Sabtu, Februari 27, 2010

Pembangkang digesa perjuang tuntutan royalti


SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pakatan Rakyat perlu bersungguh-sungguh memperjuangkan isu tuntutan royalti petroleum pada Persidangan Dewan Rakyat, bermula pertengahan Mac ini.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim berkata, mereka perlu memberitahu rakyat segala tindakan mana-mana pihak yang menidakkan hak pembahagian hasil petroleum dan gas antara negeri dan Petronas.

“Isu ini bukan saja terbatas kepada hak negeri seperti Kelantan terhadap hasil tersebut tetapi juga merangkumi soal pengurusan Petronas itu sendiri,” katanya menerusi blognya, semalam.

Zaid, yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, Petronas sebagai syarikat bertaraf antarabangsa dan mempunyai pengurusan bertaraf dunia perlu menetapkan pendiriannya dalam soal tuntutan royalti petroleum oleh Kelantan.

“Hakikatnya, Petronas mesti tunduk. Inilah kuasa yang diserah kepada Perdana Menteri di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974,” katanya.

Zaid berkata, cara pengurusan dan kuasa luas Perdana Menteri dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 sudah tidak sesuai dalam keadaan perniagaan global sekarang.

“Model pengurusan seperti ini mungkin sesuai pada masa bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak tetapi tidak wajar lagi pada zaman anaknya, Datuk Seri Najib.

“Abdul Razak mahu Petronas dijaga untuk kepentingan anak cucu rakyat Malaysia, bukan kepentingan pemerintah.Bahkan beliau tidak akan membenarkan orang-orangnya mengambil kesempatan meraih untung daripada Petronas,” katanya.

sinarharian





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...