Ahad, Ogos 31, 2014

LAWAK AHAD: AIR LIUR


Seorang cikgu wanita yang tengah asyik mengajar mata pelajaran matematik di kelas 2 berlian terhenti setelah melihat telatah seorang anak muridnya..
Dia melihat budak tu meludah atas tangan dan gosok2 kat kepala dia..
Disebabkan perasaan yg penuh curiga dan pelik, cikgu itu terus pergi ke muridnya itu dan bertanya..

Cikgu : Ahmad, kamu ni dari tadi cikgu tengok asyik meludah atas tangan dan terus kamu sapukan ke kepala !!
Kenapa..?

Murid : Ermm.. Matematik nih susah sgt la cikgu..
Cikgu : Dah tu, kenapa kamu buat macam tu pulak..?

Murid : senang sikit nak masuk cikgu..
Cikgu : Apa maksud kamu..?
Cikgu tak paham..

Murid : Camni cikgu..
Semalam saya terbangun dari tidur sebab nak pergi kencing..
Saya lalu kat bilik parents saya..
Saya terdengar suara mak saya time lalu tu..

Cikgu: Mak awak cakap ape..?
Murid : Mak cakap...
"ABG, KALO SUSAH NAK MASUK, SAPU LA SIKITT AIR LIUR KAT KEPALA TU..
BARU LAH SENANG MASUK.."
Haaa... Tu sebab la saya sapu air liur kat kepala saya cikgu.....

Sabtu, Ogos 30, 2014

RAIS YATIM CADANG BUAT 'FACEBOOK' SENDIRI


Rais: K'jaan perlu kuasa sekat laman sosial.


Malaysia boleh mewujudkan laman sosial 'Facebook' sendiri seperti yang diperkenalkan China untuk rakyatnya dalam usaha mengawal kenyataan berbau hasutan atau mengganggu gugat ketenteraman awam, kata Penasihat Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan kepada kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim.

Selain itu, Rais yang juga bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berkata pihak berkuasa juga perlu diberikan kuasa menyekat saluran laman sosial itu untuk suatu jangka masa tertentu, sehingga siasatan dilakukan terhadap individu terbabit.

"Secara rasmi pernah saya kemukakan cadangan ini kepada kerajaan dan peguam negara. Ia terserah kepada mereka.

"Apa yang berlaku dan dilakukan oleh China setakat mewujudkan Facebook mereka sendiri, boleh kita buat, bukan tidak boleh. Ataupun mengambil langkah-langkah pencegahan yang cepat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap dalam program penghayatan kemerdekaan, anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, sempena sambutan Kemerdekaan ke-57, semalam.

Rais yang juga Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkata perkara itu juga perlu dikaji dengan segera kerana aktiviti siber sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian namun pangkalan laman sosial dikawal negara lain.

"Jadi hal ini perlu dikaji dengan cepat supaya kita tidak jadi mangsa kepada mereka (pengendali laman sosial) yang begitu berkuasa," katanya.

Menurutnya, walaupun Seksyen 3, Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 atau Akta Ketenteramaan Awam boleh digunakan terhadap seseorang yang mengeluarkan kenyataan berlebihan, namun proses mahkamah mengambil masa yang agak lama dan rakyat mungkin hilang keyakinan terhadap kerajaan.

Dalam pada itu Rais juga meminta parti politik, pihak swasta, badan bukan kerajaan, sekolah, maktab serta sektor perkhidmatan awam memainkan peranan masing-masing dalam menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat negara ini.

Katanya cara mudah untuk menonjolkan semangat cintakan negara adalah melalui mengibarkan bendera Malaysia sempena sambutan Hari Kemerdekaan pada Ahad.

- Bernama




Jumaat, Ogos 29, 2014

21 TANDA PEROLEHI HAJI MABRUR



Haji Mabrur adalah haji yang diterima oleh Allah سبحانه وتعالى. Tanda-tandanya banyak. Di antaranya adalah hendaknya nafkah (sumber kos) haji tersebut dari hasil usaha yang halal kerana nafkah menjadi kunci penting dalam kehidupan manusia, terlebih lagi dalam urusan haji.



Bahkan disebutkan bahawa jika seseorang naik haji dengan kos dari hartanya yang halal, maka akan ada penyeru yang berseru, “Bekalmu halal dan kenderaanmu halal, maka hajimu pun mabrur.” Adapun jika dia berangkat haji dari harta yang haram, maka penyeru tadi akan berseru, “La labbaika wala sa’daika” (Bekalmu haram dan nafkahmu haram, maka hajimu tertolak tidak mendapat ganjaran.) Atau dengan seruan yang semakna. Jadi, di antara tanda-tanda haji mabrur adalah jika dikerjakan dengan kos dari nafkah dan usaha yang halal.



Begitu juga, di antara tanda-tandanya adalah jika orang yang berhaji mengerjakan manasiknya sesuai dengan tata cara yang disyari’atkan dan dikehendaki tanpa mengurangkan sedikitpun dan menjauhi segala larangan Allah سبحانه وتعالى di sepanjang mengerjakan haji.



Di antara tanda-tandanya pula adalah jika orang yang berhaji itu kembali dalam keadaan pengamalan agamanya lebih baik daripada sebelum berangkat, iaitu dia kembali dalam keadaan bertaubat kepada Allah سبحانه وتعالى, istiqamah (konsisten) dalam menjalankan ketaatan-ketaatan kepada-Nya, dan terus-menerus dalam keadaan seperti itu. Dengan begitu, hajinya menjadi titik tolak baginya kepada kearah kebaikan, dan selalu menjadi peringatan baginya untuk memeperbaiki jalan hidupnya.

.

Para ulama telah membuat kesimpulan tanda-tanda bila seseorang jemaah haji mendapat “HAJI MABRUR” yang antara lain adalah :

1) Haji Mabrur itu hanya Allah سبحانه وتعالى sahaja yang menentukannya. Tetapi ada tanda-tandanya.

2) Setiap jemaah haji hendaklah membetulkan “niatnya” untuk mendapatkan haji mabrur
sebelum berangkat ke TANAH SUCI.

3) Wang atau belanja yang digunakan untuk menunaikan haji, adalah dengan wang yang halal, kerana Allah سبحانه وتعالى itu tidak menerima kecuali yang halal lagi baik.

4) Niat hajinya ikhlas semata-mata untuk Allah سبحانه وتعالى bukan untuk mendapat gelaran haji dan sebagainya.

5) Seseorang itu ternampak perubahan pada sikap, wajah, akhlak dan cara hidupnya apabila ia kembali dari tanah suci Makkah dan Madinah.

6) Amal ibadatnya bertambah baik dan ia rajin melakukannya berbanding sebelumnya.

7) Seseorang itu tidak lalai dan cuai melakukan amal ibadat kepada Allah سبحانه وتعالى.

8) Seseorang itu terus menjaga solatnya dengan baik dan sentiasa berjemaah di setiap waktu.

9) Dia menjadi seorang yang berakhlak baik seperti bertawaduk, merendah diri, husnuzon, tolong menolong, dermawan, bercakap benar, amanah, jujur, bersedekah dan akhlak-akhlak terpuji.

10) Ibadat hajinya dapat membentuk dan membina akhlak serta peribadi dan cara hidupnya sepanjang hari.

11) Dia menjadi seorang yang benar-benar mukmin sejati dan bertakwa kepada Allah سبحانه وتعالى.

12) Ibadat hajinya memberi kesan positif terhadap sikap dan tingkah lakunya dari segi perjuangan, kegigihan, keadilan dan sebagainya.

13) Seseorang itu selalu mengerjaka ibadat puasa dan puasa-puasa sunat serta ibadat-ibadat lain.

14) Waktu atau semasa mengerjakan haji, dia bercakap-cakap baik dan suka menolong orang, tidak membuat perkara-perkara yang dilarang, serta menyempurnakan rukun-rukun haji, wajib-wajib haji, dan meninggalkan perkara-perkara maksiat.

15) Dia terus meninggalkan apa-apa sahaja perkara maksiat dan dosa apa lagi perkara-perkara makruhpun terus dijuhinya dalam hidupnya sehari-hari.

16) Sifat-sifat jahat dan keji seperti tamak, hasad, dengki, riak, takabur, angkuh, suuzon, bakhil, membazir, boros dan sebagainya terus ditinggakan dalam urusan kehidupannya.

17) Kalau dahulu dia seorang penjudi, pemabuk, penzina, dan sebagainya, tetapi sekarang dia terus meninggalkannya sama ada dosa kecil dan dosa-dosa besar.

18) Di kalangan wanita pula, kalau dahulu dia sering mendedahkan aurat, tetapi sekarang dia terus menutup auratnya sebagaimana dituntut oleh agama Islam.

19) Kesan daripada “Haji Mabrur” yang diterima Allah سبحانه وتعالى itu, seseorang yang baik akan bertambah baik baik lagi dalam urusan hidupnya sehari-hari.

20) Seseorang jemaah untuk mendapat haji mabrur, hendaklah menghayati firman Allah سبحانه وتعالى secara mendalam:

فَمَن فَرَضَ فِيهِنَّ الْحَجَّ فَلَا رَفَثَ وَلَا فُسُوقَ وَلَا جِدَالَ فِي الْحَجِّ ۗ

“Sesiapa yang telah mewajibkan dirinya dengan niat mengerjakan Ibadah Haji itu, maka janganlah melakukan persetubuhan, perkara-perkara fasik (perkara yang dilarang), dan jangan melakukan pergaduhan atau pertengkaran dalam masa mengerjakan haji itu.” (Surah Al-Baqarah Ayat 197)

21) Daripada Abu Hurairah, Nabi ﷺ bersabda:

والْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلاَّ الْجَنَّةُ

“Haji Mabrur” itu tiada balasan (ganjarannya), melainkan syurga.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

.

Ciri-ciri orang yang memperolehi haji mabrur adalah menyebarkan kedamaian, meningkatkan ibadah, dan meninggikan sifat pemurah dan ikhlas hati.

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Shafiqolbu





Selasa, Ogos 26, 2014

RUSIA DAKWA SIASATAN KES MH17 TIDAK TELUS

MOSCOW: Rusia telah menuduh pihak penyiasat antarabangsa sebagai 'kurang telus' apabila mereka gagal mendedahkan butiran siasatan ke atas pesawat Penerbangan Malaysia MH17 yang ditembak jatuh di Ukriane, Julai lalu.

Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov menyoal kenapa rakaman kotak hitam pesawat tersebut tidak diedarkan kepada umum sehinggakan beliau membuat tanggapan bahawa orang ramai telah 'hilang minat' terhadap siasatan tersebut.

Menurut laporan, pihak penyiasatan Belanda yang mengetuai siasatan telah memaklumkan pada awal bulan ini bahawa mereka akan mendedahkan laporan awal siasatan 'beberapa minggu lagi'.

"Tiada siapa memberitahu kita apa-apa (sebab) yang masuk akal tentang mengapa rakaman kotak hitam tidak boleh didedahkan sepenuhnya," kata Lavrov pada taklimat menerusi televisyen di Moscow.

Beliau turut menyoal mengapa Ukraine belum memberikan rakaman perbualan antara kawalan trafik udara di lapangan terbang berdekatan Dnepropetrovsk.

Katanya, Rusia telah menghubungi Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), yang menubuhkan pasukan petugas berhubung kemalangan pesawat itu, namun ujarnya "setakat ini tiada apa-apa yang telus juga dapat dilihat di sana."

Lavrov merasakan bahawa siasatan gagal mencari bukti penglibatan Rusia dalam kejadian penembakan pesawat itu bulan lepas kerana ia terbang di ruang udara wilayah yang dikuasai pemberontak di timur Ukraine.

Beliau berkata, mereka yang dahulunya 'kecoh' membuat tuduhan terhadap Rusia dan pemberontak, kini senyap.

Pencarian mangsa di lokasi kemalangan telah ditangguh sejak awal Ogos atas faktor keselamatan kerana pihak penyiasat tidak dapat meneruskan pencarian di lokasi yang terlibat dengan pertempuran itu.

Pada 17 Julai lalu, pesawat MH17 telah ditembak jatuh di daerah bergolak Donetsk ketika pesawat tersebut dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membunuh 298 penumpang dan anak kapal.

Kotak hitam pesawat telah dihantar ke Farnborough di Britain untuk diperiksa Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara.


awani

Isnin, Ogos 25, 2014

VIDEO PENCURI DI MASJID MAKAN KIPAS ANGIN






Sedap betul pencuri dalam masjid ni makan kipas angin keh3. Ape pendapat anda tentang video ni?

More : Sukan Star TV


PENERBANGAN PALING EMOSI



SEPANG: Ketua Juruterbang Datuk Kapten Missman Leham menyifatkan tugasan membawa pulang 20 jasad tragedi Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang tiba di tanah air pada Jumaat lalu adalah 'penerbangan paling sukar' baginya sejak menyertai MAS 33 tahun lalu.

Missman berkata, penerbangan selama 12 jam itu juga adalah penerbangan paling emosi buatnya kerana beliau tahu siapakah 'penumpang' istimewa pesawat khas MH6129 selain mengenali secara peribadi sebahagian mereka.

"Dua, tiga hari sebelum berlepas sudah rasa sedih, sebab kita tahu ini penerbangan paling penting dan dinantikan ramai, khususnya kepada waris mangsa," katanya semasa ditemui selepas istiadat penghormatan jenazah tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Missman bersyukur kerana penerbangan yang membawa 20 jasad itu dimudahkan, bukan sahaja dari sudut cuaca yang baik, namun mendapat kerjasama daripada semua negara yang dilaluinya.

Foto
PENERBANGAN selama 12 jam itu adalah penerbangan paling emosi buat Missman. FOTO Khairull Azry Bidin


Katanya setiap negara yang dilalui memberi penghormatan tinggi kerana mengetahui pesawat itu membawa muatan penting.

"Contohnya seperti di Iran. Lazimnya apabila melintasi negera itu, mereka akan meminta 'entry number' tetapi kali ini awal-awal lagi mereka sudah maklumkan kita.

"Mereka beritahu tidak perlu entry number, pesawat boleh teruskan penerbangan. Mereka selalunya begitu tegas dalam hal ini," katanya.

Mengimbas kenangan mengemudikan pesawat itu, Missman berkata, beliau tidak putus-putus menyedekahkan al-Fatihah kepada mangsa beragama Islam dan bertafakur untuk agama lain.

"Sebelum memulakan penerbangan, saya sempat 'berjumpa' dengan mereka (jasad). Saya cakap kepada Hakimi (pembantu juruterbang MH17 Ahmad Hakimi Hanapi) dan rakan-rakan, kami akan bawa kamu balik. Kamu akan berjumpa dengan orang yang dikasihi," katanya.

Pada penerbangan itu, Missman dibantu Kapten Bakri Othman dan Kapten Zaim Khalid serta pegawai penerbangan Yap Yoon Kong.

Ditanya apakah yang menyebabkan beliau dipilih untuk memikul tanggungjawab itu, Missman berkata ia berkemungkinan kerana MAS mahu juruterbang senior untuk mengemudi pesawat itu.

Sejak diarahkan, Missman tidak putus-putus berdoa supaya penerbangan itu berjalan lancar dan tidak menghadapi masalah.
"Alhamdulillah, doa itu dimakbulkan," katanya.

Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas pada 17 Julai lalu, selepas ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine.

Seramai 43 rakyat Malaysia terbunuh dalam insiden itu. - Bernama

HM


Ahad, Ogos 24, 2014

LAWAK AHAD: WASIAT



Ramasamy terbaring atas katil wad ICU.. Dia mahukan nurse yg merawatinya berada brsamanya utk jadi saksi kpd wasiatnya..

Isternya..anak prmpuan n dua anak lelakinya juga brada di tepi katilnya..

"Jadi", Ramasamy brkata kpd mrk:

"Lingam, aku mau kau ambik rumah2 sekitar Jalan Duta ..."

"Saraswathy, kamu ambik alih apartment2 di kwsn Kota Damansara Place..."

"Jega, aku mahu kau ambik alih ruang pjbt2 di KL Central...."

"Letchumany, isteri ku syg..tlg ambik semua taman2 perumahan kwsn Downtown."

Nurse tsbt rasa trkejut dgn wasiat itu dan bila Ramasamy mnghembus nafasnya trakhir..dia brkata kpd Letchumany..

"Mrs. Letchumany, suami awk mesti seorg yg berusaha gigih dan bnyak mnjana harta.."

Letchumany mnjwb, "Tarrak la aci.. suratkhabar kasi antar saja.."LAWA


Jumaat, Ogos 22, 2014

CARA BERTAUBAT YANG BETUL


Taubat berasal dari kata "tawaba" dalam bahasa Arab menunjukkan makna pulang dan kembali. Sedangkan taubat kepada Allah SWT berarti pulang dan kembali ke haribaan-Nya serta tetap di pintu-Nya.

Maksud taubat adalah kembali kepada Allah setelah melakukan maksiat atau dosa. Taubat marupakan rahmat Allah yang diberikan kepada hambaNya agar mereka dapat kembali kepada-Nya. Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang-orang Yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah Dengan " taubat Nasuha", Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang Yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba Dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! sempurnakanlah bagi Kami cahaya kami, dan Limpahkanlah keampunan kepada kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu". (At-Tahrim : 8)

Al-Hafizh Ibnu Katsir berkata dalam kitab tafsirnya :

"Artinya adalah, taubat yang sebenarnya dan sepenuh hati, akan menghapus keburukan-keburukan yang dilakukan sebelumnya, mengembalikan keaslian jiwa orang yang bertaubat, serta menghapus keburukan-keburukan yang dilakukannya."

Hasan Al Bashri berkata : “Taubat adalah jika seorang hamba menyesal akan perbuatannya pada masa lalu, serta berjanji untuk tidak mengulanginya.”

Al Kulabi berkata : “Yaitu agar meminta ampunan dengan lidah, menyesal dengan hatinya, serta menjaga tubuhnya untuk tidak melakukannnya lagi.”

Sa'id bin Musayyab berkata : “Taubat nasuha adalah: agar engkau menasihati diri kalian sendiri.”

Dari pendapat yang diberikan di atas bahawa taubat nasuha itu adalah taubat yang sebenarnya dan tidak lagi mengulangi kesalahan yang dilakukan. Taubat nasuha dilakukan dengan penuh penyesalan atas segala dosa yang dilakukan. Allah menerima orang yang bertaubat bersungguh-sungguh dan tidak lagi mengulangi perbuatan dosa tersebut. Manakala orang yang bertaubat kemudia masih melakukan perbuatan dosa tersebut tidak dinamakan sebagai taubat nasuha.

Ada manusia beranggapan buatlah dosa duhulu nanti kita boleh taubat pada masa tua nanti. Kalau dan bertaubat tidak mengapa, kalau tidak berkesempatan untuk bertaubat maka padah nanti di hari akhirat. Lagipun taubat sebegini diibaratkan tidak ikhlas dengan Allah, sebab orang tersebut masih berkeinginan untuk melakukan dosa. Jangan berlengah-lengah untuk bertaubat, kerana orang yang melengahkan taubat ini adalah orang yang jahil, sombong, tidak sedar diri dan zalim kepada dirinya. Firman Allah yang bermaksud :

“ Dan ingatlah, sesiapa Yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang Yang zalim.” (Al-Hujurat : 11)

Syarat-syarat Taubat

Mengikut Manhaj Salaf as-Soleh, antara syara-syarat taubat yang wajib dipenuhi agar taubat di terima oleh Allah :

Berazam dan bertekad untuk meninggalkan (tidak akan mengulangi lagi) perbuatan dosa yang telah dilakukan.

Kesal (menyesali) dan berduka di dalam hati terhadap perbuatan dosa yang dibuat.

Bersegera meninggalkan dosa yang telah dilakukan semata-mata kerana Allah.

Jika dosa yang dilakukan berkaitan dengan orang lain, syaratnya ia wajib membebaskan dirinya dari hak yang bukan miliknya untuk dikembalikan kepada yang berhak atau minta dihalalkan, ini bererti jika berupa harta benda wajib dikembalikan. Jika berupa fitnah, ghibah (umpatan), penghinaan, cacian, kutukan, laknat dan kezaliman, maka wajib meminta maaf daripada orang tersebut terutama terhadap kezaliman yang dilakukan kepadanya.

Cara-Cara Bertaubat

Menyedari besarnya dosa yang dilakukan sehingga menyesalinya dan menggeruni balasannya yang akan tertimpa diakhirat kelak jika tidak bertaubat, sebagaimana sabda Rasullullah saw : “Menyesali (dosa) itu adalah taubat”. (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Berniat serta berusaha sedaya upaya menjauhi dan meninggalkan dosa yang telah dilakukan dan bertekad tidak akan mengulanginya lagi.

Meninggalkan setiap apa yang dibenci dan diharamkan oleh Allah zahir dan batin, lantas beralih kepada yang dicintai dan diredhaiNya.
Bertaubat dengan taubat nasuha sebagaimana firman Allah : “Wahai orang-orang Yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah Dengan taubat Nasuha, Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai” (At-Tahrim : 8)

Hukum Taubat

Ketahuilah bahawa hukum bertaubat adalah wajib kepada semua umat Islam untuk memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang dilakukan. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." (An-Nur: 31)

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

“Wahai sekalian manusia bertaubatlah kalian kepada Allah, karena sesungguhnya aku bertaubat kepada Allah seratus kali dalam sehari.” (Riwayat Al-Bukhari)

Manusia tidak pernah sunyi melakukan kesalahan, kerana manusia dibekalkan nafsu sentiasa suka kepada perkara yang lazat atau keseronokan. Maka di sini, taubat adalah wajib dan fardhu ain kepada semua umat Islam. Taubatlah cara untuk menghapuskan dosa dan diampunkan Allah atas segala kesalahan yang dilakukan. Sebagai muslim yang baik, marilah kita sentiasa memohon taubat kepada Allah, supaya segala kesalahan kita diampunkan.

Penutup

Taubat adalah kembali kepada Allah atau menyesali atas segala perbuatan dosa yang dilakukan selama ini. Ia bermunajat kepada Allah dan penuh keinsafan dan penyesalan atas segala dosa yang dilakukan. Taubat kepada mesti dengan sebenar-benar taubat, kerana orang yang tidak ikhlas taubatnya tidak akan diterima oleh Allah. Taubatlah dengan secepat yang mungkin dan jangan berlengah-lengah kalau kita menyedari telah melakukan kesalahan. Orang yang melengah-lengahkan taubat adalah orang yang sombong dengan Allah dan tidak takut dengan azab Allah yang sangat dahsyat. Sentiasalah bermuhasabah diri kita dan sentiasalah beristiqfar dan memohon ampun kepada Allah, mudah-mudahan Allah menerima taubat kita.

Akhir sekali saya datangkan kata-kata Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin seperti berikut :

"Sedangkan ilmu adalah, mengetahui besarnya bahaya dosa, dan ia adalah penghalang antara hamba dan seluruh yang ia senangi. Jika ia telah mengetahui itu dengan yakin dan sepenuh hati, pengetahuannya itu akan berpengaruh dalam hatinya dan ia merasakan kepedihan karena kehilangan yang dia cintai. Karena hati, ketika ia merasakan hilangnya yang dia cintai, ia akan merasakan kepedihan, dan jika kehilangan itu diakibatkan oleh perbuatannya, niscaya ia akan menyesali perbuatannya itu. Dan perasaan pedih kehilangan yang dia cintai itu dinamakan penyesalan. Jika perasaan pedih itu demikian kuat berpengaruh dalam hatinya dan menguasai hatinya, maka perasaan itu akan mendorong timbulnya perasaan lain, yaitu tekad dan kemauan untuk mengerjakan apa yang seharusnya pada saat ini, kemarin dan akan datang. Tindakan yang ia lakukan saat ini adalah meninggalkan dosa yang menyelimutinya, dan terhadap masa depannya adalah dengan bertekad untuk meninggalkan dosa yang mengakibatkannya kehilangan yang dia cintai hingga sepanjang masa. Sedangkan masa lalunya adalah dengan menebus apa yang ia lakukan sebelumnya, jika dapat ditebus, atau menggantinya.”

ustaznoramin

KISAH GAGAK,KAKAK TUA,ANGSA DAN MERAK


Oleh TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Seekor gagak yang tinggal di hutan sangat berpuas hati dengan kehidupannya sehingga ia terjumpa seekor angsa. “Putihnya angsa. Saya hitam sangat. Angsa mesti burung yang paling gembira di dunia,” katanya.

Angsa yang tinggal di kolam berkata kepada burung gagak bahawa ia pun fikir begitu satu ketika dulu sehingga ia terjumpa burung kakak tua.

“Saya satu warna sahaja. Burung kakak tua ada dua warna. Burung kakak tua barulah burung yang paling gembira di dunia,” kata angsa itu kepada burung gagak.

Burung gagak itu mencari burung kakak tua dan memberitahu apa yang dikatakan angsa itu.

Burung kakak tua pun menjawab, “Wahai gagak sahabatku! Aku pun fikir begitu dulu aku paling hebat… tapi sehinggalah aku terjumpa burung merak. Dia ada pelbagai warna.”

Burung gagak pun pergi ke zoo dan melihat kehebatan burung merak.

“Wahai burung merak! Cantiknya kamu. Setiap hari beribu manusia datang menjengukmu. Bila mereka melihat saya, mereka halau saya. Kamulah burung yang paling bahagia di dunia,” kata burung gagak.

Burung merak pun menjawab, “Aku selalu rasa akulah paling cantik dan gembira di dunia ini. Tapi kerana kecantikan aku, aku dikurung di dalam zoo ini. Aku telah melihat sekitar zoo ini, hanya burung gagaklah yang tak terkurung di zoo ini. Kalau aku ialah burung gagak, aku rasa aku paling gembira kerana dapat bergerak sana sini.”

Wahai anakku,
Di kalangan manusia, kamu juga akan saling membanding. Sebenarnya ia tidak perlu kerana ia menimbulkan tekanan dan kesedihan. Membanding bermakna kamu tidak menghormati apa yang diberi Allah. Kamu berasa Allah tidak adil. Kamu berasa diri malang.

Wahai anak kesayanganku,
Fokuslah pada apa yang ada di tangan. Setiap manusia ada benda lebih dan benda kurang. Tapi Allah Maha Adil – sesiapa yang tahu bersyukur dengan apa yang ada, dialah manusia yang paling gembira. Adakah kamu salah seorang itu?

Senyum


DD


Rabu, Ogos 20, 2014

CEO MRT LETAK JAWATAN EKORAN INSIDEN RAGUT 3 NYAWA

CEO MRT Corp letak jawatan susulan insiden kemalangan meragut 3 nyawa


KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Wira Azhar Abdul Hamid hari ini mengumumkan meletakkan jawatan susulan kemalangan di tapak pembinaan yang meragut tiga nyawa yang berlaku pada Isnin.

Azhar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berkata ia adalah selari dengan pendirian MRT Corp yang memikul tanggungjawab sepenuhnya terhadap kematian tiga pekerjanya.

"Sebagai ketua MRT Corp, saya mengambil tanggungjawab peribadi dan ini adalah perkara yang seharusnya dilakukan. Saya telah memaklumkan kepada Pengerusi MRT Corp, Tan Sri Dr Ali Hamsa mengenai keputusan saya itu," katanya.

Dalam kenyataan yang sama, beliau menyatakan kekesalan terhadap apa yang terjadi dengan terkorbannya tiga orang pekerja projek berkenaan.

Azhar turut memaklumkan bahawa MRT Corp dan pihak berkuasa akan bekerjasama menyiasat dan mengenal pasti punca kejadian itu.

"Saya harap semua kelemahan yang dikenal pasti akan diperbetulkan," katanya.

Sementara itu di dalam satu sidang media hari ini, Azhar turut mengumumkan bahawa jawatannya yang kosong akan dipangku oleh Pengarah Perhubungan Pelabur dan Pengurusan Tanah MRT Corp.

"Bermula esok, jawatan Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp akan dipangku oleh Pengarah Perhubungan Pelabur dan Pengurusan Tanah MRT Corp, Haris Fadzilah Hassan.

"MRT Corp dan pihak yang terlibat akan membuat siasatan menyeluruh tentang kemalangan tersebut, dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang didapati bersalah, dalam usaha memastikan kejadian itu tidak berulang,” katanya.

Azhar mula menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp sejak 1 September 2011.

Sementara itu, Pengarah Strategik Komunikasi dan Perhubungan Awam MRT Corp, Amir Mahmood Razak berkata, langkah seterusnya selepas pengumuman perletakan jawatan Azhar adalah bergantung kepada pihak Kerajaan yang merupakan pemegang saham 100 peratus di dalam projek itu dalam menentukan penggantinya.

Amir turut memberitahu bahawa siasatan awal menunjukkan kontraktor tidak mengikuti prosedur standard operasi atau SOP yang telah ditetapkan.

Dalam reaksinya Timbalan Pengarah Projek, Maslan Othman pula berkata tindakan perletakan jawatan CEO syarikat itu amat mengejutkan.

Walau bagaimanapun, Maslan menambah bahawa sebagai seorang ketua yang baik seseorang itu kan sentiasa bertanggungjawab terhadap perkara yang berlaku ketika berada di bawah tanggungannya.

“Projek ini telah kehilangan seorang ketua yang bagus,” kata Maslan ketika ditemui di lokasi kejadian.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/ceo-mrt-corp-letak-jawatan-susulan-insiden-kemalangan-meragut-3-nyawa-42197?cp

awani


MUSIM BALIK KAMPUNG:PASANG CCTV MURAH

Selasa, Ogos 19, 2014

LANDASAN KONKRIT MRT JATUH, 3 PEKERJA DIKHUATIRI MAUT

Sebahagian landasan MRT terlucut daripada tiangnya dan jatuh ke tanah pada pukul 8.30 malam semasa kerja-kerja membina tembok sepanjang landasan itu berjalan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 19 Ogos, 2014.

Tiga pekerja binaan lelaki warga Bangladesh dikhuatiri maut selepas dihempap landasan konkrit seberat 300 tan di tapak projek Mass Rapid Transit (MRT) berhampiran Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRI) di Kota Damansara semalam.




Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dalam satu kenyataan berkata pekerja terbabit adalah Mohamad Faruk Khan, Mohammad Elahi Hossain dan Mohammad Alauddin Mollik.

"Usaha menyelamat masih berjalan dan pasukan tindakan kecemasan sedang bersedia di tempat kejadian, kata kenyataan itu.

Sebahagian landasan MRT itu terlucut daripada tiangnya dan jatuh ke tanah pada pukul 8.30 malam semasa kerja-kerja membina tembok sepanjang landasan itu berjalan.


Landasan itu dibuat daripada 14 unit galang kotak yang 38 meter panjang dan seberat 300 tan, kata kenyataan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Wira Azhar Abdul Hamid yang berada di tempat kejadian melahirkan kekesalan atas kejadian itu.

"Walaupun siasatan sedang dijalankan, MRT Corp akan bertanggungjawab sepenuhnya atas insiden itu. Sebaik sahaja siasatan selesai, tindakan akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab, katanya dalam satu kenyataan. – Bernama, 19 Ogos, 2014.



Ahad, Ogos 17, 2014

LAWAK AHAD: KISAH ASMARA TERLAMPAU


Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar, diatas katil....... sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru masuk tidur.

Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu....

Si isteri bersuara,
"Dulu-dulu tu..... abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido."

Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, lepas tu mula mengantuk semula.

Beberapa ketika lepas tu, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu cium saya."

Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri.

Lepas tu sambung tido balik.

Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu gigit-gigit leher saya......."

Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan bangun dari katil tu.

Si isteri bertanya, "Abjang nak gi mana tu?"

Dengan marah suaminya menjawab,
"Nak gi amik gigi la ni!!!"


Jumaat, Ogos 15, 2014

SEMUA POLIS DI BALAI POLIS ITU MATI DAN SEMUA PENJUAL DAGING TURUT MATI


Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip.
Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu, barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.
Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer
nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula.

Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang
semuanya mati.

Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia. Lori itu bertukar menjadi robot Transformer.
Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah.

Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya.
Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi.
Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands.

Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.
Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat laporan ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di balai polis itu terperanjat lalu mati.

Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit
menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati.
Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati..................


MUSIM BALIK KAMPUNG:PASANG CCTV MURAH

HUKUM MENINGGALKAN SOLAT FARDHU




Lalai solat lima waktu


Didalam neraka Jahanam terdapat wadi
(lembah) yang didalamnya adalah ular-ular bersaiz 

sebesar tengkuk unta
dan panjangnya sebulan perjalanan.
Kerjanya 
tiada lain selain mengigit 

orang-orang yang tidak menunaikan
sembahyang 
semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula 

menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan 

mereka. Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan
begitulah seterusnya.






Dosa
Meninggalkan Solat 5 Waktu

1. Solat Subuh : satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang    sama
dengan 60.000 tahun di dunia. 


2. Solat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat islam.


3. Solat Ashar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan ka’bah. 


4. Solat Magrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan
berzina dengan orang tua. 


5. Solat
Isya
: satu kali meninggalkan tidak akan di
redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum
dari nikmatnya.


6 Siksa di Dunia Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu :
1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya


2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya. 


3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya. 


4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam. 


5. Amal
kebaikan
yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT. 


6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.




3 Siksa Orang yang
Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi
Sakratul Maut :

1. Orang yang meninggalkan solat akan
menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina. 


2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar. 


3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.


3 Siksa Orang yang
Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi
Sakratul Maut :

1. Orang yang meninggalkan solat akan
menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina. 


2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar. 


3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.


3 Siksa Orang yang
Meninggalkan Solat Fardhu Ketika
Bertemu Allah :

1. Orang yang meninggalkan solat di hari
kiamat akan
dibelenggu oleh malaikat. 


2. Allah SWT TIDAK akan memandangnya dengan
kasih sayang


3. Allah SWT TIDAK akan mengampunkan
dosa dosanya dan akan
di azab sangat pedih di neraka.


Hadith Mengenai Dosa
Meninggalkan Solat 5 Waktu

Mengenai balasan bagi orang yang
meninggalkan Solat Fardu: “Rasulullah SAW,
diperlihatkan 

pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap
kali benturan itu 

menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan
semula dan mereka tidak 

terus berhenti melakukannya

Lalu
Rasulullah bertanya: “Siapakah ini wahai Jibril”? Jibril menjawab: “Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan
Solat fardhu”.
(Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih) 





Tgk Video ni :  Nauzubillah terjadi pada diri kita atau keluarga kita. 



Note : Sekiranya solat tidak dikerjakan, maka TERPUTUSLAH hubungan dengan Allah SWT. Bukti seseorang itu masih beriman kepada Allah SWT ialah SOLAT.

***  Ingatla bila kita nak masuk ke syurga bukan dengan amalan kita sahaja,tetapi dengan RAHMAT dari Allah .Jika TERPUTUS hubungan kita dengan Allah kerana meninggalkan solat macam mana nak masuk SYURGA Allah..Berfikirla sejenak tentang kehidupan kita diakhirat kelak.Janganlah terlalu lalai dengan kehidupan didunia. Jika kita tidak rasa takut walaupun sedikit pun apabila membaca azab pada orang yang tidak solat seperti tiada lagi iman dihatinya.(marah2 sayang)  :p


farrahadilah




MUSIM BALIK KAMPUNG:PASANG CCTV MURAH

Rabu, Ogos 13, 2014

BUDAK HAMIL DIROGOL

SABAK BERNAM – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun mengandung sembilan bulan selepas beberapa kali dirogol bapa saudaranya di rumah mangsa di Bagan Sungai Burung, Sungai Besar, di sini.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd berkata, mangsa yang tidak lagi bersekolah itu dipercayai dirogol sejak awal Disember tahun lalu ketika ibu dan bapa mangsa tiada di rumah.

Menurutnya, mangsa dipercayai dirogol setiap bulan oleh suspek yang tinggal di Hutan Melintang, Perak dan kali terakhir kejadian itu berlaku pada Julai lalu.

“Mangsa mula dirogol bapa saudaranya itu ketika usianya masih 11 tahun dan kandungannya kini memasuki usia sembilan bulan,” katanya kepada Sinar Harian.


Noor Mushar (gambar kiri) berkata, suspek sebelum ini berjanji ingin berkahwin dengan mangsa, bagaimanapun mangsa seakan-akan tertipu dengan kata-kata manis bapa saudaranya itu selepas mereka menjalin hubungan terlarang.

“Ibu bapa mangsa terkejut selepas mendapati anaknya mengandung dan mangsa telah menceritakan kejadian terbabit kepada kedua-dua orang tuanya,” katanya.

Katanya, mangsa yang menerima rawatan di Klinik Desa Sungai Burung kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Besar sebelum satu laporan polis dibuat seorang jururawat atas arahan seorang doktor pakar di klinik kesihatan terbabit.

Sehingga kini katanya, polis sedang memburu suspek bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Dalam kejadian berasingan katanya, seorang pelajar dari Pasir Mas, Kelantan dirogol di dua tempat berasingan di daerah ini oleh seorang abang angkatnya yang dikenali menerusi aplikasi SMS Koloni.


Katanya, kejadian berlaku pada 4 Ogos lalu selepas mangsa mengikut suspek berusia 25 tahun itu dari KLIA ke rumah lelaki itu di Sungai Besar.

"Dalam perjalanan ke Sungai Besar itu, mangsa dan suspek tidak terus pulang ke rumah sebaliknya mereka menginap di sebuah hotel di Sekinchan sebelum melakukan hubungan terkutuk itu pada waktu malam hari yang sama.

“Keesokannya, mangsa dibawa ke rumah suspek di Taman Padu Permai Sungai Besar dan sekali lagi melakukan perbuatan itu pada 7 Ogos lalu di bilik tidur di dalam rumah berkenaan,” katanya.

Noor Mushar memberitahu, mangsa dihantar pulang oleh suspek di Perhentian Bas Klang pada 8 Ogos lalu untuk pulang ke rumahnya di Kelantan.

“Hasil siasatan mendapati ibu mangsa telah membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya di KLIA pada 4 Ogos lalu.

“Bagaimanapun, mangsa memaklumkan kepada ibunya menerusi SMS dia mengikut rakannya dan akan pulang dengan selamat,” katanya.

Bagaimanapun katanya, setelah beberapa kali didesak ibunya selepas kehilangannya selama empat hari, akhirnya mangsa mengaku dia telah dirogol suspek dan membuat laporan polis di Pasir Mas, Kelantan.

Kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol gadis bawah umur yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

SH