Sebuah bas persiaran yang membawa 49 penumpang terhumban ke dalam gaung di KM3 ketika menuruni Genting Highlands petang ini.
Anggota bomba dan penyelamat mengesahkan 37 orang mati manakala 16 lagi mengalami kecederaan apabila sebuah bas terhumban di Genting Highlands pada kira-kira jam 3 petang tadi.
Pegawai unit kawalan Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands Mohd Shukri Mohd Noor memberitahu Malaysiakini,pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.22 petang.Katanya, anggota balai bomba tersebut berggegas ke tempat kejadian untuk menyelamat mangsa yang terlibat.
Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya belum mempunyai maklumat lanjut berhubung kemalangan tersebut.
Sementara itu, menurut Associated Press (AP), 30 penumpang berada di atas bas ketika kejadian itu berlaku petang ini.
AP juga memetik anggota Bomba dan Penyelamat sebagai berkata pekerja penyelamat cuba turun ke tempat bas tersebut yang menjunam 30 meter ke dalam gaung.
Gambar-gambar yang diedarkan secara meluas di Facebook menunjukkan bas kuning terletak di dalam gaung.
Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...