Ahad, Disember 15, 2013

LAWAK AHAD: BANG



Satu lagi untuk kita jadikan iktibar apa yang berlaku di sebuah surau di Kedah. Setelah beberapa minit masuk waktu, pak bilal atau muazzin tidak juga muncul, yang ada hanya imam dengan seorang musafir, maka si imam pun minta tolong kepada si musafir untuk azan...

Pak Imam: Minta tolong bang sat...

Dengan muka merah padam dan marah si musafir menjawab,

Musafir: Saya tahu saya orang luar tapi janganlah panggil saya bangsat!

Pak Imam: Saya suruh awak bang,bukan panggil bangsat... bang tu azan la..

Musafir yang baru faham bahasa Kedah terus mencelah dengan laju...

Musafir: Oooo baru saya faham..kalau macam tu Pak Imam bang la...

Pak Imam: Awat hang panggil aku bangla pulak?

Musafir: Tak lah saya suruh Pak Imam azanlah....hoho

Pak Imam: Adoiii....,cekap hang pekena aku nooo....

1 ulasan:

  1. perlawanan malaysia vs singapura bola sepak sukan sea seri bukti singapura tak hebat mana hebatnya harimau muda

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...