Ahad, Januari 27, 2019

TENTERA BAWANG 'SERANG' FB PARALYMPIC GAMES


270119

LONDON - Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) menarik balik hak Malaysia selaku penganjur Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang sepatutnya berlangsung di Kuching, Sarawak pada 29 Julai hingga 4 Ogos depan.

Keputusan tersebut diputuskan oleh ahli lembaga IPC dalam satu mesyuarat yang diadakan di London ekoran keengganan Malaysia yang tidak membenarkan atlet renang para Israel mengambil bahagian pada kejohanan tersebut.

Susulan dari itu tentera bawang negara telah bersatu hati 'menyerang' laman fb milik badan induk itu...kikiki

Klik di sini untuk sertai sama2 membawang...hahaha


Presiden IPC, Andrew Parsons berkata, mana-mana negara yang dilantik dalam menganjurkan kejohanan tertentu harus bersifat terbuka dengan membenarkan atlet yang layak beraksi dengan bebas mewakili negara masing-masing.

“Apabila penganjur kejohanan menafikan hak sebilangan atlet dalam menyertai kejohanan berkenaan atas beberapa sebab politik, kami tidak mempunyai cara lain selain mencari penganjur baharu.

“Pada September 2017 apabila IPC menandatangani kontrak dengan Majlis Paralimpik Malaysia tentang hak penganjuran kejohanan ini, kami telah bersetuju untuk memastikan semua atlet yang layak bersaing boleh mengambil bahagian termasuk jaminan keselamatan para atlet.

“Ketika ini kami akan mencari penganjur baharu untuk kejohanan ini yang juga pentas untuk melayakkan diri ke temasya Paralimpik di Tokyo 2020, Jepun. Kami akan memastikan tarikh serta syarat yang ditetapkan untuk kejohanan ini kekal,” katanya dalam satu kenyataan di London, semalam.

Sebelum ini Malaysia melalui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kekal dengan pendirian untuk tidak membenarkan atlet Israel bertanding di kejohanan tersebut disebabkan dasar luar negara yang tidak mengisytiharkan Israel sebagai negara yang sah.

Kira-kira 600 atlet dari 60 negara dijangka akan mengambil bahagian beraksi di kejohanan Renang Para Punia 2019. - Agensi


Jumaat, Januari 11, 2019

Jangan sampai ada yang tak mampu bayar bil!


Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu sebulan seperti dilakukan Selangor sebelum ini perlu diteruskan.
“Yang penting kita tak mahu ada golongan tak dapat bekalan air kerana tak mampu bayar bil. Golongan miskin dan berpendapatan rendah seperti ini yang perlu diberi perhatian,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Tarif air di Pulau Pinang naik 20 peratus ]
Beliau mengulas kenyataan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr A Xavier Jayakumar bahawa , kadar tarif air mungkin akan dinaikkan secara berperingkat tahun ini selaras dengan usaha kerajaan untuk menstruktur semula industri perkhidmatan bekalan air di negara ini.
Bagaimanapun, katanya, kenaikan kadar tarif air dilihat wajar jika ia bertujuan meningkatkan kualiti bekalan air.
“Air merupakan keperluan asas dan kita perlukan air berkualiti. Untuk tujuan itu, syarikat bekalan air perlu modal yang agak besar.
“Dengan tarif sekarang ini, mungkin tak mencukupi untuk menampung keperluan mereka. Fomca setuju kadar tarif itu dinaikkan asalkan kadar asas untuk pengguna berpendapatan rendah itu tidak berubah,” katanya.
Katanya lagi, peningkatan kadar tarif ini juga mampu mendidik pengguna agar lebih berhemah dalam penggunaan air.
“Mungkin dengan bil air yang rendah, pengguna suka membazir air. Tetapi apabila kadar tarif air dinaikkan, mereka akan lebih berjimat,” katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George berkata, kerajaan sepatutnya mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.
“Dr Xavier seorang wakil rakyat dari Selangor dan beliau sendiri tahu ada begitu banyak perang air sebelum ini. Walaupun ada pengalaman, beliau masih lagi keluakan kenyataan tanpa sebarang perbincangan termasuk dengan tokoh pengguna.
“Isu ini bawa begitu banyak persepsi negatif kerana pengguna kita sedang tertekan dengan kos sara hidup. Sebab itu pentingnya buat perbincangan untuk kumpul maklum balas akar umbi,” katanya.
Beliau juga mengjangkakan kenaikan kadar tarif air akan membawa kepada peningkatan beberapa kos lain.
“Naik ‘sekupang’ pun ada impak kepada kos sara hidup. Walaupun Dr Xavier kata impaknya minima, tetapi kita dah tengok senario kenaikan ini berulang kali,” katanya.

SH