Zaid soal IGP: Sudahkah kamu siasat Najib?
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim mahu penjelasan daripada polis sama ada mereka telah menyiasat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan pelbagai skandal.
"Pertama, saya berharap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menjadi anggota polis yang profesional.
"Beliau sepatutnya memberitahu kita sama ada pihaknya telah menjalankan sebarang siasatan berhubung laporan polis yang dibuat ke atas PM.
"Tugas pegawai polis seperti IGP bukannya untukmelindungi Najib atau sesiapa,” kata Zaid dalam tulisannya di blog hari ini.
Beliau merujuk laporan polis yang dibuat ke atas Najib berfubung ‘derma’ RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadinya dan skandal wang RM42 juta SRC International.
Najib menafikan sebarang salah laku mahupun menggunakan wang awam itu untuk tujuan peribadinya.
Malaysiakini