Ahad, Jun 02, 2013

RED BEAN ARMY ANCAM ROGOL WANITA???

Utusan dakwa 'Red Bean Army' ancam rogol wanita

Satu laporan dalam akhbar Mingguan Malaysia hari ini mendakwa pasukan siber 'Red Bean Army' yang didakwa ditaja DAP turut mengancam untuk merogol golongan wanita yang menyokong parti BN.

Tulisan di pojok akhbar tersebut hari ini mendakwa, tindakan pasukan siber tersebut semasa pilihan raya itu malah lebih bahaya dari ancaman pengganas bersenjata.

“Serangan yang mereka lakukan dahsyat. Daripada memfitnah isu pengundi hantu dan menyerang siapa yang menyokong BN sehinggalah menghina raja-raja Melayu, agama Islam, orang Melayu dan memboikot produk syarikat Islam.

“Malah ada tentera siber RBA yang mengancam merogol wanita yang menyokong BN, membakar rumah dan pelbagai bentu ugutan serta buli.

“Bukan sahaja sangat rasis bahkan ekstrem, lebih bahaya daripada ancaman pengganas bersenjata. Semua itu berlaku dalam pilihan raya Malaysia,” kata pengarang akhbar milik Umno itu dalam tulisan berkenaan.
Dalam satu lagi tulisan, akhbar milik Umno itu menyiarkan satu rajah berhubung dakwaan 'Teknik serangan Red Bean Army'.
Keterangan di rajah berkenaan antara lainnya mendakwa seorang wanita, Wong Kim May, 23 menerima ancaman bunuh.
Gadis berkenaan didakwa menerima ancaman itu selepas merakam video mempromosi BN.
DAP sejak minggu lalu menafikan dakwaan bahawa parti itu mempunyai kekuatan seramai 200 orang anggota 'Red Bean Army', yang didakwa memburuk-burukkan BN sejak enam tahun lalu.

Penasihat parti itu Lim Kit Siang turut menjelaskan bahawa parti berkenaan perlu membayar sebanyak RM108 juta sejak enam tahun lalu sekiranya mengupah RM15 juta setahun untuk 200 orang pasukan tersebut.

DAP tidak mempunyai wang sebanyak itu, kata Lim.

malaysiakini

5 ulasan:

  1. Tanpa Nama2/6/13 6:50 PTG

    Vbr231 Critique - A shorter Overview In the Vizio Blu-ray Footballer

    Also visit my web blog: northerly

    BalasPadam
  2. kalau red bean army bukan bawah dia baguih jugak. yg penting tangkap diaorg ni yg telah dilatih oleh zionis menyerang isu remeh, menyerang institusi raja dan agama islam. yg kesiannya pak aji pas dan parti kera rakyat tak sedar gerakan saraf diaorg ni. tangkap je. apa ada hal. bukan ada kena mengena dgn sasape lks bgtu.kihkih

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama4/6/13 6:59 PG

    Yang aku hairan ialah benda yg nyata didepan mata tak pulak nampak. Contohnya "samseng2 pekasa" mengganas yg ditaja oleh umno pada pihak pakatan. Kenapa pula boleh tutup mata. Pihak berkuasa yg ada juga boleh tutup mata seolah2 merestui kesamsingan perkasa. Kenapa itu tidak didedahkan.

    Oooooo...
    Melayu buat samseng boleh....
    Bila orang lain nak balas kesamsingan tak boleh!
    Memang "sial bin siul" la ....

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama4/6/13 10:02 PG

    melayu samseng kat bangsa lain takpe.apa ada hal. Yg mana melayu macai dap bertopengkan pkr sila sokong samseng2 kongsi gelap cina. apa ada hal..

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama6/6/13 5:01 PTG

    Patutlah melayu tak maju. Byk sgt berilusi.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...