Isnin, Jun 30, 2014

KES PUKAU MENINGKAT KETIKA RAMADHAN



Jakarta: Polis Metropolitan Jakarta Raya mengingatkan masyarakat agar lebih berwaspada terhadap peningkatan kadar jenayah seperti rompakan menggunakan pukau pada bulan Ramadan.

Seperti tahun sebelum ini, jenayah berlaku pada Ramadan terjadi dengan pelbagai modus operandi.


Justeru polis meminta orang ramai tidak menjadikan diri mereka sasaran dengan mengelak daripada memakai barang kemas atau membawa barangan berharga ketika berada tempat awam.


Jurucakap polis berkata peningkatan kadar itu didorong keperluan harian yang mendesak pada bulan puasa.


Melalui data yang diperoleh polis, katanya, pukau antara jenayah paling tinggi berlaku ketika Ramadan. “Kes pukau biasanya terjadi kepada pengguna pengangkutan awam,” katanya.


Hmetro


Ahad, Jun 29, 2014

LAWAK AHAD: JAM TAK JALAN



Kisah ini terjadi kira-kira 50 tahun yang lalu dimana pada waktu itu Malaysia baru sahaja mencapai kemerdekaan dari pihak British walaupun terdapat seorang professor kangkung berkata Tanah Melayu tak pernah dijajah.

Walaupun Malaysia telah menjadi sebuah negara yang merdeka, saki baki tentera komunis masih lagi wujud dan berkeliaran di dalam hutan. ATM giat menjalankan operasi memburu saki baki komunis tersebut dengan dibantu penduduk orang asli yang tinggal di kawasan pendalaman.

Sehinggalah pada satu ketika, sekumpulan orang asli di satu kampung di Pahang telah berjaya menangkap beberapa orang komunis dan hasil kejayaan mereka pihak ATM telah menghadiahkan sebuah jam dinding kepada ketua orang asli kampung tersebut sebagai penghargaan dan untuk kegunaan penduduk kampung bagi menentukan waktu.

Ketua orang asli kampung tersebut telah menggantung jam itu dihadapan rumahnya supaya semua orang asli di kampung itu dapat melihat jam tersebut beramai-ramai. Mereka berasa hairan dan pelik melihat jam dinding yang di gantung di hadapan rumah ketua orang asli kampung tersebut kerana sepanjang hidup mereka, mereka langsung tidak pernah melihat sebuah jam. Ini menyebabkan ketua orang asli kampung tersebut berasa bangga kerana setiap hari pasti halaman depan rumahnya dipenuhi orang yang ingin melihat jam tersebut dan ada yang sanggup duduk seharian di situ semata-mata ingin melihat jam tersebut.

Setelah sebulan jam itu digantung dihadapan rumah ketua orang asli kampung tersebut tiba-tiba jam itu berhenti bergerak. Lalu kecohlah satu kampung seolah-olah ada perkara besar yang telah berlaku. Semua orang asli yang melihat jam tersebut semakin hairan dan pelik kerana sebelum ini mereka melihat jam tersebut bergerak dan hari ini jam tersebut telah berhenti. Ada juga di antara orang asli kampung tersebut yang berkata jam itu telah mati dan tidak bernyawa lagi namun ianya disangkal oleh ketua orang asli kampung tersebut.

Oleh kerana ingin menunjukkan kehebatannya, ketua orang asli kampung tersebut telah mengambil jam tersebut dan membelek-belek tanpa tahu apa yang perlu dibuat. Tiba-tiba jari kelingkingnya telah terkuis bateri yang ada pada jam tersebut dan bateri tersebut jatuh ke lantai. Beliau melihat tempat letak bateri jam tersebut dan ternampak seekor cicak yang telah mati akibat tersepit. Lalu dengan bangganya ketua orang asli kampung tersebut pun berkata…

“Patut la tak jalan…drebarnya dah mati tersepit…..!”


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Sabtu, Jun 28, 2014

KENA NIKAH SEMULA



Kuang: “Alhamdulillah semuanya selesai dengan baik. Saya dan Nurul Halimin akan bernikah semula secepat mungkin,” kata bekas gitaris kumpulan Kamikaze, Sham ketika ditemui di luar Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat di sini, semalam.

Sham atau Shamril Mohd Salleh, 38, berkata demikian selepas selesai prosiding apabila mahkamah memutuskan pernikahannya dengan Nurul Halimin Mohd Salleh, 34, pada 16 Januari 2012 di Masjid Padang Ibu, Pulau Pinang adalah tidak sah.

Justeru, Hakim Syarie Kamarulzaman Ali memerintahkan pernikahan pasangan itu dibubarkan serta-merta bermula semalam dan persetubuhan antara pasangan terbabit bermula tarikh berkenaan (16 Januari 2012) adalah persetubuhan syubhah (meragukan) serta sijil pernikahan yang disahkan palsu oleh Pejabat Agama Islam Daerah Seberang Prai Tengah (SPT) dilupuskan.

Kamarulzaman dalam penghakimannya berkata, ini disebabkan pernikahan pasangan itu yang dijalankan oleh wali hakim adalah tidak sah, selain segala proses pernikahan diuruskan oleh pihak ketiga yang tidak bertauliah.

Foto
SHAM dan Nurul Halimin di pekarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, semalam.


“Jika pasangan itu mahu melangsungkan perkahwinan, sepatutnya semua urusan pernikahan diuruskan sendiri dan tidak boleh diserahkan kepada pihak ketiga serta perlu melalui pejabat agama,” katanya.

Hmetro



Jumaat, Jun 27, 2014

KHUTBAH RASULULLAH SAW KETIKA MENJELANG RAMADHAN


Berikut merupakan wasiat Baginda Rasulullah SAW pada malam terakhir bulan Sya’ban, tatkala menyambut datangnya bulan Ramadhan-

"Wahai manusia!

Sungguh telah datang kepada kalian bulan Allah yang membawa berkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya paling utama. Malam-malamnya paling utama. Detik demi detiknya paling utama. Inilah bulan di mana kalian diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya.

Pada bulan ini nafas-nafas kalian menjadi tasbih, tidur kalian ibadah, amal-amal kalian diterima dan doa-doa kalian dikabulkan. Mohonlah kepada Allah, Tuhan kalian, dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Dia membimbing kalian untuk melakukan puasa dan membaca Kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah pada bulan agung ini.

Bersedekahlah kepada kaum fakir dan miskin. Muliakanlah orang tua. Sayangilah yang muda. Sambungkanlah tali persaudaraan. Jagalah lidah. Tahanlah pandangan dari apa yang tidak halal untuk kalian pandang. Peliharalah pendengaran dari apa yang tidak halal untuk kalian dengar.

Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosa. Angkatlah tangan-tangan kalian untuk berdoa pada waktu solat. Itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah ‘Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih. Dia menyahut mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyahut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa-doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia!

Sesungguhnya diri kalian tergadai kerana amal-amal kalian. Oleh kerana itu, bebaskanlah dengan beristighfar. Belakang-belakang kalian berat kerana beban (dosa). Maka dari itu, ringankanlah dengan memperpanjangkan sujud.

Ketahuilah! Allah SWT bersumpah dengan segala kebesaran-Nya, bahawa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan-Nya.

Wahai manusia!

Siapa saja di antara kalian memberi makan (untuk berbuka puasa) kepada orang-orang Mukmin yang berpuasa pada bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba dan diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu.

Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.

Wahai manusia!

Siapa yang memperbaiki akhlaknya pada bulan ini, ia akan berhasil melalui sirath al-mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) pada bulan ini, Allah akan meringankan persoalan-Nya pada Hari Kiamat. Siapa saja yang menahan keburukannya pada bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa sahaja yang memuliakan anak yatim pada bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang menyambungkan tali silaturahmi pada bulan ini, Allah akan menghubungkannya dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Siapa saja yang melakukan solat sunat pada bulan ini, Allah akan mencatatkan baginya kebebasan dari api neraka. Siapa saja yang melakukan solat fardhu, baginya pahala seperti melakukan 70 solat fardhu pada bulan lain. Siapa saja yang memperbanyak selawat kepadaku pada bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangannya ringan. Siapa saja pada bulan ini membaca satu ayat al-Quran, pahalanya sama seperti mengkhatamkan al-Quran pada bulan-bulan yang lain.

Wahai manusia!

Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagi kalian. Kerana itu, mintalah kepada Tuhan kalian agar tidak pernah menutupkannya bagi kalian. Sesungguhnya pintu-pintu neraka tertutup. Kerana itu, mohonlah kepada Tuhan kalian untuk tidak akan pernah membukakannya bagi kalian. Sesungguhnya syaitan-syaitan terbelenggu. Kerana itu, mintalah agar mereka tak lagi pernah menguasai kalian.

Wahai manusia!

Sesungguhnya kalian akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan yang mana Allah telah menjadikan puasanya suatu kefardhuan, dan qiyam pada malam harinya suatu tathawwu’.

Siapa saja yang mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu amal kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan satu kefardhuan di dalam bulan yang lain.

Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu adalah pahalanya syurga. Ramadhan itu adalah bulan memberi pertolongan dan bulan Allah memberikan rezeki kepada Mukmin di dalamnya.

Siapa saja yang memberikan makanan berbuka kepada seseorang yang berpuasa, yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa sedikit pun berkurang.

Inilah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka. Siapa saja yang meringankan beban dari hamba sahaya, nescaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari neraka.

Kerana itu, perbanyakkanlah empat perkara pada bulan Ramadhan: dua perkara untuk mendatangkan keredhaan Tuhan kalian, dua perkara lagi yang sangat kalian perlukan. Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampunan kepada-Nya. Dua perkara yang sangat kalian perlukan ialah memohon syurga dan perlindungan dari neraka.

Siapa saja yang memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Nya, dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga." [HR Ibnu Khuzaimah]

mykhilafah


Khamis, Jun 26, 2014

MENTERI FRUST DENGAN WARDINA


Seremban: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim melahirkan kekecewaan terhadap selebriti terkenal, Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot, 35, yang mengeluarkan kenyataan menerusi Instagram miliknya, kelmarin, apabila membuat perbandingan antara Malaysia dan Australia dalam saluran bantuan kepada orang kelainan upaya (OKU).

Kenyataan itu dipaparkan Wardina berhubung penemuan seorang remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditemui kebuluran di rumahnya di Flat Semarak, Taman Semarak, Nilai, Sabtu lalu, sekali gus menggemparkan negara.

Dalam kenyataan itu, Wardina mendakwa kerajaan mengabaikan kebajikan OKU, tidak seperti Australia yang menyalurkan bantuan bulanan tinggi kepada ibu bapa kanak-kanak, malah disuruh berhenti kerja bagi memberi fokus menjaga anak mereka.

Rohani berkata, kenyataan terbabit tidak berasas sama sekali kerana pihaknya sangat mementingkan kebajikan golongan berkenaan dengan menyediakan pelbagai bentuk bantuan.

“Penemuan adik Muhammad Firdaus yang menghidap penyakit ‘cerebral palsy’ ditemui Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman yang mewakili kerajaan Malaysia.

“Lihatlah selepas empat hari penemuan remaja itu, dia dibantu dan dibela kerana pihak kami sangat mementingkan kebajikan OKU,” katanya dalam sidang media selepas melawat Muhammad Firdaus di Hospital Tuanku Jaafar, di sini, semalam.

Menurut Rohani, ibu remaja itu dikenali sebagai Lola, 40, tidak pernah memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, malah tiada aduan diterima mengenai nasib malang remaja terbabit daripada jiran, penduduk setempat, pemimpin atau saudara mangsa.

Hmetro


Selasa, Jun 24, 2014

PADAH MILIKI PAYUDARA,PUNGGUNG BESAR

GAMBAR dalam bulatan menunjukkan wanita berkenaan tersepit di celah bongkah batu.

Mudanjiang: Seorang wanita berjaya diselamatkan oleh anggota bomba selepas tersepit antara dua bongkah batu selepas gagal meloloskan dirinya.

Kejadian berlaku setelah wanita itu tersepit kerana punggung dan payudaranya tidak dapat melepasi ruang antara bongkah batu itu.

Senario menakutkan itu seakan satu adegan dalam filem ‘127 Hours’ berdasarkan kisah benar mengenai seorang pendaki, Aron Ralston yang lengannya tersepit di celah lubang sempit di Blue John Canyon, Utah, pada April 2003.

Watak yang dimainkan oleh James Franco dalam filem adaptasi Danny Boyle itu menceritakan bagaimana dia jatuh ke dalam gaung selama 127 jam selepas meneroka sebuah kawasan terpencil.

Kerana takut mati keseorangan, Ralston memotong tangannya dengan pisau untuk membolehkan dia melepaskan diri.

Bagaimanapun, nasib wanita yang tersepit itu tidak mempunyai kesudahan yang sama kerana dia diselamatkan oleh 12 anggota bomba. - Agensi

HM


Isnin, Jun 23, 2014

PANAS!!! JPJ DIDAKWA KOYAK GERAN ASAL KERETA



Hari yg malang. Bawa pembeli kereta tukar nama kat JPJ Pdg Jawa petang Jumaat. Sampai giliran kita, akak yg kat kaunter dah tarik muka pasal dah lewat masanya utk balik. Sbb ade 2 customers sekaligus tukar milik, Saya berulang alik antara 2 kaunter. Entah sbb dah lewat atau apa, lambat pulak proses tukar nama. Kemarahan akak nampak memuncak bila kita bagitau hakmilik bank tak tercetak pada geran. Kita minta tolong kat dia baik-baik tapi akak tak henti-henti marah tentang kelewatan masa kerjanya. Akhirnya masa bayar r/tax, kita tak cukup tunai, nak guna kad kredit bayar. Akak melenting pulak r/tax dah siap tak blh bayar kad sbb sistem dah tutup. Minta jugak kita cukupkan tunai utk bayar. Mulanya, saya minta akak simpankan r/tax tu hingga saya datang bayar hari Isnin memandangkan memang takde duit lebih. Lepas tu, saya fikir baik batal r/tax aje. Sebaik-baik saja saya bagitau akak batal, dia terus koyak r/tax & seterusnya geran kereta asal. Akak lain yg masih ada di kaunter & pegawai takde seorang pun bersuara tentang geran yg dikoyak. Saya tercegat kat sana tak tau nak buat apa.

Akhirnya, akak serah balik jugak geran tu tanpa apa-apa penjelasan. Bila I buka mulut tanya gantian geran baru, dia halau I dgn keras. " I tak mau tengok muka kamu kat sini lagi. I m suppose to be home now. U go! U go!"

Apa patut saya buat skrg? Lapor Pengarah JPJ?
Sebenarnya, kerenah pekerja kerajaan ni, kami dah paham dari dulu lagi. Samada dia tolong kita atau tidak aje. Brp lama kita perlu layani perangai mereka?

Bak kata pepatah Cina, " Undur selangkah ke belakang, penglihatan seluas laut, setinggi langit". Saya tak rasa sakit hati terhadap akak ni, malah I simpati terhadapnya. Dia masih belum memperolehi nikmat hidup yg bebas dgn adanya masalah perangai sebegini.

Sumber fb


PELAJAR TERSEPIT DALAM REPLIKA FARAJ



SEORANG pelajar dilaporkan telah terperangkap di dalam replika batu faraj gergasi di Tubingen, Jerman.

Pelajar pertukaran dari Amerika Syarikat itu tersepit pada marmar faraj gergasi itu ketika cuba memasuki ke dalamnya untuk merakam gambar pada Jumaat.

Berikutan itu, lima kenderaan yang dilangkapi 22 anggota bomba dikerah untuk membebaskan pelajar berkenaan.

Ketika mangsa tersepit, terdapat orang ramai yang merakam gambar dan menyebarnya di laman sosial sebagai kejadian yang memalukan.

Selain itu, pihak bomba juga menganggap tindakan lelaki terbabit sebagai memalukan apabila dia cuba memasuki faraj gergasi.

Faraj gergasi itu merupakan hasil seni seorang artis dari Peru, Fernando de La Jara dan telah berada Universiti Tubingen sejak 13 tahun lalu.

Replika yang dipanggil Pi-Chacan itu bermaksud berkasih-sayang. - metro.co.uk



Sumber: mstar

realitiabadi

Ahad, Jun 22, 2014

IBU REMAJA OKU DIKURUNG BUAT PENJELASAN


SEREMBAN- “Semua orang salahkan saya dan tuding jari ke arah saya menuduh saya tidak tahu menjaga anak dengan baik, tetapi mereka tidak tahu kesempitan hidup dan kesengsaraan yang saya alami.“

Saya sayangkan anak saya tetapi saya perlu bekerja dan menyara kehidupan dia, saya dan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun,” kata ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam sebuah bilik di Flat Semarak, Taman Semarak Fasa 2 di Nilai, semalam.

Remaja malang itu, Muhammad Firdaus Dullah, 15, ditemui Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman dalam operasi 6P bersepadu di kawasan flat berkenaan selepas melakukan pemeriksaan di rumah itu.

Ibu remaja itu yang kini isteri kedua dan mahu dikenali sebagai Lola, 40, berkata, dia bukan meninggalkan anak sulungnya yang menghidap penyakit celebral palsy itu tanpa jagaan dan tidak diberi makan, sebaliknya dia mendakwa meninggalkan makanan dalam bekas polisterin sebelum ke tempat kerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Katanya, waktu kerjanya yang tidak menentu menyebabkan dia tiada masa menguruskan Muhammad Firdaus dengan baik dan mahu anak lelakinya itu berdikari. “Apabila orang lihat keadaan dia, semua orang salahkan saya, tetapi adakah mereka mahu menjaganya sepanjang ketiadaan saya di rumah.

Tiada siapa yang sanggup menjaganya kerana dia cacat,” katanya sedih ketika tampil di pejabat The New Straits Times Press (M) Berhad, di sini, semalam.FAIZAL memeriksa keadaan kanak-kanak OKU yang ditinggalkan dalam sebuah bilik kotor dan busuk di Nilai. Gambar kecil, Lola ketika ditemubual wartawan.

Dia yang berasal dari Sabah berkata, Muhammad Firdaus adalah anak sulung hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya berusia 53 tahun dan berpisah sejak 14 tahun lalu sebelum berkahwin lain pada 2004 dan dikurniakan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun.

Menurutnya, sejak berpisah dengan bekas suami yang berasal dari Tawau, Sabah, dia tidak lagi berhubung dan tidak tahu di mana bekas suaminya itu tinggal dan bekerja.border-

Saya tidak pernah mendaftar anak saya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tidak tahu caranya dan terpaksa meninggalkannya sendirian kerana bekerja mencari wang,” katanya.

Apabila ditanya mengenai nasib anaknya selepas ini, Lola berkata, dia sudah membuat keputusan untuk menyerahkan anaknya itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Bukan saya tidak sayangkan dia, sebab saya sayangkan dia saya membuat keputusan itu. Saya fikir apa akan jadi pada Muhammad Firdaus jika saya mati nanti. Ajal maut di tangan Allah SWT, saya tidak tahu jadi saya perlu bersedia,” katanya. ~hmetro


LAWAK AHAD: HOI BABI!!! SLOW SIKIT!!!



Ada seorang awek , masa tu dia sedang berhenti ditepi jalan sambil melihat keadaan keretanya yang kemek. hari dah nak masuk magrib, dia menjadi semakin resah. Dah lah jalan tu sempit, lampu jalan tak de pulak.

Tiba-tiba datang sebuah motosikal datang dari arah bertentangan. Dah lah tak pasang lampu, tak pakai topi keledar.. laju pulak tu.. macam pelesit. Awek tu apa lagi, dia terus menjerit " Hoi.. Babiiiiiiiii....... Slow sikit....."

Bila mendengar laungan awek tu, apa lagi, penunggang motosikal tu pun menjerit balas .. "Celaka!!!!! F**k you!!!, Pu**mak kau!!!".." Bagerooo..." sedap jer cakap babi...."

Selang beberapa saat.. tiba-tiba terdengar satu dentuman yang kuat....Awek tadi berlari kearah bunyi dentuman tersebut.. Apabila sampai ke sana, kelihatan budak tu terpelanting dalam semak manakala motosikal nya remuk sama sekali.

Rupa-rupanya, dia dah langar babi yang telah dilanggar oleh awek tadi.

Moral of the Story : Hoi babi!!!!!!!! slow skit!!!! tu bukanya marah... tapi nak bagi tau jer....yang ada babi tergolek kat depan....hehehehehehe



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Sabtu, Jun 21, 2014

BANGKAI AYAM DITIKAM ATAS KATIL



SHAH ALAM - Pengerusi Pro Mahasiswa, Universiti Malaysia Sabah (UMSKAL) membuat laporan polis ekoran biliknya diceroboh dan diconteng dengan tulisan berbaur ancaman oleh individu tidak bertanggungjawab.

Jamhuri Mohamed mendakwa selain menerima mesej ugutan di dinding, bangkai ayam berlumuran darah yang ditikam dua bilah pisau turut dicampakkan ke atas katilnya.

Menurut Jurucakap Pro Mahasiswa UMSKAL, Hasnur Faridah Abbah, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 9 hingga 12 malam tersebut hanya disedari Jamhuri dan rakannya sebaik pulang dari menghadiri sebuah forum.

“Kejadian dianggarkan berlaku sekitar pukul 9 hingga 12 malam disedari Jamhuri dan rakannya menghadiri forum berkaitan dengan 16 mahasiswa yang dikenakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).

"Pro Mahasiswa UMSKAL cuma berharap peristiwa yang berlaku ini bukanlah disebabkan polemik pertembungan idealisme di antara mahasiswa kerana jelas perbuatan ini tidak menggambarkan imej seorang pelajar universiti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi mengelakkan insiden sama berulang, pihaknya menggesa pengurusan universiti campur tangan dan membantu siasatan termasuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas pesalah.

"Pihak Pro Mahasiswa menyeru kepada sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan tindakan yang bercanggah dengan moral manusia ini agar tampil ke hadapan dan memberi kerjasama dengan pihak berkuasa.

"Pihak pentadbiran universiti juga diharap dapat turut sama membantu dalam siasatan kes dan mengambil tindakan yang sewajarnya supaya kes sebegini tidak lagi berlaku pada masa hadapan yang boleh menjejaskan keselamatan mahasiswa," katanya lagi.


Sinarharian


Jumaat, Jun 20, 2014

CARA MENGUBAT HATI



Imam al-Ghazali ada memberi nasihat untuk membersih hati daripada penyakit yang memyebabkan seseorang itu merasa ria', bangga, ego dan sebagainya.

- Apabila kamu berjumpa dengan orang yang lebih tua hendaklah kamu mengatakan bahawa mereka lebih baik daripada kamu kerana mereka telah lama hidup dan telah banyak amalan yang mereka lakukan.

- Apabila kamu berjumpa dengan orang yang lebih muda atau kanak-kanak maka hendaklah kamu mengatakan bahawa mereka lebih baik daripada kamu kerana mereka baru sedikit melakukan dosa berbanding kamu yang lebih lama hidup dan lebih banyak dosa.

- Apabila kamu berjumpa dengan orang melakukan maksiat maka hendaklah kamu berkata bahawa mereka melakukan maksiat kerana jahil tentang dosa dan pahala sedangkan kamu melakukan maksiat sedangkan kamu mengetahuinya.


- Apabila kamu berjumpa ulama' atau orang alim maka kamu hendaklah mengatakan mereka lebih baik daripada kamu kerana mempunyai banyak ilmu sedangkan kamu kurang ilmu.

Albesuty

Khamis, Jun 19, 2014

1000 PENEROKA PRO FELDA BERDEMO DI PARLIMEN



Selepas demonstasi peneroka Felda yang menuntut lesen persendirian dari Lembaga Minyak Sawit Berhad (MPOB) di Parlimen semalam, satu kumpulan mengadakan demonstrasi balas di tempat sama hari ini.

Hampir 1,000 peneroka dan warga Felda berkumpul di sepanjang Jalan Parlimen sejak jam 9:40 pagi menunjukkan sokongan mereka kepada Felda dan mengutuk kumpulan peneroka yang berdemonstrasi semalam.

Membawa sepanduk bertemakan 'Untuk Apa Lesen MPOB' dan 'Kami Menyokong Felda' kumpulan ini mendesak agar Ahli Parlimen tidak melayan tuntutan mendapat lesen persendirian itu kerana Felda membeli hasil peneroka secara adil.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim bertemu dengan wakil kumpulan itu dan akan mengadakan sidang media bersama selepas ini.

Malaysiakini




Rabu, Jun 18, 2014

HYPPTV APA PUN TAK BOLEH



PELANGGAN HYPPTV PAKAI TAK TENGOK LA PIALA DUNIA 2014
SIA-SIA SAJA PAKAI HYPTV NI
APA PUN TAK BOLEH

ADA DUA SIARAN ASTRO HD KAT DALAM HYPPTV
TAPI KEDUA-DUANYA TAK SIAR PIALA DUNIA
CEKAP BETOI ASTRO MAIN

PELANGGAN ASTRO PUN KENA MAIN
KALAU TAK LANGGAN SUKAN 
MEMANG TAK BOLEH TENGOK LA GAME YANG BEST2
PASAI KAT ASTRO ARENA TU BUKAN SEMUA GAME DISIARKAN
KAH! KAH! KAH!

TV1 DALAM HYPPTV PULAK AKAN BERGELAP
MACAM BIASA BILA ADA SIARAN LANGSUNG BOLA
PHUIII!!!!!
BUKAN KAH RTM TV1 TU SIARAN PERCUMA KE?
FREE TO AIR UNTUK RAKYAT
APA PUN TAK BOLEH LA HYPPTV NI
SEMUA DAH KENA TIPU
KAH! KAH! KAH!





Isnin, Jun 16, 2014

SASARAN MALAYSIA LAYAK KE PIALA DUNIA 2014 DIKRITIK DI DEWAN RAKYAT



KUALA LUMPUR: Sebahagian Anggota Parlimen hari ini mengkritik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang gagal menunaikan janjinya apabila sasaran pasukan negara untuk layak ke Piala Dunia 2014 tidak menjadi kenyataan.

Perkara itu dibangkitkan Datuk Wan Khairil Anuar Wan Ahmad (BN-Kuala Kangsar) yang mempersoalkan kemampuan pasukan bola sepak negara yang masih gagal mencapai sasaran berkenaan ketika pertandingan berprestij itu sedang berlangsung di Brazil.

Menjawab pertanyaan itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, berkata beliau tidak mempunyai jawapan tentang perkara itu kerana sasaran terbabit diletakkan oleh FAM yang sepatutnya bertanggungjawab menjadikannya sebagai kenyataan.

Bagaimanapun, Khairy berkata, beliau yakin pasukan negara akan berupaya beraksi di Piala Dunia suatu masa nanti melalui program pembangunan bola sepak yang dilaksanakan kementeriannya, namun tidak mahu meletakkan sasaran khusus seperti FAM.

"Saya bukan Presiden FAM dan tidak boleh menjawab perkara ini, cuma kita berharap melalui pelan pembangunan bola sepak yang dilaksanakan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kita akan layak ke Piala Dunia, namun tidak mahu meletakkan sasaran bila? Nanti saya kena jawab pula nanti, macam hari ini," katanya dalam persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Khairy berkata:"Melalui pelan pembagunan ini kita kena bermula semula dari awal. Kita sudah bincangkan sebelum ini saiz bukanlah halangan, contohnya pasukan kegemaran saya Argentina pagi tadi masih mampu mencipta kemenangan walaupun saiz pemainnya tidak begitu besar."

Katanya, masalah yang dihadapi negara sehingga masih belum berupaya melayakkan diri ke Piala Dunia adalah disebabkan tidak memberi tumpuan kepada aspek pembangunan bola sepak.

Malah beliau yang pernah menjadi Timbalan Presiden FAM menyedari bahawa peruntukan untuk tujuan pembangunan bola sepak cukup kecil, begitu juga persatuan negeri lebih memberi tumpuan kepada soal pembayaran gaji pemain senior.

Sementara itu menjawab mengenai pembangunan infrastrukrur sukan bagi tujuan Sukan Malaysia (Sukma) yang berlangsung di Perlis baru-baru ini, beliau berkata ia tidak akan dijadikan gajah putih sebaliknya akan digunakan bagi pembangunan sukan khususnya melatih bakat baharu.

Katanya, sehingga kini hanya Kelantan saja yang belum menganjurkan Sukma kerana negeri itu tidak pernah mengemukakan permohonan penganjuran sukan terbabit yang boleh dijadikan sebagai batu loncatan pembinaan infrastruktur sukan peringkat negeri.

awani



Bisnes jual topup termurah

PASAI PA PEGAWAI JAKIM TAK JAMAH CADBURY?


Hanya blogger jamah Cadbury, pegawai JAKIM enggan


ASM pertahan imej JAKIM, tidak gentar dikecam



KUALA LUMPUR: “Kami tidak takut dikecam. Malah sanggup berdepan dengan mana-mana individu sekalipun.” Itulah pengakuan berani yang disuarakan Presiden Aktivis Siber Malaysia (ASM), Md Faisal Ahmad yang mempertahankan imej JAKIM susulan isu coklat Cadbury yang didakwa sebelum ini ada DNA babi.

Katanya pengguna harus mempercayai sepenuhnya keputusan status halal yang dikeluarkan JAKIM selaku pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil halal.

“Sebagai pengguna Islam, kami percaya dan yakin dengan keputusan tersebut kerana JAKIM tidak akan mengkhianati amanah dan kepercayaan yang diberikan khususnya kepada umat Islam.”

Tambahnya lagi kaedah ujian dan pensijilan halal oleh JAKIM mencukupi untuk mengesahkan status produk tersebut.

Ketika ditanya mengapa JAKIM tidak turut menjamah coklat Cadbury itu, tegas Md. Faisal pihak JAKIM tidak berhak untuk dipaksa berbuat demikian.

Dalam pada itu pihak Astro AWANI yang cuba untuk mendapatkan reaksi daripada wakil pegawai JAKIM berkenaan isu jamah Cadbury, gagal untuk mendapatkan beliau.

Dalam pada itu, penggiat media sosial menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar tampil memberi kenyataan mengapa keputusan ujian DNA babi ke atas dua produk coklat Cadbury iaitu Cadbury Dairy Milk Roast Almond dan Hazelnut dibiarkan utuk tempoh tiga bulan.

Menurut Md Faisal lagi, isu ini terjadi selepas KKM pada mulanya mengesahkan ada DNA babi pada awal Februari, namun membiarkan perkara ini sehingga 5 Mei.

“Kita juga mahu tahu mengapa KKM tidak menjalankan ujian kedua bagi mengesahkan penemuan awal, dalam penemuan kontroversi seperti ini adalah tidak wajar pihak Kementerian tidak membuat sebarang tindakan ujian lanjut dan berdiam diri sahaja.”

Katanya, tindakan itu bukan sahaja mengaibkan Malaysia sebagai peneraju hab halal yang menyumbang hampir tiga trillion ringgit setahun kepada negara, malah kepada seluruh kakitangan syarikat pengeluar jenama coklat terbesar dunia Cadbury.

Mereka ditemui pada Forum Sijil Halal Malaysia dan Kontroversi Cadbury: Satu Perspektif yang dihadiri penggiat media sosial yang lain.

Pada 23 Mei, produk coklat Cadbury iaitu Kacang Hazel 175 gram (kelompok 200813M01H I2 tarikh luput 13 Nov 2014) dan Buah Badam 175 gram (kelompok 221013N01R I1 tarikh luput 15 Januari 2015) telah dikesan mempunyai Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi atau porsin oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beberapa hari selepas itu, JAKIM membuat pengumuman bahawa dakwaan KKM sebelum ini mengenai penemuan DNA babi di dalam dua produk Cadbury itu adalah tidak benar dan mengesahkan kedua-dua produk itu sebagai halal.

awani


Ahad, Jun 15, 2014

LAWAK AHAD: GOSOK GIGI




Seorang doktor wanita yang cantik dari bandar melakukan satu kajian kesihatan di sebuah kampung. Ketika hampir semua penduduk kampung sudah berkumpul di dalam dewan itu, doktor wanita itu mula bertanya.

Doktor : Menjaga kesihatan haruslah dimulakan dengan kebersihan gigi.. Saya ingin tahu, berapa kali, pakcik-pakcik gosok gigi dalam sehari?

Pak cik Ali : (malu-malu) bagi pak cik, cukuplah sekali sehari…

Pakcik Rizal : Sekali sahaja? Saya 3 kali sehari.

Doktor : Bagus….bila masanya, pak cik menggosok gigi?

Pakcik Rizal : Pagi sebelum mandi. Petang, selepas balik dari sawah, dan malam, sebelum tidur.

Pak cik Azwan :3 kali sahaja sudah sombong…saya 12 kali!

Doktor : Wah… macammana pak cik gosok gigi sampai 12 kali?

Pak cik Azwan : Januari sekali, Februari sekali, March sekali, ….. blaa… blaa



Jumaat, Jun 13, 2014

GAMBAR POKOK KURMA BERBUAH LEBAT DI KB...APA KATA KITA GANTI POKOK GETAH PULAK DENGAN POKOK KURMA !!!













POKOK KURMA SESUAI DENGAN IKLIM DI MALAYSIA...............

Kota Bharu: Tujuh tahun lalu, penduduk bandar ini pelik melihat
beberapa pohon kurma yang ditanam pihak berkuasa tempatan namun kini
pohon sama menjadi tumpuan ramai apabila lebat berbuah.

Difahamkan
37 pokok itu ditanam Unit Landskap Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB)
sebagai tanaman hiasan untuk mengindahkan lagi bandar ini sejajar
gelaran Bandaraya Islam.

Satu lokasi yang mencuri perhatian
adalah di Bulatan Jam Besar berikutan kedudukannya di tengah-tengah
bandar menyebabkannya paling menonjol berbanding yang lain.

Setiausaha MPKB Rosnazli Amin berkata, pohon kurma dianggap tanaman hiasan yang paling sesuai berikutan cuaca di negeri ini.

Malah berikutan keunikannya, pokok itu turut dijadikan tanaman hiasan oleh jabatan dan agensi lain yang beroperasi di sini.

“Ia adalah sejenis pokok palma yang rimbun dengan daun yang lebat.

Sejak tahun lalu pohon di Bulatan Jam Besar sudah mula berbuah.

“Namun kali ini, ia semakin lebat sekali gus mencuri tumpuan semua pihak.

“Akhir Ramadan ini buahnya dijangka masak dan boleh dipetik untuk dimakan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Rosnazli
berkata, daripada 37 pokok itu, 10 daripadanya sudah berbuah namun
pihaknya menegah orang ramai memetiknya. Katanya, ia bagi memastikan
pokok terbabit kekal terjaga.

Bagaimanapun, pihak MPKB tidak melarang mana-mana pihak yang mahu menikmati kurma yang sudah gugur.
“Harap mereka tak petik di pokok, sebaliknya ambil yang sudah gugur di tanah.

Pohon ini tujuannya untuk indahkan Kota Bharu,” katanya.



Fadhilat Bulan Sya’ban – Hadis Sahih, Dhaif & Palsu. Malam Nisfu Sya’ban & Tukar Buku Rekod


Hadis-Hadis yang menyebut tentang Fadhilat Sya’ban.
بسم الله الرحمن الرحيم
Himpunan Maqalah Mengenai Sya’ban
KELEBIHAN SYA’BAN:
Antara Amalan & Fadhilat Yang Sahih dan Palsu.

Bulan Sya’ban merupakan bulan yang mulia, terletak di tengah-tengah antara dua bulan yang mulia, iaitu bulan Rajab yang merupakan salah satu bulan haram dan bulan Ramadhan merupakan bulan yang diwajibkan umat Islam berpuasa padanya.
Bulan Sya’ban terdapat beberapa kelebihan yang tersendiri sebagaimana yang disebut dalam hadis, namun banyak juga tersebar hadis yang dhaif atau maudhu’ (rekaan) tentang fadhilatnya, untuk menjelaskannya risalah ringkas ini ditulis, semoga menjadi panduan dan peringatan buat kita semua.
Terdapat hadis-hadis yang menyebut Nabi SAW banyak berpuasa pada bulan Sya’ban.
Kalau dikatakan, apakah hikmahnya memperbanyak berpuasa di bulan Sya’ban?
Maka jawapannya adalah perkataan Al-Hafiz Ibn Hajar:
“Yang lebih tepat apa yang diriwayatkan oleh Nasa’i dan Abu Daud serta disahihkan oleh Ibnu Khuzaimah dari Usamah bin Zaid, dia berkata, saya bertanya:
“Wahai Rasulullah, saya tidak melihat tuan (sering) berpuasa dalam satu bulan seperti tuan berpuasa di bulan Sya’ban?”
Baginda bersabda: “Itu adalah bulan yang kebanyakan orang melalaikannya yaitu antara Rajab dan Ramadhan. Yaitu bulan yang di dalamnya di angkat amalan-amalan kepada Allah, Tuhan seluruh Alam. Maka aku ingin amalanku diangkat, sedang aku dalam keadaan berpuasa.” [Dinyatakan hasan dalam Sahih An-Nasa’i, no. 2221].
Adalah mendukacitakan, ramai yang tidak berdisiplin dalam memetik hadis-hadis Nabi s.a.w tanpa mengira kethabitan iaitu kepastian tentang ketulenan sesebuah hadis, juga tidak meneliti takhrij dan tahqiq (keputusan) para ulama hadis terhadap kedudukannya. Lebih teruk lagi jika terus disebarkan kepada masyarakat tanpa menjelaskan kedudukannya.
Dengan itu apa-apa sahaja yang mereka temui daripada buku bacaan, yang dikatakan hadis maka mereka terus sandarkan kepada Nabi s.a.w. tanpa usul periksa, sedangkan mereka lupa akan amaran yang diberikan oleh baginda Nabi s.a.w. dalam hadis yang yang diriwayatkan oleh Al-Mughirah bin Syu’bah:
إنَّ كذبًا عليَّ ليس ككذِبٍ على أَحَدٍ،
من كذبَ عليَّ متعمدًا فليتبوَّأْ مقعدَهُ من النارِ. (رواه البخاري)
“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.”
(Riwayat al-Bukhari, Muslim).
Ini termasuk menyebut Nabi s.a.w. bersabda sesuatu yang baginda tidak pernah bersabda, atau berbuat, atau mengakui sesuatu yang Baginda tidak pernah melakukannya.
Hadis palsu ialah: “Hadis yang disandarkan kepada Nabi s.a.w. secara dusta, ia tidak ada hubungan dengan Nabi s.a.w.” [lihat: Nur al-Din Itr, Manhaj al-Nadq fi ‘Ulum al-Hadis, m.s.301, cetakan: Dar al-Fikr al-Mu‘asarah, Beirut].
Bukan sahaja membuat hadis palsu itu haram, bahkan meriwayatkannya tanpa diterang kepada orang yang mendengar bahawa ia adalah hadis palsu juga adalah sesuatu yang haram.
Contohnya, apabila muncul bulan Rejab dan Sya’ban maka hadis-hadis palsu mengenainya akan dibaca dan diajar secara meluas. Ramai penceramah, imam, khatib dan media massa menyebarkan hadis-hadis palsu mengenai amalan-amalan yang dikatakan disunatkan pada bulan-bulan tersebut.
Antaranya hadis: “Rejab bulan Allah, Sya’ban bulanku dan Ramadan bulan umatku.”
Begitu juga semua hadis mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu dan malam Nisfu Sya’ban adalah dusta ke atas Nabi s.a.w (kesemuanya adalah PALSU).
Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H): “Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada Jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w”.
Sebenarnya hadis sahih mengenai kebaikan malam Nisfu Sya’ban itu memang ada, tetapi amalan-amalan tertentu khas pada malam tersebut adalah palsu.
Kelebihan Khas Malam Nisfu Sya’ban:
Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Sya’ban ialah:
عن أبي موسى الأشعري عبدالله بن قيس:
((إنَّ اللهَ لَيَطَّلِعُ في ليلةِ النِّصفِ من شعبانَ، فيَغفِر لجميعِ خلقِه إلا لمشركٍ أو مُشاحنٍ)).
“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sya’ban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) [HR Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain. Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah. jilid 3, m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma‘arf, Riyadh].
Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan khas tertentu pada malam tersebut bukan daripada ajaran Nabi s.a.w.
Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam menjawab soalan berhubung dengan Nisfu Sya’ban:
“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam Nisfu Sya’ban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid.
Mereka membaca surah Yasin dan solat dua rakaat dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca doa yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi‘in dan tabi’ tabi‘in). Ia satu doa yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan sunah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya.
Perhimpunan (malam Nisfu Sya’ban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bidaah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas.
Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidaah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidaah, dan setiap yang bidaah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka”. [Dr. Yusuf al-Qaradawi, fatawa Mu‘asarah jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut].
Inilah kenyataan Dr. Yusuf al-Qaradawi, seorang tokoh ulama umat yang sederhana dan dihormati. Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah (seorang ulama hadis al-Azhar): “Masih ada para penceramah yang tidak ada ilmu hadis, sama ada ilmu riwayat atau dirayah (mengenai teks hadis).
Mereka hanya membaca hadis yang mereka hafal dan memetiknya tanpa mengetahui dan cuba memastikan kedudukan hadis tersebut.
Saya menyeru diri sendiri, para penceramah, ustaz-ustaz, media elektronik dan cetak, bahkan semua pihak yang membaca sesuatu hadis memastikan kesahihannya dahulu. Semoga Rejab dan Sya’ban tahun ini tidak dibaluti dengan pembohongan terhadap Nabi s.a.w. [Sumber: http://drmaza.com/home/?p=646]
HADIS-HADIS YANG LEMAH DAN PALSU TENTANG NISFU SYA’BAN
Berikut adalah beberapa contoh hadis-hadis lemah dan palsu tentang fadhilat malam Nisfu Sya’ban.
HADIS PERTAMA:
Daripada ‘Aisyah r.a, dia berkata: “Pada suatu malam saya kehilangan Rasulullah s.a.w. lalu saya keluar, ternyata baginda berada di Baqi’, lalu Rasulullah bersabda:
“Apakah kamu takut padahal Allah dan Rasul-Nya melindungimu?”
Saya (‘Aisyah) jawab: Ya Rasulullah, saya mengira engkau mendatangi sebahagian isterimu (yang lain).”
Baginda bersabda: “Sesungguhnya pada malam Nisfu Sya’ban Allah turun ke langit dunia lalu mengampuni lebih banyak dosa daripada banyaknya bulu kambing Bani Kalb.” [Hadis Riwayat Imam Ahmad, Imam Tirmidzi. “Dhaif Jiddan”].
HADIS KEDUA:
Daripada ‘Ali bin Abi Talib r.a, dia berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jika datang malam Nisfu Sya’ban, maka bangunlah pada malam harinya (untuk bersolat) dan berpuasalah pada waktu siangnya. Sesungguhnya pada saat itu sejak tenggelamnya matahari, Allah turun ke langit dunia seraya berfirman: “Ketahuilah, sesiapa yang meminta keampunan, maka Aku akan mengampuninya dan ketahuilah sesiapa yang meminta rezeki maka Aku akan memberinya, ketahuilah sesiapa yang sakit maka aku akan menyihatkannya, ketahui sesiapa yang begini aku akan begitu hingga terbit matahari. [Hadis riwayat Ibnu Majah – “Maudhu’”].
HADIS KETIGA:
“Wahai ‘Ali, sesiapa yang solat seratus rakaat pada malam Nisfu Sya’ban, pada setiap rakaat membaca surah al-Fatihah dan Qul huwallahu ahad 10 kali, Nabi s.a.w. bersabda: “Ya ‘Ali, tidaklah seorang hamba yang solat seperti ini kecuali Allah akan memenuhi setiap setiap keinginan dan permintaanya pada malam itu…
Komentar: Hadis ini adalah maudhu’ (palsu) sebagaimana dinyatakan Ibn al Jauzi di dalam al-Maudhu’aat, Ibn al Qayyim di dalam al-Manar al-Munif, al-Suyuthi di dalam al-Lali al-Masnu’ah.
HADIS KEEMPAT:
“Sesiapa solat dua belas rakaat pada malam Nisfu Sya’ban dengan membaca pada setiap rakaatnya Qul huwallahu ahad 30 kali, tidak keluar hingga melihat tempat duduknya di syurga…”
Komentar: Hadis ini adalah maudhu’ (palsu) sebagaimana dinyatakan Ibn al Jauzi di dalam al-Maudhu’aat, Ibn al Qayyim di dalam al-Manar al-Munif, al-Suyuthi di dalam al-Laali al-Masnu’ah.
Perhatian: Antara buku yang mengumpul hadis palsu tentang kelebihan bulan-bulan ialah buku: (Kelebihan Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Ustaz Budiman Radhi).
Tukar Rekod Amalan:
Masyhur juga di kalangan masyarakat bahawa pada malam nisfu Sya’ban itu ditentukan (taqdir) apa yang akan terjadi tahun itu.
Ini adalah khabar yang batil. Malam penentuan takdir kejadian selama setahun itu ialah pada malam (Lailatul Qadar).
Allah Ta’ala berfirman, maksudnya:
{Ha mim. Demi Kitab (al Qur’an) yang menjelaskan. Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.} [Ad-Dukhan:1-4)
Malam diturunkannya al-Qur’an adalah malam Lailatul Qadar. Allah Ta'ala berfirman, maksudnya:
{Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan.} [Al-Qadr:1].
Iaitu pada bulan Ramadhan, kerana Allah Ta’ala menurunkan al-Qur’an pada bulan itu.
Allah Ta’ala berfirman, maksudnya:
{Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Qur’an.} [Al-Baqarah/2:185].
Berkata Al-Hafiz Ibnu Kathir rahimahullah:
“Sesiapa yang mengatakan bahawa malam nisfu Sya’ban adalah waktu Allah Ta’ala menentukan apa yang akan terjadi dalam tahun itu bererti dia telah menyalahi kandungan al-Qur’an.
أحاديث ضعيفة واردة في شهر شعبان. أبو عبدالله المصري
الحديث الأول: “كان رسول الله -صلى الله عليه وسلم- يصوم ثلاثة أيام من كل شهر فربما أخرَّ ذلك حتى يجتمعَ عليه صوم السنة فيصوم شعبان”.
وهذا الحديث ضعيف أخرجه الطبراني في الأوسط عن عائشة -رضي الله عنها-، قال الحافظ في الفتح: فيه ابن أبي ليلى ضعيف.
الحديث الثاني: “كان إذا دخل رجب، قال: اللهم بارك لنا في رجب وشعبان، وبلغنا رمضان”.
والحديث رواه البزار،والطبراني في الأوسط، والبيهقي في فضائل الأوقات، عن أنس -رضي الله عنه-، وقد ضعفه الحافظ في تبين العجب، وقال: فيه زائدة بن أبي الرُّقَاد، قال فيه أبو حاتم يحدث عن زياد النُّمَيْرِي، عن أنس بأحاديث مرفوعة منكرة، فلا يُدرى منه أو من زياد، وقال فيه البخاري: منكر الحديث، وقال النسائي في السنن لا أدري من هو، وقال ابن حبان لا يُحتج بخبره.
الحديث الثالث: عن أبي هريرة-رضي الله عنه- أن رسول الله -صلى الله عليه وسلم- لم يصم بعد رمضان إلا رجب وشعبان.
وقد حكم عليه الحافظ ابن حجر-رحمه الله-في تبين العجب بالنكارة من أجل يوسف بن عطية، فإنه ضعيف جدا.
الحديث الرابع: رجب شهر الله، وشعبان شهري، ورمضان شهر أمتي.
وهذا الحديث باطل موضوع، قال فيه الحافظ -رحمه الله- في تبين العجب رواه أبو بكر النقاش المفسر، وسنده مركب، ولا يعرف لعلقمة سماع من أبي سعيد، والكسائي المذكور في السند لا يُدرى من هو، والعهدة في هذا الإسناد على النقاش، وأبو بكر النقاش ضعيف متروك الحديث قاله الذهبي في الميزان.
قلت وقد جاء هذا اللفظ ضمن حديث طويل في فضل رجب، وفي حديث صلاة الرغائب حكم عليهما الحافظ-رحمه الله- بالوضع في تبين العجب، وجاء من طريق آخر بلفظ: (شعبان شهري، ورمضان شهر الله) عند الديلمي في مسند الفردوس عن عائشة -رضي الله عنها-، وفيه الحسن بن يحي الخشني، قال الذهبي تركه الدارقطني، وقد ضعف الحديث السيوطي والألباني-رحم الله الجميع-.
الحديث الخامس: خيرة الله من الشهور، وهو شهر الله، من عظم شهر رجب، فقد عظم أمر الله، أدخله جنات النعيم، وأوجب له رضوانه الأكبر، وشعبان شهري، فمن عظم شهر شعبان فقد عظم أمري، ومن عظم أمري كنت له فرطا وذخرا يوم القيامة، وشهر رمضان شهر أمتي، فمن عظم شهر رمضان وعظم حرمته ولم ينتهكه وصام نهاره وقام ليله وحفظ جوارحه خرج من رمضان وليس عليه ذنب يطالبه الله تعالى به.
حكم الحافظ -رحمه الله- في تبين العجب بالوضع، وقال: قال البيهقي: هذا حديث منكر بمرة، قلت (أي الحافظ-رحمه الله-): بل هو موضوع ظاهر الوضع، بل هو من وضع نوح الجامع وهو أبو عصمة الدين، قال عنه ابن المبارك لما ذكره لوكيع: عندنا شيخ يقال له أبو عصمة، كان يضع الحديث، وهو الذي كانوا يقولون فيه: نوح الجامع جمع كل شئ إلا الصدق وقال الخليلي: أجمعوا على ضعفه.
الحديث السادس: فضل رجب على سائر الشهور كفضل القرآن على سائر الأذكار، وفضل شعبان على سائر الشهور كفضل محمد على سائر الأنبياء، وفضل رمضان على سائر الشهور كفضل الله على عباده.
وحكم الحافظ -رحمه الله- على الحديث بالوضع،وقال: السقطي هو الآفة، وكان مشهورا بوضع الحديث، وتركيب الأسانيد.
الحديث السابع: تدرون لم سمي شعبان؛ لأنه يُتَشَعَّبُ فيه لرمضان خير كثير، وإنما سمي رمضان؛ لأنه يرمض الذنوب أي يذيبها من الحر.
حكم السيوطي-رحمه الله- على هذا الحديث بالوضع، والحديث رواه أبو الشيخ من حديث أنس، وفيه زياد بن ميمون وقد اعترف بالكذب.
الحديث الثامن: أفضل الصوم بعد رمضان شعبان لتعظيم رمضان، وأفضل الصدقة صدقة في رمضان.
والحديث رواه الترمذي والبيهقي في الشعب، عن أنس-رضي الله عنه-، وقال الترمذي: غريب، وضعفه السيوطي والألباني-رحم الله الجميع- والحديث فيه صدقة بن موسى، قال الذهبي في المهذب صدقة ضعفوه، ويزاد على هذا أن في متنه نكارة؛ لمخالفته ما جاء في صحيح مسلم وغيره من حديث أبي هريرة-رضي الله عنه- مرفوعا :“أفضل الصيام بعد رمضان شهر الله المحرم………الحديث”.
الحديث التاسع: عن عائشة، قالت: كان رسول الله-صلى الله عليه وسلم- يصوم حتى نقول لا يفطر، ويفطر حتى نقول لا يصوم، وكان أكثر صيامه في شعبان، فقلت يا رسول الله: مالي أرى أكثر صيامك في شعبان، فقال: يا عائشة إنه شهر ينسخ لملك الموت من يقبض، فأحب أن لا ينسخ اسمي إلا وأنا صائم.
قال ابن أبي حاتم في علل الحديث: سألت أبي عن حديث…………. (وذكر الحديث) قال أبي: هذا حديث منكر.
قلت وأول الحديث ( كان…..إلى…لا يصوم) قد جاء في الصحيحين من حديث أم المؤمنين عائشة -رضي الله عنها-، وقولها -رضي الله عنها- (وكان أكثر صيامه في شعبان) جاء بمعناه في هذا الحديث، ويقصد أبو حاتم-رحمه الله- بالنكارة الجزء الأخير من الحديث (فقلت…إلى آخره).
هذا وأسأل الله أن ينفعني وإياك، وأن يجعل أعمالنا كلها في ميزان حسناتنا، إن الله على كل شئ قدير.
وصلى الله وسلم على نبينا محمد و على آله وصحبه وسلم، والحمد لله رب العالمين.
شهر شعبان – د. مهران ماهر عثمان
ما صح وما لم يصح في شعبان – ماجد إسلام البنكاني
Akhukum,
Abu Anas Madani, PSD. 4 Sya’ban 1434H – 13 Jun 2013.