Khamis, Jun 06, 2013

TUDIA MB KEDAH KATA BINA UNIVERSITI PUN TAK GUNA KALAU TAK UNTUNG

Bina kampus universiti umpama 'curah air atas daun keladi'?

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah yang baru, Datuk Mukhriz Mahathir menyifatkan projek pendidikan yang dilakukan oleh Menteri Besar Kedah sebelum ini sebagai 'mencurah air ke daun keladi' sahaja.

Menurut Bernama, Mukhriz mengkritik pembinaan kampus induk Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil bernilai RM330 juta yang disifatkannya membazir.

Ini kerana ia langsung tidak menjana pendapatan untuk kerajaan negeri.

"Kerajaan negeri sangat-sangat berhemah untuk uruskan kewangan negeri. Kita tak ada sumber pendapatan yang besar tetapi kita ada cita-cita tinggi untuk bangunkan negeri. 

"Kesemua perbelanjaan, setiap ringgit yang dikeluarkan mesti jana hasil. Bukan seperti 'curah air atas daun keladi' sahaja. Ia akan mendatangkan hasil yang tinggi kepada rakyat sekali gus menyumbang ke arah penjanaan pendapatan negeri. 

Mukhriz memberi contoh pembinaan kampus induk Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil (gambar) bernilai RM330 juta yang langsung tidak menjana pendapatan kepada kerajaan negeri di mana mereka terpaksa membayar hutang sebanyak RM46 juta setahun, lapor Bernama.

MB Kedah sebelum ini, Datuk Seri Tan Sri Azizan Razak meninggalkan legasi tersendiri untuk Kedah walaupun sempat mentadbir Kedah untuk satu penggal sahaja.

Beliau sempat membina kampus baru untuk Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil yang bernilai RM330 juta.

Kampus baru ini menjadi pusat pendidikan penting di Kedah kerana ia bukan sahaja menjadi kampus tumpuan untuk pendidikan agama tetapi juga perubatan.

harakahdaily

10 ulasan:

  1. Contoh terbaik yang membuktikan UMNO melihat pendidikan sebagai satu komoditi untuk diperdagangkan... bukan untuk meneruskan ketamadunan untuk generasi masa depan.

    Kalau nak untung meniaga arak macam abang kau pernah buat tu. Untung dunia, punah akhirat.

    Satu lagi penderhakaan UMNO terhadap Sultan Kedah yang amat mengambil berat tentang pembangunan KUIN. Aku bukan sokong sangat pembangunan tergesa-gesa Azizan Razak ke atas KUIN... namun kalau sampai peringat mengatakan tak untung membangunkan KUIN nampak sangat parti bodoh tu sesuai untuk orang bodoh sahaja.

    Itu gerak saraf untuk membinasakan KUIN... tidak mustahil KUIN akan dibinasakan sebagaimana KUZA di Terengganu.

    Tak untung...? UMNO cakap tentang untung rugi?... Ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha selama berpuluh tahun Kerajaan Kedah asyik rugi je memanjang, bila Pakatan Rakyat memerintah nampaklah ada sedikit nafas... tiba-tiba Gon Si Anak Kutty cakap fasal untung rugi.... ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha memang bangang UMNO Kedah ni... ada boss kena terajang ke Pusat... ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha memang UMNO ni SARKIS.

    Al-Fatihah untuk Allahyarham S. Samsuddin... jenaka kau tentang UMNO memang melangkaui zaman.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama6/6/13 2:42 PTG

    Peruntukan kerajaan pada pelajaran adalah penting untuk melahirkan generasi yg celik ilmu supaya jangan diperbodohkan dan seterus nya diperhambakan oleh org2 atasan (elite).

    Negara kamu banyak hasil bumi kenapa ada yg mempersoalkan untung tak untung (MB pulak tu) melainkan hasil itu mau di bolot sendiri.

    Singapura skang PAP sarankan tak payah ke U. Kita tahu muslihat nya hendak mengimpot lulusan U luar negeri diberi gaji yg mmg nya kami tak akan terima kerana tak cukup untuk hidup. Org luar pasti terima sebab dia boleh tanggung famili ditanah air nya dari sini (S'pura).

    BalasPadam
  3. assalamualaikum tuan..blog saya terdapat masalah beberapa hari lalu..bloglist tak dapat berfungsi..tp skrg dah ok..cuma tuan perlu remove dan masukkan semula www.fuh.my dalam bloglist tuan..
    jasa baik tuan amat dihargai..terima kasih..

    BalasPadam
  4. kesian orang kedah dapat mb a.k.a mukhriz bengong.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama6/6/13 3:27 PTG

      La.. ari tu kata nasib baik kedah kalah.Ni kesian plak? Mana satu ni pok cik zizan?

      Padam
  5. Tanpa Nama6/6/13 5:13 PTG

    biasalah tu..dah terlalu biasa makan drp hasil2 haram. Benda2 yg berkaitan dengan ilmu diorg x amik peduli..MB kedah baru kan anak madey kutty..langkawi 90% milik kutty..ni peluang dia nak lebarkan empayar kat utara sana sebelum dia jadi mendiang...konon2nya ada legasi dan tercatat dalam sejarah Malaysia...

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama6/6/13 7:15 PTG

    Ada saudara orang tu meniagapun harap bapak ... cakap banyak pasal untung rugi. Ingat kita lupa harta negara digunakan untuk tampung kerugian mangkuk yang tak reti meniaga tu masa krisis ekonomi dulu, meniaga buku sampai memaksa sistem pendidikan berkecamuk, itu tak kira 1001 auta keluarga dia berniaga... untung dia sapu, rugi kerajaan kena tanggung... kemudian cakap banyak pasal untung dan rugi. Pegiiiiiiiiiirah. Macam ni punya meniaga sapa pun boleh.... risiko rugi ditanggung kerajaan.

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama6/6/13 9:44 PTG

    malang rakyat Kedah

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama7/6/13 11:44 PG

    Matlamat pendidikan bukan keuntungan. Cuba tegok Universiti Al Bukhari..nak untung macam mana kalau pelajar semua orang miskin dari seluruh dunia.

    BalasPadam
  9. Lain kali pilih pemimpin yg kuat agamanya, jujur, pentingkan pembangunan utk akhirat, pembangunan dunia ditempat kedua, halatuju kearah yg diredha oleh Allah. Insyaallah selamat di dunia dan akhirat. Jangan jadi seperti Qorun, seorang Bani Israel di zaman Musa a.s yg fikirkan kekayaan semata2 dan sangat bakhil.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...