Isnin, Julai 30, 2012

MP Tuaran keluar BN, sokong Pakatan


MP Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing hari ini mengumumkan keputusannya untuk meletak jawatan daripada parti Upko dan seterusnya menyokong Pakatan Rakyat.

Katanya, beliau telah berbincang dengan beberapa orang anggota jawatankuasa tertinggi dan ketua bahagian Upko dan akan meninggalkan BN.

Beliau berkata demikian di majlis pelancaran Angkatan Perubahan Sabah (APS) di Tuaran.

"Saya masih setia kepada Upko tetapi meletak jawatan dari BN," katanya.

Bumburing sebelum ini meletak jawatan sebagai pengerusi BN kawasan tersebut tanpa mengemukakan apa-apa sebab.

Beliau hari ini berkata kekecewaannya ke atas janji BN yang tidak ditepati dan peningkatan jumlah imigran tanpa dokumen serta royalti petroleum menyebabkan beliau bertindak demikian.

MK


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

3 ulasan:

  1. sudah! sore sore tubit....

    BalasPadam
  2. InsyaAllah PR akan dpt mengambil hati kaum kadazan dusun di Sabah. namun begitu, amatlah sukar utk PR menembusi rakyat di bahagian pantai timur Sabah yg dibanjiri oleh ramai rakyat indonesia dr sulawesi yg mendpt IC percuma. mereka ini pasti akan terus menyokong UMNO krn jasa UMNO memberikan kerakyatan kpd mereka. Inilah masalah utama kami di pantai Timur.

    BalasPadam
  3. dah tak bleh nak jaga kawasan parlimen... so angkat kaki ler... apa susah... ekekeke...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...