Jumaat, Ogos 10, 2012

CELCOM MAKAN DUIT HARAM?


Saya mempunyai dua talian celcom di bawah satu bil.Maknanya satu nombor main dan satu lagi supplementary.

Sekitar jun tahun lepas saya mula menamatkan langganan bil terperinci,menggunakan khidmat secara dalam talian (online).Makanya bil tidak lagi dihantar menggunakan pos dan hanya boleh dipantau secara online.Caj bil terperinci sebelum ini RM3 juga diberikan rebet oleh Celcom.

Selepas setahun baru saya perasan,Celcom masih mengenakan caj RM3 terhadap nombor yang lagi satu iaitu nombor supplementary.Itupun setelah saya membuat semakan secara online.Sepatutnya rebet sebanyak RM6 diberikan oleh Celcom.Selama ini pun saya hanya membayar bil tanpa membuat semakan.Rupanya telah setahun Celcom mengenakan caj bil terperinci tetapi bil tidak dihantar.

Apabila saya membuat laporan kepada pihak Celcom mereka mengatakan ada menghantar bil.Apabila saya mengatakan tiada bil yang sampai sejak saya membatalkan bil terperinci mereka mengatakan pula telah menghantar bil ke alamat lama.Bagaimana bil yang sebelum ini telah dihantar ke alamat baru (alamat sekarang) boleh dihantar semula ke alamat lama? Apa kejadah nak menipu tak beragak-agak begini???

Setelah sedar pengguna selalunya betul dan penyedia perkhidmatan selalu menipu akhirnya Celcom bersetuju untuk mengembalikan caj bil terperinci yang telah di bayar tapi untuk tempoh tiga bulan terakhir saja. Jumlah semua caj yang dikembalikan kepada saya adalah RM10.60 termasuk bayaran balik cukai perkhidmatan yang telah dibayar.

Bayangkan kalau seorang pelanggan Celcom menipu RM3 sebulan,cuba darabkan dengan 100 ribu pelanggan.Antara sedar atau tidak senang-senang boleh dapat RM300 ribu duit haram.

Bagi mengelakkan lebih ramai lagi pelanggan yang tertipu,maka saya juga ada membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan respon yang diterima setakat ini amat baik kerana pegawai SKMM ada menghubungi saya,namun beliau hanya memaklumkan yang Celcom akan membayar balik caj bil terperinci selama 3 bulan sahaja. Untuk pegawai SKMM,kalau setakat nak bagitau bagi pihak Celcom baik tak payah duduk kat situ.Tidak adakah apa-apa tindakan terhadap penipuan Celcom ini???

Pengguna

berukband


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

18 ulasan:

  1. Itu kira ciput la, aku kena lg teruk, cimb aviva potong 50 sebulan akaun bank cimb aku, mereka ada pujuk aku ambik insuran tapi aku x nak, bila aku sedar dh 8 bln mereka potong, kata mereka rakaman perbualan aku dan ejen mereka seolah-olah seperti aku bersetuju dan mengandaikan aku rela. Aku membuat bantahan keras dan mcm2 aduan, mereka cuma henti potong dan tidak bayar balik! Malaysia Boleh !!!

    BalasPadam
  2. assalamualaikum...
    mai tengok sini perangai SIALcom...SINI dan SINI

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama6/8/12 1:22 PTG

    ini lagi satu.
    celcom selalu ada hantar msg offer service/produk entah apa-apa. oleh sebab tak minat kita terus delete msg tu.
    rupa-rupanya service itu diberi pada kita percuma selama sebulan, walaupun kita tak respon bila ianya ditawarkan.
    habis tempuh sebulan, satu msg reminder akan dihantar pada kita menyatakan service/produk percuma itu akan tamat tempuh. sekiranya kita tak nak melanggan produk tersebut, kita kena hantar msg kpd celcom mengatakan NO. sekiranya kita abaikan msg peringatan itu, secara otomatik produk itu akan kita langgani tanpa disedari dan kita akan dicaj utk produk tersebut.
    senangnya celcom buat duit haram. HARAMJADAH!

    BalasPadam
    Balasan
    1. tau xpe....selalu dpt promosi y entah ape2x from celcom...n yang bestnyer kita xkan layan promosi ni (itu sy la) & terus delete...tup2x after sebulan mcm tu, hntr msg lagi 'to cancel send STOP to bla2x... nak tak nak kena la send STOP -free xpe gak... rm0.15 kena caj... bila pk semula, baru sorang... kalau berjuta terkena--joli sakan jerk diorg

      Padam
  4. Tanpa Nama6/8/12 2:21 PTG

    Bujan celcom jer,malah maxis dan astro pon telah membuat potongan yg x masuk akal walau pon talian telah ditamatkan ini terjadi pada saya

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama6/8/12 2:29 PTG

    Derma duit kt anak yatim lebih baik dari dok bagi kt celcom maxis.hampa komplen pun depa buat dono je.

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama6/8/12 3:10 PTG

    kepada pekerja islam celcom ..
    jika benar bagai didakwa ,maka tempat anda bekerja
    lebih teruk dari bekerja di magnum4d ,toto dan kuda , jadi pastikan duit yang dibawa balik tu benar-benar halal ,

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama6/8/12 3:17 PTG

    Kenapa gejala ini berleluasa??? Sbb tiada diambil tindakan, undang2 kt mlysia ni ada dua sebenarnya, satu untuk rakyat biasa, satu lg utk vip n kroni. Dh beratus aduan, bertahun dh msh lg benda yg sama xde perubahan, cimb, maxis, celcom, astro tu semua sape punya, badan berkanun dan pihak berkuasa ikut arahan sape??

    BalasPadam
  8. sebab kera-jaan amgok laknatullah tak ambil peduli dgn perkara2 camni sesab mereka pun penyamun... Jadi Mari kita tukar kera-jaan..

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama6/8/12 12:32 PTG. Nasihat aku, lu tulis surat aduan ke bank berkenaan (U.P: Pengarah Urusan dan salinan kepada bahagian berkaitan bank berkenaan. copy surat ke SIU (unit penyiasatan bank negara Malaysia), salinan ke CAP, PPIM jugak..

    Semoga berjaya mendapatkan hak kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg aku pelik la, lu dh buat surat bagai smpi ke SIU, last2 dpt duit balik je?! Tu pun lebih 5bln, apa punya sial la nasib kita ni, dh terang2 depa dh curi duit kita pastu dh kantoi boleh je settle bayar balik je, tu pun 5 bln lebih!!! Memang bangsat la, apa guna siasatan bagai ?! Aku panas gila la, xde hukuman ke, ganti rugi ke, pampasan yg sepatutnya? Bil telefon masa nk buat aduan je dh beratus, nk dgr lagu dlu pastu dgr operator skema layan mcm haram, nk fax surat la, ape smua xke naya kita ni?! Mereka senang2 je nk bg blk ke x ! Trauma kita ni sape nk tanggung????

      Padam
  10. Tanpa Nama8/8/12 11:58 PG

    Tanpa Nama6/8/12 12:32 PTG. Aku pon kena macam ni, tp dgn RHB bank, dorg potong RM30 sebulan sejak aku buka akaun tahun lepas, dah 6 bulan lapas tu bila aku tengok statement, baru perasan, then buat aduan, amek masa 2 bln bru dorang nk stop potongan bulanan tu, then aku mintak balik sume duit yg dorang dah potong tu, amek mase kat 5 bulan la gak, baru bln lpas smpai aku betul2 dpt semula sume duit tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bro, aku ni anon yg kn naye dgn cimb tu. Lepas aku baca komen lu ni lg meluat la aku. Aku dh fax surat ke cimb, bank negara, tapi depa suruh aku fax ke bhg apa ntah di bank negara, mcm bola dia org buat aku ! Smua ni utk apa ?? Last skali nk jadi mcm lu?? 5 bln lebih dgn mcm2 surat ? X berbaloi langsung ! Ada x saluran lain yg boleh bantu kita ni? Aku terfikir mcm nk saman diaorang ni. Ada sape2 leh tlg aku x???? Wa nk cerita la, aku smpi bergaduh dgn member aku sbb aku suruh anta duit kt aku, dpt kt aku kurang, aku mintak baki, dia ckp aku nk kencing dia ! Cimb Aviva pny sial la yg potong ! Knp la aku kena tanggung smua ni???

      Padam
  11. aku jarang call pun..tiba-2 jer abis kredit...tak boleh percaya celcom skrang nih...takut ambik duit atas angin jer

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama11/8/12 7:03 PG

    Tanpa Nama6/8/12 1:22 PTG.. Sy serta kawan sepejabat baru2 juga tertipu dgn pakej CELCOM yg mengaut untung cara HARAM ni..sms dr Celcom ini menjerat pelanggan dengan mudah sperti yg saudara nyatakan.. sy telah tertipu tidak kurang RM250.00 dimana kebiasaan bil tidak kurang dr Rm70 utk supplement akaun..kini sy tidak lagi menjadi pelanggan Celcom..

    BalasPadam
  13. assalamualaikum wbt... sekadar cadangan shj...kpd sapa2 yg merasa tak puas hati pada mana2 sykt termasuk BNM (Bank Negara Malaysia)..blh cua adukan pada kumpulan peguam yg bernaung di bawah PAS..tak silap JUHAM (tlg betulkan klu salah).. klu kes cukup bukti...maka elok dakwa di mahkamah shj utk melundungi hak2 kita sbg pengguna/pelanggan dan mendedahkan masalah2 tersebut agar ramai lagi rakyat tidak tertipu.. semua sykt dan agensi kerajaan di malaysia tertakluk dibawah undang2 perlembangaan..maka tiada yg kebal kecuali yg telah dikebalkan oleh org2 tertentu.... selamat berjaya....

    BalasPadam
  14. sy kena dgn cimb clicks,tiap2 bulan bayar loan keta pakai cimbclicks dah setahun tiba2 bln 7 cimb auto hantar surat warning sbb kononnyer sy x byr keta 2bln,pastu sy g cimb auto finance tunjuk paper yg sy print out after bayar guna cimb clicks,ciap dlm form tue tulis payment success tp cimb auto kata dorang tak dpt duit yg didebit ke auto akaun,sy g la deprt yg handle cimbclicks 1001 alasan dberi,bt aduan pd bank negara pon smpai skrg takde tindakan,siap bt report polis byk kot cimbclicks telan duit aku 1000,pastue cimb siap suruh aku bayar dulu b4 dpt solution...solution apa lg dah da black n white payment tue succeed ciap aku capture screen pic after bt transaction...geram tol

    BalasPadam
  15. sy kena dgn cimb clicks,tiap2 bulan bayar loan keta pakai cimbclicks dah setahun tiba2 bln 7 cimb auto hantar surat warning sbb kononnyer sy x byr keta 2bln,pastu sy g cimb auto finance tunjuk paper yg sy print out after bayar guna cimb clicks,ciap dlm form tue tulis payment success tp cimb auto kata dorang tak dpt duit yg didebit ke auto akaun,sy g la deprt yg handle cimbclicks 1001 alasan dberi,bt aduan pd bank negara pon smpai skrg takde tindakan,siap bt report polis byk kot cimbclicks telan duit aku 1000,pastue cimb siap suruh aku bayar dulu b4 dpt solution...solution apa lg dah da black n white payment tue succeed ciap aku capture screen pic after bt transaction...geram tol

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...