Isnin, Mac 24, 2014

Terkini - Najib Sahkan MH370 Berakhir Di Lautan Hindi

Terkini - Najib Sahkan MH370 Berakhir Dan Terhempas Di Lautan Hindi

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, dua objek berkaitan pencarian MH370 di Lautan Hindi akan diambil dalam tempoh beberapa jam lagi.

Menulis di Twitter, beliau berkata Perdana Menteri Australia Tony Abbott memberitahunya perkara itu melalui panggilan telefon kepadanya sebentar tadi.

Dalam tweet sebelum itu, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dan pesawat Tentera Orion Udara Diraja Australia (RAAF) menemui dua objek itu berdekatan kawasan carian.

Ia juga menyatakan bahawa kapal HMAS Success sedang mendapat dan mengenal pasti objek itu.

Salah satu daripadanya dikatakan berwarna hijau atau kelabu dan berbentuk bulat manakala satu lagi jingga dan berbentuk segi empat tepat.

Dalam taklimat media hari ini, pemangku menteri pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, HMS Success dijangka mampu mendapatkan objek itu dalam tempoh beberapa jam atau paling lambat esok.

Bloglistmalaysia

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razakmengesahkan bahawa pesawat Malaysia Airliens yang hilang sejak 8 Mac lalu terhempas di selatan Lautan Hindi di barat Australia.

Beliau yang bercakap kepada media pada malam Isnin berkata, berdasarkan analisis baru, Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) telah menyimpulkan bahawa pesawat MH370 telah terbang di sepanjang Koridor Selatan, yang berada di tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia.

"Kedudukan itu jauh dari mana-mana lokasi pendaratan, dan dengan duka cita saya perlu memberitahu anda bahawa menerusi perkembangan terbaharu ini, pesawat MH370 ‘berakhir’ di selatan Lautan Hindi," katanya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Penerbangan MH370 yang menggunakan pesawat Boeing 777, hilang dari radar Malaysia pada pukul 1.30 pagi 8 Mac selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing.

Pesawat itu membawa 239 penumpang dan anak kapal.

7 ulasan:

  1. Saya.ucapkan.takziah.kpd.keluarga.penumpang dan.anak.kapal.tabah.menghadapi.dugaan.ini.

    BalasPadam
  2. Dari Allah kita datang, kpd Allah kita kembali

    BalasPadam
  3. Meletak jawatan untuk menjaga maruah? Tidak sekali-kali tidak! Jangan korang mimpi!!!!!
    Biar tak bermaruah tidak mengapa, asalkan masih boleh lagi menipu sokmo ...

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama 12:39 pagi,
    Bagaimana dengan Kes ADAM AIR , FRANCE AIR dan Pesawat-pesawat negara lain yang pernah terhempas..
    Pernah Dengar Ke Berita Para Menteri negara-negara yang terlibat pesawat terhempas disuruh letak jawatan???????...
    Berfikir secara rasional jangan berfikir dengan emosi politik...ALFATIHAH untuk Penumpang MH 370 yang berugama Islam dan juga untuk dirimu agar Allah sentiasa memberi Hidayah padamu ...

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama25/3/14 8:56 PG

    sesuatu yang berlaku ada hikmahnya....amin

    BalasPadam
  6. Kita d perintah bukan memerintah.suka tak suka kena terima.redha.lihat lah kuasa Allah.sabar

    BalasPadam
  7. apa sudah terjadi di Malaysia nie??
    bukan saja malaysia tpi dunia !!!
    ALLAH MAHA BESAR

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...