Sabtu, September 01, 2012

PERHIMPUNAN SECARA PAKSA JANJI DICAPATI GAGAL

DEY MACHA!!!
HANYA SERAMAI INI YANG BERJAYA DIKUMPUL
ITUPUN SETELAH DIPAKSA
KAH! KAH! KAH!

PERHIMPUNAN INI DIKIRA GAGAL
JIKA NAK DIBANDINGKAN DENGAN PERHIMPUNAN JANJI DEMOKRASI
YANG HADIR TANPA DIBAYAR DAN DIPAKSA
KAH! KAH! KAH!



Biarpun sudah berusaha sedaya-upaya memperalatkan kakitangan agensi kerajaan dan badan berkanun sejak kira-kira seminggu lalu, sambutan kemerdekaan ke-55 yang diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi sebenarnya gagal mencapai sasaran.

Penganjur yang mensasarkan sekitar 200,000 orang akan membanjiri stadium tersebut hampa apabila hanya cuma mampu mengumpul kira-kira 30,000 orang sahaja menurut saksi yang hadir di majlis yang bermula jam 8 malam tadi.

Seorang kakitangan kerajaan tetapi enggan namanya disiarkan yang dipaksa hadir ke sambutan tersebut mendakwa masih banyak ruang yang kosong tidak dipenuhi walaupun perdana menteri Najib Altantuya sudah memulakan ucapannya kira-kira jam 9 malam.

Ada di antaranya, katanya, hanya mundar mandir di sekeliling kawasan stadium selepas diarahkan sebelum itu kerana mereka dipaksa untuk duduk di kerusi penonton dengan tujuan untuk meramaikan bilangan penonton.

Sedangkan katanya sebaik sahaja Najib Altantuya memulakan ucapan, sudah ramai yang bangun dari tempat duduk masing-masing dan keluar ke anjung belakang walaupun majlis baru sahaja berlangsung.

Menurut gambar yang diambil, jelas tidak ramai penonton yang hadir sebaliknya mereka keluar dan melakukan perkara sendiri kerana kebanyakkannya dikerah atas arahan pegawai atasan mereka yang merekodkan kehadiran mereka seperti yang tersiar di kebanyakkan blog sebelum itu.

Peserta yang ditemui mendakwa menerima RM30 sebagai upah memakai baju yang disediakan, RM50 untuk yang memakai baju dan mengibarkan bendera Jalur Gemilang dan RM80 bagi mereka yang memakai baju-T dan menari di tengah-tengah stadium yang diubah suai menjadi sebuah pentas raksasa.

Najib Altantuya yang tidak berpuas hati dengan jumlah kehadiran tersebut seakan terpekik-pekik setiap kali mengulangi skrip yang sama kunun pencapaiannya sejak mengambil alih tampuk kekuasan dari bekas perdana menteri, Abdullah Badawi pada April 2009.

Walaupun Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim mengumumkan bahawa sasaran Twtup menggunakan hashtag #merdeka55 berjaya melepasi sasaran sejuta dalama tempoh sejam di Twitter, penonton seakan tidak mengendahkan pengumuman tersebut.

Apalah maknanya jika Rais yang menyatakan bahawa sebanyak 3.6 juta tweet dicatat tetapi kehadiran penonton yang dipaksa sebenarnya mengecewakan Umno-APCO yang bertungkus lumus mahu mengambil hati Najib Altantuya yang semakin tidak popular di mata rakyat Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin juga dikhabarkan tidak gembira dengan kehadiran penonton yang majoritinya kakitangan kerajaan yang dipaksa hadir semata-mata mahu menunjukkan kepada rakyat bahawa Umno-APCO masih relevan menerajui kerajaan.

Beberapa menteri kabinet juga dikatakan tidak berpuas hati dengan sambutan tersebut setelah banyak pengumuman dan hebahan disiarkan menerusi media cetak dan elektronik yang dikuasai mereka.

Pada sebelah paginya, sambutan kemerdekaan yang diadakan di Dataran Merdeka juga suram dengan kehadiran rakyat Malaysia apabila hanya 13,000 orang dilihat berada di dataran bersejarah tersebut walaupun dihadiri Yang di-Pertan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Faja Permaisuri Agong Tuanku Haminah.

wargamarhaen


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

2 ulasan:

  1. .


    (( Take Note )) UMNO BODOH - Kenapa BN Tak Buat HUDUD Sejak 50 Thn dulu?



    Tak ada apa yg perlu dijelaskan lg. Tak ada apa yg perlu diterangkan lg. Tak ada apa yg perlu diperincikan lg. Pemuda dan Puteri UMNO sememangnya BODOH.

    Bila kaum Cina menolak HUDUD, pandai pulak mereka sibuk2 nak bercakap pasal HUDUD. Yg Barisan Nasional yg dah memerintah lebih 50 tahun tak pernah buat HUDUD , 'Ada ko kisah'? Kepala otak pemuda dan puteri UMNO letak kat mana?

    Bodoh sangat kalau ada orang kata mengundi UMNO yg dah memerintah 50 tahun tanpa HUDUD lebih baik berbanding kaum cina yg tak faham HUDUD menolak HUDUD.

    Jadi, fikirkan sy ada alasan cukup kuat kenapa menolak BN dan menerima PAKATAN RAKYAT. Sememangnya mereka tak pernah buat HUDUD sejak 50 tahun dulu. Dan pemuda dan puteri UMNO memilih utk jadi BODOH.


    (Edit, copy & paste dari 'Page FB Kump. Adik2 Keluar UMNO')

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama1/9/12 4:13 PTG

    apa plak bro...
    bukan 30 000 la...
    wa tgk ada 100 org je...wa ckp lu...
    hehehe....

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...