Sabtu, Jun 08, 2013

DEPA NI NAK JAWAPAN KEMATIAN ALTANTUYA

Delegasi Mongolia mahu jawapan kematian Altantuya

Delegasi Mongolia di Sidang Kemuncak Global Wanita di Kuala Lumpur menggesa kerajaan Malaysia memberi jawapan atas kematian misteri wanita warganegara itu, Altantuya Shaariibuu di Malaysia.

erdenechim and ariunna mongolian women delegation to KL, pc on altantuyaBercakap kepada media di luar persidangan itu, Presiden Persekutuan 
Wanita Mongolia (MWF), J Erdenechimeg berkata, perbicaraan baru harus bermula untuk mengetahui siapa yang bertanggungjawab atas kematian Altantuya.

"Kami membuat permintaan khusus kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia untuk bertindak atas ini dan supaya perbicaraan segera diadakan," tegasnya.

Diapit oleh kira-kira 70 anggota delegasi, beliau berkata ia demi untuk dua anak lelaki Altantuya yang kini membesar tanpa ibu mereka.

ariunna mongolian women delegation to KL, pc on altantuya"Kami juga berharap diberi bantuan kewangan kepada kedua-dua 
anak-anak tersebut," katanya.

Menurut pengarah eksekutif MWF, Ariunna Shagdarsuren (kanan), MWF telah memutuskan untuk membawa mesej itu bagi pihak keluarga si mati selepas bertemu dengan bapa Altantuya.

"Bapanya telah meminta kami supaya membangkitkan perkara ini kerana beliau perlu memberitahu cucunya mengapa ibu mereka mati di Malaysia," katanya.

"Sudah bertahun-tahun berlalu, berapa lama lagi mereka perlu menunggu?"

malaysiakini

6 ulasan:

  1. Assalamualaikum

    Jual beli produk anda di laman web
    www.produkmuslim.info


    Sokongan anda amat dihargai

    Terima kasih

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama8/6/13 1:01 PTG

    buat cerita lain lah

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama9/6/13 6:56 PG

    apa lagi ini nyonya amoi mongol mau?.itu olang bunoh punya hal sulah mau kasi ngantong maa!!.lu taraak picaya hah?.lu nyonya amoi mongol kasi ini kes sama world court tok jib sama losmah taraaak hal punya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yelah... apa lagi lu mongol mau? Itu alhantuya bukan olang baik punya woo... Mau calik laki manyak wang mali Malaysia ka? Itu sana monggol tatak olang muleh bagi sinang ka? Balik monggol tanam nyagung lagi babut.

      Padam
  4. Bukan sahaja rakyat monggolia yg ingin tahu , tetepi rskyat malaysia juga mahu tau motif apa ia dibunuh, siapa yg mengarahkan anggota itu membunuh, kenapa dibunuh dgn begitu kejam, macamana c-4 itu boleh terlepas, kenapa hakim menolak untuk memanggil pegawai atasan polis iti dpd disoal balas.....dan banyak lagi.
    Rakyat melihat ada sesuatu yg cuba disembunyikan oleh org atasan....terutamanya si najib tu.

    BalasPadam
  5. Nak sorok setakat mana sangat kt dunia ni. Di padang mahsyar nanti sekok2 akan dibogelkan termasuklah si hakim, si pendakwa, si pembela, dan si penipu. Mereka yg melindungi penjenayah ni bukan sahaja bersubahat dgn pembunuh malah menipu jutaan rakyat. Kalsu mangsa dan rakyat tak maafkannya, maka akan jadi penghuni tetsplah di neraka. Ingat, ini dosa sesama manusia tau....

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...