Isnin, September 10, 2012
PM beri lampu hijau pada samseng? Saifuddin mahu temu KPN
KUALA LUMPUR September 09, 2012: Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution akan menulis surat rasmi kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar untuk bertemu bagi membincangkan aspek keselamatan program KEADILAN.
Beliau berharap pertemuan itu dapat memastikan polis memberi perhatian terhadap amalan yang mengancam demokrasi negara ini, seterusnya menghenti serangan samseng.
Perkara itu dinyatakan Pengarah Komunikasi KEADILAN Nik Nazmi Nik Ahmad pada kenyataan media petang tadi.
Menurutnya, KEADILAN kesal kerana Datuk Seri Najib Razak terus membisu, seolah-olah memberi lampu hijau untuk gejala samseng terus berleluasa.
“Sekalipun pelbagai laporan polis dibuat, sehingga hari ini polis dilihat tidak serius dalam mengambil tindakan dalam hal ini,” kata Adun Seri Setia itu.
Nik Nazmi merujuk kes serangan terhadap bas Merdeka Rakyat yang disertai Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan lain, di Kelantan minggu dan Melaka, semalam.
Sebelum itu, katanya taktik samseng digunakan terhadap pimpinan KEADILAN dan Pakatan Rakyat hingga sebahagiannya melibatkan kecederaan.
Ini termasuk serangan terhadap Anwar di Sembrong Johor, kecederaan warga emas di Lembah Pantai akibat terkena lontaran batu terhadap Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dan banyak lagi.
KD
KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...