Khamis, Julai 05, 2012
Harga petrol RON97 turun 20 sen tapi RON95 kekal
Harga jualan runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.60 seliter, berkuatkuasa hari ini.
Dalam satu kenyataan semalam, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (kiri) berkata keputusan menurunkan harga tersebut berikutan purata harga minyak di pasaran bagi Jun 2012 telah menurun.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan bersetuju untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 bagi Julai 2012 bermula esok.
Harga jualan runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara apungan terkawal di mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga pasaran, katanya.
Kerajaan sebelum ini menurunkan harga jualan runcit petrol RON97 sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.80 pada 6 Jun lepas.
-Bernama
DEY MACHA!!!
KALAU MAU KASI TURUN HARGA,
TURUN HARGA LA SEMUA JENIS PETROL
ADA BRAN KA???
ITU RON 97 ORANG KAYA SAJA YANG PAKAI
ORANG MISKIN SEMUA PAKAI RON 95
JADI APA GUNA TURUNKAN HARGA
JIKA RAKYAT YANG MISKIN TAK MERASA
KAH! KAH! KAH!
KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
Ok,lepas mengundi kang ron97 naik semula amacam.ape ada hal ye dak,org miskin pakai ron95 je.toksah menyalak kalau ron97 naik harga.
BalasPadam