Rabu, Mei 19, 2010
Bahaya 'Video Terseksi' di Facebook
18 Mei 2010: Ribuan pengguna Facebook dikejutkan lagi dengan mesej dari rakan-rakan yang mendakwa "video terseksi".Ianya merujuk kepada thumbnail seorang wanita sedang menaiki basikal. Tapi mesej palsu tersebut bertujuan untuk menarik pengguna agar melakukan klik pada link tersebut dan menjangkiti komputer mereka dengan malware, atau spam dengan iklan.
Dengan menekan link tersebut, pengguna akan dibanjiri oleh iklan atau malware lainnya, dan akaun mereka diarahkan untuk menghantar mesej yang lebih kepada rakan-rakan lain. Serentak dengan itu, rakan-rakan anda akan mendapatkan mesej yang sama seperti yang anda klik,tetapi dihantar secara automatik oleh akaun anda. Virus ini menyebar dengan pantas.Jadi berhati-hati selalu.-biaqpila.blogspot.com
Pengguna Facebook seluruh dunia
Top 10
1. United States 125,097,300
2. United Kingdom 25,909,280
3. Indonesia 24,583,860
4. Turkey 22,176,640
5. France 18,701,820
6. Italy 16,859,560
7. Canada 15,247,240
8. Philippines 13,903,460
9. Mexico 11,792,360
10. Spain 10,489,480
INFO
Facebook diluncurkan pertama kali pada 4 Februari 2004 oleh Mark Zuckerberg sebagai media komunikasi antara mahasiswa Harvard.
Pada September 2006, Facebook membuka pendaftaran untuk orang ramai yang memiliki akaun e-mel.
Selain pernah menolak tawaran Friendster untuk membeli Facebook pada harga AS$10 juta, Zuckerberg juga menolak tawaran dari Viacom yang ingin membeli Facebook dengan nilai AS$750 juta dan tawaran dari Yahoo yang ingin membeli Facebook dengan harga AS$1 billion.
Secara purata, pengguna Facebook menghabiskan masa sekitar 19 minit sehari untuk melakukan aktiviti di laman jaringan sosial itu.
Share
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...