Isnin, Julai 23, 2012
GEMPAR! LAJIM UKIN JUMPA NIK AZIZ
Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin hari ini mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Menurut Harakahdaily, timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu mengunjungi pejabat menteri besar Kelantan itu pagi tadi.Pertemuan di Kota Bharu itu menguatkan lagi spekulasi bahawa Lajim akan menyertai Pakatan Rakyat.Bulan lalu, Lajim mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu.
Difahamkan pengumuman berkenaan dibuat pada majlis sambutan Ulang Tahun ke-57 kelahirannya pada Sabtu bulan lalu.
Lajim berkata beliau masih ‘pemimpin kerajaan’ dan masih meneruskan tugasnya sebagai pemimpin dalam parti kerajaan.
Pada perjumpaan tengah hari tadi, Anggota Parlimen Beaufort itu mengambil masa kira-kira 40 minit bertemu dengan Nik Aziz.
Turut serta bersamanya 25 orang lagi anggota rombongan yang ingin bertemu dengan Nik Aziz.
Pelbagai isu dibincangkan diperingkat kerajaan termasuk alam sekitar dan cadangan kerjasama berhubung pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.
Nik Aziz ketika ditemui memberitahu, setakat ini cadangan untuk kerjasama dengan kerajaan Pusat berhubung pengurusan sisa pepejal akan dibincang diperingkat kerajaan terlebih dahulu.
Pada masa yang sama, katanya taklimat khas berhubung perkara itu perlu diberi taklimat terlebih dahulu oleh pihak berkenaan kepada kerajaan negeri sebelum keputusan diambil.
“Saya tidak boleh membuat keputusan sekarang walaupun pertemuan telah dibuat dengan anggota exco kerajaan negeri Datuk Takiyuddin Hassan,” ujarnya.
kl-today
KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
boleh caye ke mereka niihhh...dah menang nanti lompat parti lak
BalasPadam