Rabu, September 12, 2012
DEMO AYAQ NAIK KEPALA
DEY MACHA!!!
DARI LEBIH 5 JUTA PENDUDUK SELANGOR
CUMA 711 ORANG JE YANG NAK SAMAN
LEBIH KURANG 40 ORANG JE BERDEMO
TU PUN TERMASUK PEGUAM
KAH! KAH! KAH!
DEPA NI TAK HABIH-HABIH MAIN ISU AYAQ
TAK DAK IDEA LAIN DAH
NAK PEJATUH KERAJAAN NEGERI
PASAI AYAQ DAH NAIK KEPALA KOT
KAH! KAH! KAH!
Air Percuma : 711 Pengguna Air Saman Kerajaan Negeri Selangor
SHAH ALAM, 9 Sept - Seramai 711 pengguna air di Selangor memfailkan saman menuntut ganti rugi hampir RM500,000 terhadap tiga pihak termasuk Menteri Besar, Tan Abdul Khalid Ibrahim, atas kegagalan menerima subsidi air percuma di bawah Skim Air Percuma yang dilaksanakan kerajaan negeri.
Selain Abdul Khalid, plaintif yang terdiri daripada penduduk di kawasan Shah Alam menamakan kerajaan Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) sebagai defendan.
Jumlah gantirugi yang dituntut adalah sebanyak RM405,270 bagi 36 bulan kebelakangan dari tarikh pemfailan guaman tidak termasuk faedah pada kadar 4 peratus setahun sehingga penyelesaian penuh.
Mereka memfailkan saman di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada jam 9.30 pagi melalui Tetuan Kamarudin & Partners.
Peguam Kamarudin Ahmad ketika ditemui pemberita selepas memfailkan tuntutan itu, berkata saman akan diserahkan kepada semua defendan dalam tempoh seminggu.-KLPOS
KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...