Gosip sampah ini disebarkan oleh blogger ikon fitnah 1 Malaysia, Papa Gomo melalui blognya.
Namun sebelum ini ReJaM© sengaja tidak mahu membicarakan isu ini kerana faham benar tujuan Papa Gomo merekacipta kisah sampah ini.
Meskipun kita tahu dan sedar selama ini blogger gerombolan songkok tinggi, memang gemar menggunakan isu lucah untuk meraih sokongan rakyat kepada Umno dan Barisan Nasional.
Namun ada kisah peribadi dalam isu liwat direkacipta oleh Papa Gomo ini, dan telah ReJaM© dedahkan dalam Twitter sebelum ini.
@PapaGomo buat cerita liwat sebab nak traffic je tu, sampah! Tolak #Genglembu
— MiLo SuaM (@milosuam) July 17, 2012
Isu liwat terbaru ini sebenarnya direkacipta oleh Papa Gomo untuk menaikkan rangking blognya yang saban hari semakin menjunam. Kenapa Papa Gomo begitu beriya-iya menaikkan kembali rankingnya?
Masih ingat kisah seorang blogger Pro BN berusia 53 tahun yang ditumbuk mukanya oleh Papa Gomo sebelum ini? Rujuk sini [Papa Gomo tumbuk blogger].
Blog tersebut sebelum ini mengekori rapat di belakang Papa Gomo dari segi kedudukan ranking pengunjung blog pro BN, namun kini blog beliau sudah merampas tahta nombor 1 yang selama ini dipegang oleh Papa Gomo rujuk sini [APA].
Sebab itulah Papa Gomo meroyan merekacipta fitnah baru untuk menaikkan ranking blognya. Kalau dilihat, taktik ini saling tak tumpah seperti yang dilakukan oleh seorang lagi blogger pro BN sebelum ini.
Blogger itu sengaja merekacipta fitnah gambar aksi seks pemimpin Parti Islam, PAS untuk menaikkan traffic rujuk sini [Aksi Seks].
Blogger itu begitu seronok sehingga tahap meroyan apabila MiLo SuaM mendedahkan fitnahnya dan secara tidak langsung mempromosikan blognya. Siap berterima kasih kepada MiLo SuaM kerana mempromosikan cerita fitnahnya [Twitter].
Baca juga pendedahan sahabat MiLo SuaM tentang hal ini klik sini [ASD]
milosuam
KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...