Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, April 30, 2010

Operasi saraf RM4 juta: PAS dakwa Kickdefella diupah Umno



Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 29 April — PAS Kelantan menganggap blogger Kickdefella, yang mendakwa telah dibiayai RM4 juta parti itu untuk memburukkan Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika menjadi perdana menteri, sebagai “budak upahan dan suruhan Umno.”

“Dia macam budak-budak, blogger kampung sahaja... jadi bukan standard parti (PAS) untuk membincangkan isu ini (pendedahan Kickdefella)... bukan standard kami,” kata Setiausaha PAS Kelantan Zaki Ibrahim kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi di Kota Baru.

Beliau menolak PAS Kelantan akan membincangkan isu berkenaan.

Sehubungan itu beliau mencabar Kickdefella, nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz supaya menyertai Umno dan berhadapan dengan PAS atas nama parti, bukannya sebagai “budak suruhan Umno.”

“Kickdefella hanya mahu dapatkan publisiti murahan. Kita cabar dia mendaftar sebagai ahli Umno, maka kita boleh lawan atas nama parti,” katanya.

Zaki yang Ahli Dewan Undangan Negeri Kelaboran mengulas tulisan blog Syed Azidi, yang sebelum ini menjadi tumpuan kontroverasi Menteri Besar Kelantan dan menantunya, mendakwa telah dibiayai RM4 juta untuk memburuk-burukkan kepimpinan Abdullah ketika menjadi perdana menteri.

Menurut Syed Azidi, usaha memburuk-burukkan Abdullah yang menjadi perdana menteri dari Oktober 2003 hingga April 2009 dikenali sebagai Operasi Gerak Saraf.

Beliau menambah, usaha berkenaan dijalankan bagi membolehkan PAS mudah mengatasi Barisan Nasional untuk kekal berkuasa.

PAS memerintah Kelantan sejak 1990.

Kata Syed Azidi, beliau telah membelanjakan sejumlah wang itu sepanjang tiga tahun berkhidmat di Kelantan.

“Sepanjang hampir tiga tahun berkhidmat di Kelantan, saya telah membelanjakan sejumlah hampir lebih RM4 juta untuk membiayai pelbagai aktiviti termasuklah pembelian aset, peralatan, pembayaran upah operasi, percetakan dan lain-lain yang bertujuan menggerakkan Operasi Gerak Saraf.

“Saya tidak mempunyai wang sebanyak itu,” katanya.

“Dari mana saya mendapat wang sebanyak itu bagi mengendalikan Operasi Gerak Saraf untuk mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan Perdana Menteri Abdullah seterusnya mempermudahkan bagi PAS menewaskan Barisan Nasional di Kelantan?” soal beliau.

Mengulas soal pembiayaan RM4 juta pula, Zaki yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan berkata, PAS tidak akan menggunakan wang untuk berhadapan dengan Umno dan BN.

“Kita tidak guna duit untuk menjatuhkan parti tetapi menghadapi Umno, BN atas nama dasar perjuangan, bukannya wang... kita tidak pernah gunakan wang,” katanya.

“PAS parti yang sudah lama ditubuhkan, bergerak sejak 1951, kami tiada duit, kami pun tidak perlu menggunakan duit untuk melawan,” katanya lagi.

Zaki juga menambah, Syed Azidi, yang pernah dianggap sebagai orang kanan Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa sengaja mahu “melaga-lagakan pemimpin” PAS negeri dengan membuat dakwaan-dakwaan seperti itu menerusi blognya.

themalaysianinsider

Share

3 ulasan:

  1. Gaya seorang Yahudi-celup dari Kelantan.. bekerja demi memusnahkan Jemaah Islam di Kelantan khasnya dan Malaysia amnya... Laknat lah ke atas dirinya selamanya selagi mana dia tidak bertaubat!!!

    BalasPadam
  2. PAS lawan Kicdefella: Pengaruh Anwar dan "pengakuan" Setiausaha Akhbar Nik Aziz! Baca sini:

    http://satulimatiga.blogspot.com/2010/04/pas-lawan-kickdefella-pengaruh-anwar.html

    BalasPadam
  3. BAGUS DAN SYABAS PAK SHEIKH (KICKDEFELLA) KERANA MENDEDAHKAN SATU DEMI SATU KEPINCANGAN KELAKNATAN KAUM PAS.DENGAN PAS TAK PAYAH NAK BERLEMBUT DAN BERBAHASA INDAH SEBAB MEREKA SEMUA TAK RETI BAHASA DAN KASAR SERTA JUMUD YANG MELAMPAU..KEPADA ZAKI YANG ANGGAP PAK SHEIKH TAK SETARAF DENGAN DIA TU SEMACAM ADA RIAK SIKIT,ADA SOMBONG DAN TAKBUR SEMEMANGNYA CIK ZAKI YANG DIANGKAT SBG YB TU NASIB,DIANGKAT OLEH PENDUDUK YANG TIDAK BERAPA PANDAI DAN RENDAH DAYA FIKIR DAN DATANG DARI DAERAH YANG AGAK TERPENCIL DAN SEPI DARI ARYUS PEMBANGUNAN DI KELATE......DARI APA YANG SAYA PERHATI PEKAN TUMPAT DAN SEKITARNYA SEOLAH -OLAH TAHUN 70 AN TIADA PEMBANGUNAN DAN KETINGGALAN ZAMAN DAN KALAU DIBANDINGKAN DENGAN KWASANA YANG DIBANGUN DAN DITADBIR OLEH UMNO UMPAMA LANGIT DENGAN BUMI CONTOHNYA JELI BACHOK DLL/......FIKIRLAH SENDIRI

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive