
SEKEJAP KATA GILA
SEKEJAP KATA SEWEL
SEKEJAP KATA 'IMAM MAHDI'
SEKEJAP KATA AJARAN SESAT
SEKEJAP KATA BERTINDAK SENDIRI
LA NI KATA DIPENGARUHI PIHAK TERTENTU PULAK
KAH! KAH! KAH!

MANA SATU NAK PAKAI NI?
ATAU SATU PUN TAKLEH PAKAI?
KAH! KAH! KAH!

SIASAT LA BETOI-BETOI DULU
BARU BUAT KENYATAAN
JANGAN BIKIN RAKYAT KELIRU
TAKUT LAGI RAMAI JADI SEWEL
KAH! KAH! KAH!

Pasangan amuk di JPM dipengaruhi pihak tertentu?

KUALA LUMPUR - Polis kini cuba mengenal pasti sama ada tindakan dua suspek yang mengamuk di pekarangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) Isnin lepas dipengaruhi individu tertentu, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Beliau berkata polis juga meneruskan pemantauan ke atas blog milik seorang daripada suspek bagi mengenal pasti kegiatan sebenar lelaki tersebut.

"Polis juga akan menyiasat latar belakang pasangan amuknya sehingga ke akar umbi. Siasatan itu menjurus kepada individu yang mungkin mempengaruhi mereka bertindak demikian," katanya selepas Majlis Taklimat Khas Pemantapan Aktiviti Memerangi Jenayah bersama Ketua-ketua Polis negeri dan daerah, di sini hari ini.

Isnin lepas, Khalil Afandi Abdul Hamid, 47, yang mengaku dirinya Imam Mahadi dan seorang wanita yang bersenjatakan dua bilah pedang samurai dan sebilah pisau pemotong daging mengamuk di pekarangan Kompleks B, JPM.

Dalam kejadian 2.30 petang itu, Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari manakala wanita berkenaan, bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital yang sama.

Sementara itu di PETALING JAYA, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis setakat ini menahan reman seorang lelaki berusia 39 tahun bagi membantu siasatan.

Polis sebelum ini telah merakam percakapan tiga individu berhubung kes itu, katanya.

Mengenai kes lain, Khalid berkata polis menganggap siasatan kes ejen hartanah, Tang Yong Ching, 45, yang dilapor hilang sejak minggu lepas selesai selepas mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan separuh bogel di dalam semak di Ara Damansara, petang semalam.

Katanya, penemuan mayat itu adalah susulan penahanan dua suspek yang dipercayai terlibat dalam kes kehilangan Yong Ching.

"Dua suspek yang dipercayai warga asing berumur 20 dan 25 tahun itu ditahan pada Sabtu lepas dan semalam. nemuan mayat Tang," katanya selepas sesi dialog bersama Persatuan Pengurusan Kompleks (PPK) di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid.

Mayatnya ditemui dengan beberapa kesan cedera di bahagian badannya.

Ejen hartanah itu dilaporkan hilang oleh isterinya Ng Mooi Ning apabila tidak pulang ke rumah selepas keluar dari rumahnya di Ara Damansara pada petang Khamis lepas untuk bertemu pelanggan. - Bernama

SH



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...