Selasa, Julai 10, 2012
Celcom Ingat Boleh Buat Ikut Suka Hati Mak Bapak Diaorang Ke?
Penulis sudah dua kali menerima sistem pesanan ringkas (SMS) berikut;
Pelan Mobile Internet Lite percuma anda akan berakhir pada 16/7/12. Caj langganan RM28/bln akan dikenakan selepas itu. Htr STOP ke 23312 sebelum 9/7/12 untuk hentikan servis.
Mati-mati penulis ingat ini adalah satu bentuk perniagaan kurang sihat yang dilakukan oleh pihak ketiga.
Dengan niat untuk memaklumkan kepada Celcom (talian yang digunakan penulis), penulis pun mendail 1111.
Tahu apa jawapan yang penulis terima, sms itu dari pihak Celcom rupanya.
Pengesahan itu mudah aje, pasal hantar balik Stop ke nombor yang bermula dengan 2 kata pegawai perkhidmatan pelanggan yang jawab call adalah nombor Celcom, kalau mula dengan 3 atau lain, bukan Celcom.
Baca sms itu berulang kali…apa yang anda dapat nilai?
Perkara yang nyata ialah Celcom melakukan paksaan kepada pengguna mereka untuk melanggan satu bentuk perkhidmatan dari pihak mereka.
Penulis tak pernah mintak sebarang Pelan Mobile Internet Lite percuma.
Telefon bimbit penulis pun budak yang jual kat Low Yat tu dulu cakap 2G…maknanya tak boleh support fungsi internet la kot.
Jadi, pertama sekali, Pelan Mobile Internet Lite percuma tu tak guna, penulis tak pakai.
Keduanya, penulis kena hantar sms (walapun percuma) untuk lebih kurang memberitahu…”eh eh..gua tak mau la…ish gua tak mau la”.
Kepala hotak mangkuk ayun kat Celcom tu semua.
Bila tak pohon, tak pakai dan tak boleh pakai, secara tiba-tiba penulis perlu hantar sms kata Stop.
Kalau tak hantar maka setiap bulan kena bayar RM28. Itu bukan paksaan ke?
Aku tak mintak in the first place, lepas tu aku kena hantar sms merayu janganlah suruh aku guna Pelan Mobile Internet Lite, aku tak nak bayar RM28 tu.
Bendanya bukan apa, kalau sejuta pelanggan Celcom terima sms camtu, bayangkan sebahagian besar tak layan, ingat itu sms penipu dari pihak ketiga, tak pasal-pasal sebahagian besar dari mereka terpaksa bayar RM28.
Sedap aje Celcom suka-suka offer kononnya secara percuma, lepas tu kena ken hantar sms kata STOP, kalau tak hantar sms, kira dah terima le offer tu dan kena bayar.
Bukankah sepatutnya hantar sms tanya berminat nak langgan atau tidak, lepas tu siapa berminat hantar sms ” Minat”.
Ini tiba-tiba bagi percuma, yang nampak benor tak ikhlas dia punya percuma tu, lepas tu kalau tak jawab kena bayar.
Apa orang-orang kat Celcom ingat negara ini bapak diaorang punya ke? Main sukahati buat amalam perniagaan macam ni.
Penulis tidak akan hantar sms STOP tu. Pasal penulis memang tak mintak dan tak nak sebarang pelan dari mula. Celcom yang harus hentikan budaya perniagaan tidak sihat ini.
Masalah ini kami akan cuba bawak ke sidang media pak-pak menteri yang berkenaan. Kalau Rais Yatim atau Ismail Sabri tak berani nak cakap apa-apa, mungkin lebih baik diaorng pun letak jawatan ajelah.
Akhir rencana ini, maka persoalannya, sebagai sebuah syarikat telekomunikasi yang besar di negara ini, apakah bentuk etika perniagaan yang dipegang oleh Celcom?
Aku bagi ikut sukahati aku, kalau kau tak nak kau kena merayu kat aku untuk berhenti, kalau tak sila bayar yea setiap bulan.
Inikah etika perniagaan Celcom. Memalukan.
Oleh: AK-47
mynewshub
KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
bila bil sampai kerana tak 'hantar STOP' mintak depa perjelas 2 perkara: 1. buktikan kita pohon khidmat pelan tu & 2. buktikan kita guna pelan tu walaupun 1 saat. suruh depa pi terjun laut sebab memang tak boleh bagi bukti.
BalasPadamni camna nak respon ni...?
BalasPadamkalu aku xrespon..
maknakata aku xbaca la blog ni.. kan..?
so.. sbagai bukti aku baca..
aku balas la ni..
ok. bro..
teruskan berkarya...
"NO STOP" i like !!
sila buat laporan ke SKMM biar celcom kecut perut. saya dah cuba untuk kes-kes yang tertentu, memang cepat saja celcom response sbb SKMM boleh tarik lesen depa ni, sila cuba lawati website SKMM dan buat laporan
BalasPadamTAHU KAH ANDA KREDIT HANDPHONE ANDA BOLEH DI POTONG OLEH KERA MOBILE?
BalasPadamhttp://mijiemobile.blogspot.com/2011/05/kepada-pengguna-handphone-sentiasa.html
Dulu gua selalu dpt IKLAN perempuan panas, gambar ci***, rakan chat dpd celcom. 1x gua complain kaw2 kat no. 1111, officer celcom kata mesej dihantar oleh syarikat pengiklan, bukan celcom. Tapi alhamdulillah lepas kena maki, diorang takde htr msg lagi dah.
BalasPadamInilah gamaknya dasar perniagaan orang,adakah setiap sms yg diaorang hantar dia melantak kredit tel kita.....
BalasPadamSaya pernah kena bnyk x dgn celcom ni, nama bos kat atas 2 org islam tapi jiwanye x ape2. Sembahyang 5x sehari hj n umrah x usah cerita ler pantang ada duit je g sana...taubat sebab dah banyak wat dosa dengan pelangga....dia ingat Allah 2 macam pelanngan celcom ke bole tipu2..memang siaaaaal
BalasPadamcelcom ingat di sorang je kat malaysia ni cerdik. puih..
BalasPadamPengguna di M'sia perlu kuat. Pasal syarikat2 besar macam Celcom dah dpt baca mentaliti pengguna di M'sia. Pengguna di M'sia kurang kesedaran tentang hak mereka sbg pengguna. Saya seru diri saya dan saudara pengguna semua jika rasa diri ini telah dimanipulasi, jangan merungut je...ayuh bertindak. Kalau perlu ke mahkamah kita ke mahkamah, tribunal tuntutan pengguna pun ada, kita gunakan dengan sebaik2nya. Saya pun antara orang yg terkena dengan Celcom ni. Jadi satu kerja pulak pada saya...tapi tak apa walaupun amaun yg terbabit tak tinggi, tapi yg penting Celcom ni harus terima pengajaran.
BalasPadam