Jumaat, Februari 13, 2009

2 BUKIT TUNGGU HABUAN

Masa kempen pilihanraya kecil baru-baru ni,tiap-tiap hari kerajaan umum nak bagi macam-macam habuan. Pakej rangsangan peniaga la,kontraktor la,tabung nelayan la,cek tunai dalam masa sehari la.Lani senyap sekejap. Tup-tup ada pulak pilihanraya kecil, dua tempat pulak tu.Tengok la dekat nak pilihanraya kecil 2bukit ni nanti, mesti macam-macam habuan pulak disurehebohkan oleh kerajaan BN.

Pak-pak menteri pun akan sentiasa terangsang untuk berada di Bukit Gantang ataupun Bukit Selambau berkampung di sana. Mereka dah takkan pandang Bukit Bintang atau Bukit Damansara maupun Bukit Antarabangsa.Masa tu la nak tunjuk mesra rakyat.Kononnya la,bila masuk tv bagi beras sekampit dua kepada penduduk kampung atau estet.

Hari ni kalau hangpa pi Bukit Gantang ka,Bukit Selambau ka masih belum nampak seorangpun kelibat pak-pak dan tuk-tuk menteri di sana. Masih awal lagi kot untuk berbakti ataupun meninjau nasib rakyat.Tunggu pilihanraya baru turun...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...