
KM 451 Lebuhraya PLUS
arah utara
Rawang
11 Jan 2010
12-50 tgh
Jikalah kemalangan yang berlaku ini membabitkan sebuah bas, lebih-lebih lagi bas dua tingkat, kemungkinan besi penghadang ini menembusi badan bas.
Tapi, kerana ia sebuah kereta, impak dari hentakan itu tidak membuatkan besi ini menembusi badan kereta.
Pemandunya, seorang wanita, Cheah Ping Sim, 27 tahun, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala, leher dan badan.
Cheah, difahamkan seorang pengusaha butik dalam perjalanan dari Puchong ke Alor Setar.
Keretanya hilang kawalan lalu terbabas ke kiri lebuhraya.
Berpuluh-puluh helai pakaian di dalam beberapa beg, dipercayai milik pelanggannya turut ditemui di dalam kereta ini.
Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang mengambil masa kira-kira 10 minit bagi mengeluarkan mayat Cheah.
Mayat dihantar ke Hospital Sg Buloh untuk bedah siasat.

ondscene
SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com


















Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...