Ahad, Julai 08, 2012

Sekarang Kita Dikuasai Mafia



Selayang : Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan pemimpin di negara ini mentadbir kerajaan dengan cara ala 'mafia'.

Katanya, pentadbiran di Malaysia kini dicemari dengan budaya rasuah dan jenayah yang semakin menular.

"Ini masalah besar yang dihadapi oleh kerajaan Umno-BN ketika ini iaitu rasuah dan penyelewengan.

"Hadirin sekalian, rasuah campur jenayah dicampur gerakan mafia antarabangsa inilah yang menguasai pentadbiran Malaysia sekarang. Bolehkah lagi kita bernaung di bawah pemerintah yang dikuasai oleh mafia?

"Dulu negara-negara Amerika Latin dikuasai oleh mafia dadah. Sekarang kita dikuasai oleh mafia. Terdedah perbincangan hal Scorpene, rasuah di Parlimen Malta, terdedah di Hong Kong, di sini (Malaysia) kita tidak tahu apa-apa," katanya yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dalam ceramah Merdeka Rakyat, di sini, semalam.

Jelasnya, persoalan-persoalan sebegini seharusnya didedahkan kepada rakyat di negara ini kerana rakyat berhak tahu bagaimana wang negara dibelanjakan.

"Kini, Umno-BN sudah tiada modal dan tertekan serta terdesak oleh kerana itu mereka tiupkan api perkauman. Semua cerita yang keluar mesti berkisar mengenai perkauman. Tetapi saya rasa rakyat sudah tahu sekarang," katanya.

Kira-kira 3,000 hadirin yang hadir dalam ceramah Merdeka Rakyat itu.

Hadir sama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Soladariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard, Adun Teja Chang Lih Kang dan Timbalan Pengerusi DAP, A.Sivanesan.

Sementara itu, Adun Teja Chang Lih Kang berkata Umno-BN bukan sahaja tidak membela Melayu malah menjadikan Melayu golongan termiskin di negara ini.

Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR berkata 75 peratus rakyat termiskin adalah orang Melayu.

"Sekiranya Umno-BN membela orang Melayu seperti yang dilaungkan, mengapa sudah lebih 50 tahun orang Melayu tetapi miskin malah menjadi golongan termiskin.

"Kalau bela betul-betul, benda ini tidak akan berlaku," jelasnya. -selangorku

greenboc

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...