"Kepada yang tersinggung, saya minta maaf, dan kepada mereka yang cuba menyemai kebencian dan fitnah, Tuhan sahajalah pengadil sebaiknya buat anda," tulis Nurul Syuhada pada laman Facebook beliau.
DEY MACHA!!!
SAPA YANG DOK SEMAI KEBENCIAN DAN FITNAH?
SETAHU GUA TV3SUKU LA BANYAK SANGAT DOK FITNAH
SELALU SEMAI KEBENCIAN KEPADA PEMBANGKANG
SETIAP HARI BULETIN UMNO TAKDAK BENDA LAIN
SELAIN DARI BERITA POLITIK MENGAMPU
SEMUA YANG BURUK UNTUK PEMBANGKANG
SEMUA YANG BAIK UNTUK UMNO BN
KAH! KAH! KAH!
BILA DAH KENA BATANG HIDUNG SENDIRI
BARU DEPA ADA AKAI
KAH! KAH! KAH!
Nurul Syuhada perjelas isu Bintulu 'daif'
Pengacara jelita TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain menjelaskan bahawa isu Bintulu yang disifatkannya sebagai 'daif' dalam satu laporan lintas langsung stesen tersebut perlu difahami dalam konteks sebenar laporan itu dibuat.
Menurutnya, perkataan 'daif' digunakan untuk menggambarkan Bintulu sebagai lokasi sambutan Hari Malaysia yang kini bertukar wajah kerana manfaat pelan transformasi.
Beliau bagaimana pun meminta maaf kepada mereka yang tersinggung dengan kenyataannya.
"Sebagai anak jati Malaysia, saya tidak akan mengkritik tanah air saya sendiri atau mana-mana daerahnya.
"Kepada yang tersinggung, saya minta maaf, dan kepada mereka yang cuba menyemai kebencian dan fitnah, Tuhan sahajalah pengadil sebaiknya buat anda," tulis Nurul Syuhada pada laman Facebook beliau.
TV3 dalam laporan di Buletin Utama semalam turut membuat permohonan maaf yang sama.
Pemuda PAS Sarawak dan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sebelum ini dilaporkan terguris dengan kenyataan Nurul Syuhada itu dan menggesanya meminta maaf secara terbuka bagi meredakan kemarahan penduduk Bintulu.
Mereka beranggapan Nurul Syuhada kurang arif dengan kedudukan Bintulu sebagai antara penyumbang utama pendapatan negara dengan hasil gas dan minyaknya.-MK
KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...