Jumaat, September 07, 2012

PECAH RAHSIA: PETUA UMNO UNTUK KUBURKAN ANWAR DALAM POLITIK




Satu cara je nak jatuhkan Anwar. Tidak payah susah-susah cari orang sanggup mengaku diliwat Anwar, tak payah pening kepala dok selongkar fail atau dokumen nak sabitkan Anwar dengan dana RM 3 Bilion atau tidak perlu berpeluh-peluh buat kerja baling cat atau baling kasut sampai ke dalam masjid.

Aku nak bagitahu satu je petua nak jatuhkan Anwar. Petua ini aku nak ajar kat lembu-lembu yang bodohnya tak habis-habis tu. Susah apa kalau nak pastikan Anwar jatuh dari karier politiknya? Nak cari jalan jatuhkan Anwar, kena fikir dulu apa kekuatan Anwar. Apa kekuatan dia?


Salah satu kehebatan Anwar adalah dia berani. Ertinya, kalau mahu jatuhkan Anwar kita mesti lebih berani dari Anwar. Berani bukan bermakna berani baling batu setiap kali Anwar ceramah. Berani juga bukan bererti berani baling cat atau kemekkan kenderaan Anwar. Itu bukan berani, itu bangang dan dayus.


Habis tu bagaimana? Tiada cara lain lagi untuk jatuhkan Anwar dari politik. Caranya adalah seperti yang aku sebut tadi, iaitu kena ada yang berani lebih dari Anwar. Negara kita dipimpin oleh Najib, dan Presiden Umno pun Najib.

Najib juga setiap malam menyalak menuduh Anwar macam-macam kat TV dan akhbar. Oleh itu, semua ahli Umno terutamanya dan rakyat negara ini amnya, ingin sangat melihat semua kejijikan politik di negara ini berakhir segera iaitu dengan cara Najib kena lebih berani dari Anwar atau paling kurang sama berani dengan Anwar.

Najib mesti berdepan dengan Anwar di atas satu pentas, manakala rakyat akan melihat apakah Najib selama ini hanya berkokok hebat di depan TV saja atau Anwar hanya berani bercakap di dalam ceramah sahaja.

Anwar telah mulakan langkah bagi membuktikan bahawa beliau memang dilahirkan oleh ibunya sebagai anak jantan. Anwar telah beberapa kali mencabar Najib berdepan. Kini, rakyat menunggu apakah Najib yang dilahirkan oleh ibunya itu benar-benar jantan atau tidak?

Ada teman aku bertanya, mengapa Anwar tidak mahu berdebat dengan Umi Hafilda, Ezam atau Nalla? Jawabnya mudah, Anwar pernah berkata dia selaku Ketua Pembangkang bersedia berdebat dengan PM selaku Ketua Kerajaan atas apa jua tajuk.

Justeru itu, jika mahu Anwar berdebat dengan Umi Hafilda, Ezam sesumpah atau Nalla, ahli-ahli Umno perlu pilih salah seekor dari mereka untuk menjadi Presiden Umno, kemudiannya berusahalah untuk tabalkan mereka jadi PM.

Ketika itu, barulah kita boleh melihat Ketua Pembangkang berdebat dengan Ketua Kerajaan. Selagi ketiga-tiga mereka itu berada di kelas pencacai, mereka hanya layak berdebat di kedai kopi dengan budak-budak atau petugas pasang bendera dari PKR saja.

Sehubungan itu, Umno mesti berusaha memujuk dan merayu agar Najib untuk kali pertamanya cubalah bersikap jantan. Pujuklah dia untuk berdebat dengan Anwar.

Ini semua penting untuk menentukan Anwar jatuh dari persada politik. Sampai bila mahu baling kasut dan cat?

wfauzdin.blogspot.com




KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...