Oleh: amkns
Judi adalah haram , samada berlesen atau tidak.Umat Islam di Malaysia ini yang majoritinya orang Melayu ramai yang ketagih judi,samada yang berlesen atau tidak.
Kenapa semua pihak baik kerajaan , mahupun pembangkang juga NGO dan polis beria-ia untuk menjadi juara membanteras judi bolasepak baik yang berlesen atau tidak ?
Berlesen atau tidak , judi tetap haram. Ramai orang Melayu dah ketagih judi. Kalau musim piala dunia , boleh dikatakan mana-mana tempat kerja , ada saja orang tengah yang buat betting, kalau tak menggunakan sindiket terancang, mereka buat sendiri betting di tempat kerja sesama akan sekerja.
Memang ya, judi perlu dibanteras di kalangan umat Islam. TAK PERLU KELUARKAN LESEN JUDI. Biarlah orang bukan Islam nak anjur judi macamana cara sekalipun asalkan tidak melibatkan orang Islam , tidak ditempat terbuka dan tidak mengganggu ketenteraman awam.&Y
ang penting sekarang ialah BETAPA KURANGNYA usaha untuk menyelamatkan umat Islam yang tahi judi ini.
Ada kita tengok Jabatan Agama atau NGO atau parti politik edar risalah di kedai ekor kepada umat Islam supaya jauhi najis judi, sayangi keluarga ?
Ada kita tengok Jabatan Agama atau NGO atau parti politik tubuh pusat khidmat kaunseling untuk kaki judi agar mereka tidak ketagih judi ?
Ada kita tengok Jabatan Agama atau NGO atau parti politik melawat isteri-isteri dan anak-anak kaki judi ini yang hidup melarat ?
Ada kita tengok mana-mana pihak mendesak akhbar Melayu tidak menyiarkan iklan dan keputusan judi ?
Cuba tanya diri kita yang ingin menjadi juara membanteras judi bolasepak piala dunia ini baik berlesen atau tidak , hipokritkah kita ?
Jangan kita jadi bahan tertawa kaki-kaki judi Melayu. Pada mereka berlesen atau tidak, mereka akan tetap berjudi, tidak ada siapa yang peduli nasib mereka. Mereka tahu mereka tak akan jadi kaya kerana judi, yang kaya raya ialah taukeh-taukeh, apa boleh buat mereka sudah ketagih.
tranungkite
Share
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...